Saturday, February 28, 2009


Baiklah...setelah saya buka tirai dengan cerita semasa sekolah rendah...kini saya teruskan dengan perjalanan cerita saya ini di sekolah menengah..

 (Logo Sekolah Menengah yang tercinta)

Tepat jam 7.00a.m bersamaan dengan 06.01.2003 aku datang ke sekolah untuk mendaftarkan diri di sekolah tersebut..
berbekalkan result yang agak cemerlang semasa Tahun 6 (5A 2B) aku telahterpilih untuk memasuki kelas yang menjadi rebutan semua iaitu kelas budak-budak yang agak nerd dan pandai-pandai belaka.Aku amat gembira kerana aku ditempatkan satu kelas dengan kawan-kawan aku semasa sekolah rendah..calon-calonnya ialah....jeng..jeng...jeng...!

1. Irene Kiu Sing Nga 
2. Jenny Hoo Ju Shan

Mereka berdua merupakan kawan rapat aku sejak sekolah rendah lagi..tapi jangan silap sangka tau...bukan calon isteri atau menantu mak aku..eheheh!!Semasa kami sedang rancak berbual, masuk seorang wanita yang agak muda, bertudung labuh..
Wanita tersebut amatlah bersopan santun..kalau masa itu aku sebaya dengan dia, mesti aku sudah jatuh cinta..tetapi apa kan daya...aku masih lagi setahun jagung..tak kenal erti semua itu. 
Rupa-rupanya wanita tersebut merupakan Guru Kelas kami yang berasal dari semenanjung..sesi dimulakan dengan ice breaking iaitu sesi berkenalan sesama sendiri. Memang membosankan tetapi memang rutin lazim setiap perjumpaan pertama sesi suai kenal akan berlaku. Kelas kami diterajui sebanyak 10 Putera dan 23 Puteri. Setelah itu, guru kelas mengarahkan kami untuk mengambil buku teks. Macam-macam benda yang kami kongsikan masa itu. Sampai tak sedar bahawa sesi persekolahan hampir tamat..tak sangka, perasaan semasa di sekolah menengah tidak sama semasa di sekolah menengah lagi. Saya menjadi semakin matang dari segi pemikiran kalu berbanding dengan di sekolah rendah.Di sekolah menengah saya jumpa bermacam-macam ragam manusia..bermacam-macam rupa manusia..walaupun rambut sama hitam tetapi dalam hati tiada sapa yang tahu.Selama 5 tahun saya menuntut ilmu di sekolah, bermacam-macam ilmu dan perkara saya pelajari. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit. Kalau yang pahit, biar saya simpan dalam ingatan sebagai pengajaran di kemudian hari.Kenangan manis di sekolah membuatkan saya mengimbau kembali beberapa insan yang hadir dan pergi dalam hidup saya. Tidak keterlaluan saya katakan disini bahawa mereka lah sumber inspirasi saya sepanjang saya berada di SMK KAI CHUNG selama 5 tahun. Tetapi, kedua-dua ibu bapa saya lagi bermakna buat saya. Sesama dim sekolah menengah saya merupakan seorang student yang agak aktif (puji diri sendiri..ehhe). Kerana saya aktiflah, saya amat dikenali oleh guru-guru disekolah dan rapat dengan segelintir guru terutama sekali MISS NELIA SATUK. Beliau amat saya sanjung. Bekerja siang dan malam demi pelajar-pelajar yang disayangi. Walaupun kadang-kadang ada pihak yang cuba untuk kurang menyenangi beliau, beliau menerima seadanya tanya sebarang komplain.hehe!Boleh dikatakan beliau ni seorang yang penyabar dan tidak mudah melatah dengan tindakan orang lain. Beliau begitu mesra sekali dengan pelajar-pelajarnya dan tidak pernah sekali pun saya mendengar umpatan buruk mengenai beliau. kalau guru-guru yang lain, memang tidak ubah seperti artis kehidupannya. Sentiasa ada sahaja berita ataupun gossip yang muncul.huhuh.. Amboi..amboi...amboi..!! 
Kalau sebelum ini, saya mempunyai tanggapan buruk kepada profession guru tetapi saya harus mengubah persepsi saya..Bak kata pepatah, Dont Judge it By the Cover..huhu!!Miss Nelia had turn be one of my favourite teacher and i wish someday i can be likeher and strong like her did. 

(yeah..!! Control Cikgu Nel...makan habis dulu hotdog tu..nanti posing. Rosak pulo gambo tu nanti.hehe..)

Semasa di Tingkatan 4 dan 5 saya agak aktif untuk mengikuti pertandingan untuk mewakili sekolah. Setiap pertandingan mesti ada kalah dan menang. Yang bestnyer, sekolah saya tidak pernah kalah semasa pertandingan Forum. Walaupun bermacam-macam kekangan dan sabotaj yang dilakukan, SMK KAI CHUNG tetap power dan kental..!! Cayok-cayok!!Tahun ni, nasib tidak diketahui lagi..tetapi saya percaya, berkat tunjuk ajar cikgu Nelia, beliau pasti mampu membawa kejuaran sekali lagi kepada sekolah saya yang tercinta. Semasa di sekolah Menengah saya mula mengenal erti Cinta dan kawan sejati..Cinta? Memang indah untuk diperkatakan tetapi pahit untuk ditelan. Sebabnya, cinta yang saya ingatkan akan berpanjangan tetapi rupanya punah begitu sahaja. Tetapi takpe, cinta ada dimana-mana sahaja jika ada jodoh..jodoh tidak akan lari dan sentiasa ada yang menanti.eheheh..Kalau kawan baik ni pulak, memang sukar untuk mencari seorang kawan yang betul-betul boleh kita percaya dan akan bekongsi suka duka dengan kita. Maklumlah, pepatah pun da bekata, ibarat kawan makan kawan. Kalau kenyang selepas makan takpe la..ni sakitkan hati pihak yang lain. Di sekolah menengah, saya mempunyai seorang kawan lelaki yang amat rapat dengan saya. Segala masalah saya akan kongsi dengan dia. Segala Rahsia saya kongsi dengan dia. Segala benda saya akan ceritakan pada dia. Memang macam belangkas lah kalau di sekolah. Sampai ada yang menimbulkan syak wasangka mengatakan bahawa kami pasangan "Gai"!! Biasalah, manusia kalau dah takda benda nak cakap akan mulalah mencari benda untuk dijadikan topik..tapi takpe, leh juga jadi Public Figure. Bukan senang nak jadi public figure ni..susah woo..!Insan yang saya maksudkan adalah LUK TIEN TIEN@MUHAMMAD BIN SULAIMAN. Dia dah convert dah...ikut ayah dia..walaupun dah tak sama agama, tetapi kami tetap kawan baik untuk selamanya..sekarang dia study kat Taylor College. Ambik A-level. Nak gi Obsea..huhuhu!! Gudluck Friend...!!


(Friend Forever)



(Wan Nassila one of my Best Gurl
 Friend ever)


(Johan Pertandingan Forum Remaja 2007 Peringkat Sarikei)

(Naib Johan Debate English 2006 Peringkat Sarikei)

To Be Continue..!

No comments:

Post a Comment

Doakan Sern jadi kurus!