skip to main |
skip to sidebar
Home »
Isu Pendidikan
»
apa! DIMANSUHKAN?
apa! DIMANSUHKAN?
hye peeps..!
hah, tahu tak kenapa tajuk gua kali ne macam tu..?
takda, sekarang kan panas topik UPSR dan PMR yang akan dimansuhkan sebagai peperiksaan awam..Gua sebagai guru pelatih dan bakal menjadi seorang pendidik pada 3 tahun setengah yang akan datang, sebenarnya kureng kurang setuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan. Sekiranya betullah terjadi, maka macam mana nak nilai kemampuan sesorang pelajar itu...? Memanglah pada dasarnya kejayaan dan kecermelangan sesorang pelajar tidak boleh diukur melalui kertas semata-mata, tetapi pada saat ini, itulah mekanisme yang ada dan tepat pada saat ini untuk mengukur sejauh mana pencapaian pelajar setakat mereka berada di sekolah. Pelajar akan kurang serius dengan pelajaran mereka sekiranya meraka tahu bahawa peperiksaan awam UPSR dan PMR dimansuhkan. Mana tak nya, bersuka ria lah mereka. Sekurang-kurangnya kita dapat membendung pelbagai masalah sosial yang bakal berlaku sepanjang masa mereka mengambil peperiksaan PMR tersebut. Dengan cara melanjutkan lagi tarikh peperiksaan mereka. Tak ke begitu?
Baiklah, apa pandangan anda sebagai pembaca blog gua..?
Gua menunggu segala feedback dan maklum balas saudara saudari tentang pandangan anda tentang isu ne...
chow lu..=)
eh bro!tau ni pendidikan malaysia ini sangatlah exam oriented..pelajar hanya belajar untuk lulus peperiksaan sahaja..tahukah anda bahawa apa yang d pelajari oleh pelajar d sekolah hanya lah secebis sahaja juka d bandingkan dengan apa yg mereka anakan tempuhi d dunia luar dan dunia luar adalah jauh lebih mencabar...tiada salah kiranya kita mengubah sistem pendidikan kita kepada hands on education...
ReplyDeletekepda saudara/saudari diatas, thanks atas pandangan anda. betul apa yang anda katakan.saya setuju. memamng pelajar sekarang belajar untuk lulus peperiksaan. tetapi, bagaimana kita nak mengukur tahap pencapaian mereka? dan mungkin ada cara untuk mendedahkan mereka melalui dunia luar?dunia tanpa sempadan katakan.hehe..thanks.
ReplyDeletelulus dengan cemerlang sekali pun dalam peperiksaan tidak bermalsud anda akan berjaya 200% jika d campakkan ke dunia reliti iaitu alam pekerjaan..memang semua orang ingnkan kejayaan dalam pepriksaan akan tetapi tidak semestinya kita harus menguji kemampuan pelajar hanya d atas kertas sahaja...kita boleh mengadakan lebih banyak ujian topikal atau pun yg sama waktu dengannya untuk mengukur keupayaan pelajar2 kita..saudara, anda harus melihat contoh negara barat d mana pendidikan mereka berkembang dengan cepat dan mereka tidak hanya bergantung kepada ujian d atas kertas semata2 sahaja..hands on edution lah antara salah satu alternative untuk mendedahkan pelajar kita kepada dunia luar...
ReplyDelete