Sunday, June 20, 2010

Habis la aku kali ni...!mampuSS!

hye peeps!
heheh.
saje je nak wat gempak sikit title tu.
takda apa2 sebenarnye..saje je tu..cuma aku ne sikit tak puas hati ngan sistem pentadbiran IPG (Institut Pendidikan Guru)..bukan apa, cuti kan nak abes daa..so aku dah memang tempah awal-awal dah tiket flight untuk balek ke IPG aku.
tapi,tup-tup dengar tak boleh amek kunci asrama awal..pergh...aku memang la bengang beb.
ye ah..dyerang yang duk kat sekitar semenanjung (jgn marah plak geng2 semenanjung ye ) bolehla balek sabtu tu (26jun2010).aku mana boleh..sarawak kot.perjalanun pun dah sehari suntuk! pastu sampai je IPG aku tu dah malam kot..mana nak kemas bilik, angkat barang lagi..aduh.memang aku pening ar dengan sistem pentadbiran asrama tu..ntah cuba la consider sikit untuk student Sabah Sarawak ne...kterang duk jauh kot..aduh..nak mencarut mencarit, aku fikir gak perasaan orang..yelah, aku mula untuk fikir perasaan orang sekarang.walaupun tak sure orang fikir ke tak perasaan kita kan..?
aku tengah pening nak memikirkan..manalah aku nak merempat nanti untuk satu malam tu..memang..duh..dahla nanti ada junior nak daftar untuk Intake June datang sekali ngan aku..awal2 dah tunjuk betapa lompangnye sistem pentadbiran asrama IPG aku tu...
apa pun, aku cekalkan lah hati..cuba iktiarkan macam mana nak survive untuk malam tu..alamatnye Chalet Anness la tempat aku berteduh..kesian kat kami student Sabah Sarawak. ni la nak wat pertukaran IPG..kalau mudah, dah aku buat dah..huhh...
okayla..sampai sini saje..gua amat kecewa dengan IPG gua...amat2.
Intai Apa Ada!

Saturday, June 19, 2010

dady! Love you so much!

hye peeps..!
entry kali ni nak mengisahkan tentang seorang insan yang bergelar ayah.

SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar bapak, ayah, dady, abah, walid, dad, papa, papi dan sewaktu denganya..
Walau apapun gelaran dan panggilan terhadap golongan ini.. pastinya ada kenangan dan memori untuk dikenang dan diingat oleh mereka yang bergelar anak.
Bapa mahupun ibu masing-masing memainkan peranan terpenting dalam hidup anak-anak. Mereka lah yang menjadi penentu dan pemangkin kepada pembesaran dan kedewasaan anak-anak. Manakala sang anak pula merupakan cermin kepada kejayaan dan kecemerlangan mak bapak dalam kemahiran mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.
Bapa dan ibu adalah insan yang banyak berjasa kepada kita. Merekalah yang bersusah payah membesarkan kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jasa mereka tiada tolok bandingnya dan dikenang sepanjang hayat. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di Malaysia. Kepada mereka yang masih mempunyai bapa dan ibu , sayangilah dan jagalah walaupun mereka sudah tua/uzur. Selagi nyawa dikandung badan hargailah pengorbanan mereka.

kat sini nak mengucapkan selamat hari dady kat ayah saya CHANGAN ANAK BUGIEK.
sesungguhnye beliau merupakan hero bagi keluarga kami. Tanpa bapa, siapalah kami yang bergelar anak-anak ini..
Dady saya seorang yang amat garang. Kadang-kadang saya rasa takut apabila bersama dengannya. Dady saya mahukan anak-anaknye berjaya dalam semua perkara. Sekiranya satu kesalahan yang dibuat, terimalah hukuman yang bakal diterima. Namun demikian, saya tidak pernah menyalahkan sikap dady yang garang. Kerana dia inginkan anaknya menjadi seorang yang kuat dan berjaya dalam hidup. Jikalaulah dady saya seorang yang sikap acuh tak acuh, maka musnahlah masa depan anaknye ni..mungkin sekarang anaknye salah seorang mat rempit, penangih dadah, bohsia, bohjan dan sebagainya. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang berdedikasi seperti beliau. Beliau telah banyak berkorban untuk famili. Semua yang beliau lakukan untuk kebahagian famili tercinta.

Dady,
sini mason nak wat confesion sket..(harap-harap dad baca).

Jang nak minta maaf sekiranya banyak melukakan hati dady. Mason tahu, mason selalu melawan kata-kata dad. Tapi, mason kadang-kadang stress dengan sikap dad yang suka mengongkong anakmu. Walaupun mason tahu semua itu demi kebaikan kami berdua. Thanks dad. Kalau bukan sebab ketegasan sikap dad, mesti mason dan sis takkan mengecapi kejayaan seperti sekarang.thanks banyak-banyak. Walaupun agak segan untuk kiss dad pada hari bapa , tapi harap dad tahu bahawa anak-anakmu ini amat menyanyangi dad..thanks for everything dad. You are all in all. Without you, how can we survive till now. You are my hero, our hero, now and forever. love u so muchh...muahhh...


so u guys out there, show ur love to you dad. love them, hug them. show that u are care bout him..do it whenever u have time to do it. *broken english* (hehehe...)

khaS untuk dady.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

( INTEAM – SENTUHANMU )

okey, dah panjang rasanye entry kali ne..
khas untuk dady i yang terchenta.love him with all our heart.thanks dad for everything..minta diri dulu okey..bubye..



Terima kasih atas pengorbanan, pendidikan, kasih sayang, tunjuk ajar & ketegasan yang telah memberi inspirasi buat diri ini. SELAMAT HARI BAPA BUAT DADYKU.
Intai Apa Ada!

award?

hye peeps!
nak share ni..baru-baru ne dapat award dari member.
see...
chak!




yeah!
baru je dapat award dari adeq edwin..
hehehe.
member classmate kat ipg tuh.
thanks win sbab bagi award ne..
1st time ne dapat award camne.
tak sangka plak main bloggers camne dapat award gak..ahaha.
ape pun..nak usha dapat awards banyak lah camne..ehhe..!
thanks beb!
Intai Apa Ada!

Friday, June 11, 2010

ibu oh ibu.

hye pembaca dan pengunjung suma..
entry kali ini nak mengisahkan tentang pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu..
kita suma pasti mempunyai panggilan yang berbeza untuk ibu kita..
ada yang memangil "ibu, ummi, mumy, mama, ma, indai, dan banyak lagi.."
namun, apa sahaja panggilan yang kita guna, semua itu melambangkan seorang insan iaitu insan bergelar ibu..
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...sementara masih ada kesempatan itu..buatlah apa sahaja untuk membahagiakan ibu tersayang kita..

Ingatlah Kepada Ibumu
renungan bersama..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu



Renungkan bersama:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu"


aku sayang ibu aku..
mummy, ur son love u so much...
kan baik kalau mum leh baca blog ne..mesti dia bangga kerana mempunyai anak sepertiku.ehehhe...
apa yang pasti..
kasih sayang seorang ibu adalah berkekalan hingga ke akhir hayat..
sayangilah ibu kita seperti mana ibu menyanyangi kita..
here, i want to make a confession.

"Mum, mason nak minta maaf kalau banyak membuat ibu sakit hati..mason nak minta maaf juga kalau banyak menyusahkan ibu, mason nak minta maaf juga kalau anakmu ini banyak sangat permintaan sehinggakan ibu bersusah payah menunaikan, ibu, mason nak berterima kasih diatas segala..mason sayang ibu selama-lamanya...ibulah segalanya bagi diriku ini...muah..sayang ibu sangat-sangat..Puan Crescenthia Pantau Anak Chabu..ibuku tersayang..."

rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu yang ada didunia ini.sesungguhnya andalah idola sebenar kami..muah..sayang ibu....
hari ibu adalah setiap hari.bukan hanya pada hari ibu..ingat tu kawan-kawan..syurga terletak di tapak kaki ibu kita..
okaylah..sampai sini sahaja entry kali ne..
sehingga kita jumpa lagi pada entry yang lain..tapi before tu, nak tunjuk sket kasih sayang aku kat ibu aku neh..eheh..saja nak share pic la..ehehe.



sayang ibu selamanya..muahhhh!!


okaylah,chow...~~
Intai Apa Ada!

Monday, June 7, 2010

Aku & Dia.


Aku dan Dia. Sahabat selamanya..


whatcha..!
kali ni..nak share ngan korang pasal benda yang berlaku arini.ehehe..
entry kali ini khas untuk aku dan dia (Wan Nasilla Binti Wan Adnan)..

time aku nyenyak tidur..tetiba fon aku berbunyi..tengok caller name,
pergh...sapa lagi kalau bukan Na C La (nama dia aku set kat fon)..
kacau beb..ehhehe.
then aku angkat...dalam sedar tak sedar tu aku cakap ngan dia..
dia tanya..
"woi, jadi tak outing ne..?"
terus aku tengok jam..
eyh..jadi opcoz...ehehhe..5.30 okay..padahal aku terlupa yang aku janji nak kuar ngan dia aritu.ehehe...
then, aku siap2 apa suma, amek kunci keta, trus drive kuar dari umah..ehehe..
woo..lama beb kiterang tak jumpa...hehe..ye ah, dia IPG sarawak, aku IPG terengganu..jauh kterang terpisah..eheh.
aku mula rapat dengan dia time form4..yelah ..satu kelas kan..dahulu, time form1 tak rapat sangat..then terpisah time form 2, tup2, sekelas balek time form4..ehehe.
mulalah kterang rapat..dengan sorang lagi mamat.nama glamor dia Luk.skunk nama dia Muhammad Luk Bin Sulaimain..convert dah..apa pun, jadilah penganut agama Islam yang baik okay.
okaylah, teruskan lagi ngan kisah aku dan dia ne..
kterang gi lah melantak kat kedai Yusup.hehe..
order lah roti canai sardin dan abc..terkejut gua ngan pelayan tu tadi..
dia cakap camne ngan orang yang buat order tu,
"roti canai sardin dan abc dua BAI.."hahaha...giler ar minah tu..ehhehe.
lupakan...!
then,
kterang pun share la semua perkara yang terjadi time kat maktab kterang..eheh...
semua benda aku gtau dia.ehehe..dari A till Z..apa yang aku tahu, seronok share cerita ngan dia..gelak je keje..ehehe..by the way, keep da secret ape yang aku share arini tau.ehehe...biarlah hanya aku kamu dan dia je yang tahu..ehehe..mungkin mereka tahu juga.eheh.but, whatever...!
what can i say, i feel happy when be with you..how i wish if we study in the same IPG..eheheh..
apa pun, kita adalah sahabat baik selamanya..forever till da end of the world..
sini nak share sikit gambar yang sempat kterang amek tadi..eheheh...!!tengoklah eyh..
"kami gembira ketika bersama"



Menu which cost us RM16


Makan pun sempat posing!


Tiang menjadi sandaran!


Jauh tu termenung..





Malu-malu punya posing!


Di sebalik daun ada dia..


Serius kot muka!


for the last one..


Before balek sempat snap alam indah ciptaan Tuhan yang Maha Esa..indahnya ciptaanMu Ya Tuhan..


sampai sini saja entry kali ne..
hope agar kterang akan bersahabat untuk selamanya..ehhhe..
happy to have u as my friend Wan Nasilla..

p/S:kan best kalau ada mamat sorang tu..hehhe..mamat tu jauh nun di Nilai.ehhehe...!persediaan nak fly ke ausie...!
bye all..bertemu lagi kita pada entry yang lain pulak..eee...haa!
Intai Apa Ada!

Sunday, June 6, 2010

UNTITLE

hurm.
nak cakap ape eyh..ntah la..malam ne aku rasa blurr gler..
takda idea nak wat entry baru..ehheh.
tapi tangan gatal gak nak post sesuatu..
erm...
jap...(berfikir...)
tetiba plak terlintas tentang perkara ne dalam fikiran aku..heheh.
aku rasa macam aku ne insan paling bertuah ..
nape ek..?
ye ah..aku ada ibu, ada ayah..ada akak, ada nenek, ada pak cik, ada mak cik, ada kazen, ada anak buah.jap2...macam korang takda kan..?ehhe.
takda la..saje je...tapi aku rasa bertuah gak sebab aku ada ramai kawan..
kawan yang sentiasa bersama dengan aku dikala aku susah, senang, sedih, ketawa dan macam2 lh perasaan..tapi aku sedih coz ada kawan yang sekadar nama kawan, tapi takda time aku susah..tapi..apabila aku senang..waoh...!!susah oo gua nak cakap sama u all...
gua yang letih melayan karenah orang..ahaha..tapi biar ah, time aku letih layan karenah orang, orang pulak letih layan karenah aku.adil kan?hehe..

cuma apa yang aku nak katakan,
apabila aku duk jauh dari famili, kawan adalah insan kedua penting dalam hidup aku..
tanpa kawan, aku rasa hidup aku langsung tak bermakna..
tapi aku ne susah..tak reti jaga hati kawan-kawan aku..
mungkin sebab kecil dulu aku ne kurang diberi untuk bermain dengan kawan-kawan time kecik dlu...memang dikurung 24jam..demi kebaikan gak.tpi apabila besar ne, aku yang susah..tak reti sangat nak bersosial...aku sedang berusaha, berusaha memperbaiki diri..aku tau la aku ne bukan kawan yang baik...tapi, aku cuba..cuba ke arah menjadi kawan yang baik..kawan yang mampu membahagiakan time sedih, kawan yang mampu membantu time ada masalah, n macam-macam agi lah.....
n yang penting sekali...aku mencari kawan sejati orang kata..
kawan yang sentiasa bersama..yang boleh dikongsi rahsia..but, bukan semua.hehe..tp susah...kalau time school menengah memang aku ada kawan sejati..tapi..dia dah study tmpt len...tunggu nak fly ke Australia..tp, dia tak pernah lupakan aku.dia dah convert dah.n dia salu mengajak aku ke arah tu..sabar eyh..ehheh..tunggu aku dapat petunjuk daripada-NYA..hehe..
tapi, aku syukur..masih ada kawan yang tidak akan membiarkan aku hanyut.
hanyut dalam dunia fantasi yang penuh penipuan..
yap, aku akui, aku dah sedar..
aku dah berjanji, aku akan menjadi mason yang baru..(baru la sangat)..tapi aku minta, tegurlah aku dikala aku lalai dan leka okay...aku tahu, korang akan bagi semangat kat aku..tak yah aku mention nama sini.coz, sapa yang penah nasihatkan aku, dyerang akan tahu n sedar..eheheh..thanks u all..mason love u all..!!


(Jantung Hati Gua Di IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Terengganu. Sayang mereka seperti aku menyanyangi keluargaku..thanks u all..susah senang, kita tetap bersama sampai bila-bila. We BondS together FOREVER. selamanya.. )

setakat ne saja lah entry kali ne..letih dah jari jemari den menaip.kebas kot.hehe..pasne ada idea, gua update lagi eyh..woo..bloging have become my hobby lah u all..ehehe...!
okay..adios..jumpa lagi di entry yang baru..=)

p/S:woo..hari hujan..best tido ne..eheheh..!argh...mengeliat jap..!! =)
Intai Apa Ada!