Showing posts with label famili.. Show all posts
Showing posts with label famili.. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Laptop ku ROSAK!!

hye guys!!
ape cer pagi ni? takda nak share ape2 ke kat kome ni??
pagi ni...officially laptop oh! Sern rosak ah!! nak sedih ke gembira eh??
Padahal dalam hati gembira...haaha..boleh la minta laptop baru ni..oh yeah!!
Dah gtau mama da...greenlight?! Just be my guess..ahaha..
sebenarnya, hati sedih gak la...sebab terpaksa berpisah dengan laptop lama tuu...cukup je setahun terus rosak! adedeh..ehehe..takpe..dah rezeki dapat yang baru la tu kot! hahaha..
okayla..nak share tu je...

Notebook yang rosak tuu! hehe...coming soon new model?erk...hehe..


P/S: Psstt..korang tak nak share apa-apa model untuk gua pertimbangkan ke??hehe...
Intai Apa Ada!

Thursday, November 25, 2010

Kisah Seorang Ibu Yang Mengguris Hati Semua ORANG! Jom baca..!

Nasihat : Sediakan Sekotak Tisu Sebelum baca , ok.
satu...dua...baca!
Kata orang..mummy yang melahikanku ke bumi ni..betul ke?
bukan betul ke! memang MUMMY yang lahirkan aku..
kenapa oh! Sern berkata demikian...? Hayatilah...
Bila dahaga, yang susukan aku....mummy.
Bila lapar, yang suapkan aku..mummy.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..mummy.
Bila bangun tidur, aku cari..mummy.
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mummy.
Bila nak bermanja, aku dekati....mummy.
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..mummy.
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..mummy.
Bila merajuk, yang memujukku cuma..mummy.
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..mummy.
Bila takut, yang tenangkan aku..mummy.
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..mummy.
Aku selalu teringatkan ..mummy.
Bila sedih, aku mesti call..mummy.
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..mummy.
Bila takut, aku selalu panggil... "mmummy! "
Bila sakit, orang paling risau adalah..mummy!
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mummy!
Bila ada masalah, yang paling risau..mummy!
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..mummy!
Yang selalu masak makanan kegemaranku..mummy!
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mummy!
Yang selalu berleter kat aku...mummy!
Yang selalu puji aku...mummy!
Yang selalu nasihat aku...mummy jugaaaa!
cerita renungan bersama:Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong buang sampah : RM1.00
3 Tolong kemas bilik : RM2.00
4) Tolong siram bunga : RM3.00
5) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM13.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu lalu memeluknya... 
Moral dari cerita tu, jangan lah kita berkira dengan pengorbanan kita kepada orang tua kita..sesungguhnya, mereka lebih banyak berkorban demi kita.
 Ingat, SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU kita..
#MUMMY TERCHENTA. NO ONE CAN REPLACE HER IN MY HEART#

P/S : Kalau oh!Sern tulis note tu, lama dah melayang kuali mummy kat dapur tu..kih3...
Intai Apa Ada!

Tuesday, November 16, 2010

Gosh! its delay!!!

weeewittt...!!!

hulahop!!!
cuba teka sern katne time menaip entri ni? try la..teka la..teka la..yang berjaya sern blanja Burger Jalanan skunk!hhahaha... yeah...gua di KLIA beb!! buat ape kat sini? yelah..nak balik ke tanah air gua la..its been a while ady im not going back! cet...bajet la aku duk oversea kan? tapi mmg oversea pun! merentangi Laut China Selatan kot...(ye ke?)ahhaha..!~
patut boleh sampai awal di Sibu, Sarawak, tapi akan kan daya...tahi lembu semuanya bulat!!!hahahaha.. flight delay!!! arghh!! stress tol la..kalau delay untuk 20min ke 30min ke, takpe la juga...ni tak!! delay for 2 hours!!!! cilaken! tak pasal2 aku kena wait and wait...punya lah berharap ada geng dikenali..rupanya takda..ahahah..aku sorang je..hurm..takpe la...aku bosan, jadi aku pun tergerak untuk update entri blog aku ne..dah takda keje kan...so, lepaking online, update blog, chat and whatever..ahahha..!~
so, untuk itu, nak ucap special thanks to my keasayangan juniors...dyerang memang the best and sporting ever..ehehe..!!~ sebelum aku balik, sempat lagi aku outing ngan dyerang dlu..yelah, pasni tak dapat outing dah kan..eheheh..!~ Masa outing tu sempat juga la beli keropok lekor untuk family..ehehhe..~~ tak beli banyak..malas nak angkut.ahha..tu pun sebab kawan yang kirim..kalau tak, haram aku nak angkut menatang tu..ahaha..berbau!!hahahah..
tapi...sedih la..kenapa ni? kenapa ni?
yelah...sedih sebab terpaksa berpisah dengan geng-geng..
ces!aku ni sedih tak bertempat tol..bukan nye berpisah selamanya..untuk 2 bulan je kot..pastu jumpa la..eheheh..!!~
hurm...
okaylah..dah lapar dah rasa perut ni..nak lepak di Burger King lah.. Pit Stop wajib aku kalau aku naik MAS.hahaha..!~ faveret kot!! lantakla tak halal ke, apa ke..ada aku kisah???hahahah...
so, before that wanna thanks Vivien, Jun, Mary, Brenda sebab sudi hantar ke airport Sultan Zainal Abidin Terengganu..! korang mmg sweet...ehhehe..tak lupa kat roomate kesayangan aku ni hah, Frynd tu..walaupun tak ikut skali, tapi takpe..cuaca tak menentu katanya..sidai kain katakan..ahhaha..!~ dyerang suma ni balik lambat sket..esok-esok...ad yg lusa-lusa.ahahhaha..!! kesian korang.!! psst...! tau ada yg jeles ni aku balik dulu dari dyerang..ahhaha..sabar ye korang!!
k lah, before balik sempat snap picha ngan dyerang .. jom kita terjah gambo2 chumel kami tuu...!!
tadaaaaa......!!!

#Sapa Paling COMEL??ahha...#

klah, blah lu beb!!~~~
appy holidays!! jaga diri..cayang suma..!!muahhhh!!!!
6.02pm.KLIA.
Intai Apa Ada!

Saturday, June 19, 2010

dady! Love you so much!

hye peeps..!
entry kali ni nak mengisahkan tentang seorang insan yang bergelar ayah.

SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar bapak, ayah, dady, abah, walid, dad, papa, papi dan sewaktu denganya..
Walau apapun gelaran dan panggilan terhadap golongan ini.. pastinya ada kenangan dan memori untuk dikenang dan diingat oleh mereka yang bergelar anak.
Bapa mahupun ibu masing-masing memainkan peranan terpenting dalam hidup anak-anak. Mereka lah yang menjadi penentu dan pemangkin kepada pembesaran dan kedewasaan anak-anak. Manakala sang anak pula merupakan cermin kepada kejayaan dan kecemerlangan mak bapak dalam kemahiran mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.
Bapa dan ibu adalah insan yang banyak berjasa kepada kita. Merekalah yang bersusah payah membesarkan kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jasa mereka tiada tolok bandingnya dan dikenang sepanjang hayat. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di Malaysia. Kepada mereka yang masih mempunyai bapa dan ibu , sayangilah dan jagalah walaupun mereka sudah tua/uzur. Selagi nyawa dikandung badan hargailah pengorbanan mereka.

kat sini nak mengucapkan selamat hari dady kat ayah saya CHANGAN ANAK BUGIEK.
sesungguhnye beliau merupakan hero bagi keluarga kami. Tanpa bapa, siapalah kami yang bergelar anak-anak ini..
Dady saya seorang yang amat garang. Kadang-kadang saya rasa takut apabila bersama dengannya. Dady saya mahukan anak-anaknye berjaya dalam semua perkara. Sekiranya satu kesalahan yang dibuat, terimalah hukuman yang bakal diterima. Namun demikian, saya tidak pernah menyalahkan sikap dady yang garang. Kerana dia inginkan anaknya menjadi seorang yang kuat dan berjaya dalam hidup. Jikalaulah dady saya seorang yang sikap acuh tak acuh, maka musnahlah masa depan anaknye ni..mungkin sekarang anaknye salah seorang mat rempit, penangih dadah, bohsia, bohjan dan sebagainya. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang berdedikasi seperti beliau. Beliau telah banyak berkorban untuk famili. Semua yang beliau lakukan untuk kebahagian famili tercinta.

Dady,
sini mason nak wat confesion sket..(harap-harap dad baca).

Jang nak minta maaf sekiranya banyak melukakan hati dady. Mason tahu, mason selalu melawan kata-kata dad. Tapi, mason kadang-kadang stress dengan sikap dad yang suka mengongkong anakmu. Walaupun mason tahu semua itu demi kebaikan kami berdua. Thanks dad. Kalau bukan sebab ketegasan sikap dad, mesti mason dan sis takkan mengecapi kejayaan seperti sekarang.thanks banyak-banyak. Walaupun agak segan untuk kiss dad pada hari bapa , tapi harap dad tahu bahawa anak-anakmu ini amat menyanyangi dad..thanks for everything dad. You are all in all. Without you, how can we survive till now. You are my hero, our hero, now and forever. love u so muchh...muahhh...


so u guys out there, show ur love to you dad. love them, hug them. show that u are care bout him..do it whenever u have time to do it. *broken english* (hehehe...)

khaS untuk dady.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

( INTEAM – SENTUHANMU )

okey, dah panjang rasanye entry kali ne..
khas untuk dady i yang terchenta.love him with all our heart.thanks dad for everything..minta diri dulu okey..bubye..



Terima kasih atas pengorbanan, pendidikan, kasih sayang, tunjuk ajar & ketegasan yang telah memberi inspirasi buat diri ini. SELAMAT HARI BAPA BUAT DADYKU.
Intai Apa Ada!

Friday, June 11, 2010

ibu oh ibu.

hye pembaca dan pengunjung suma..
entry kali ini nak mengisahkan tentang pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu..
kita suma pasti mempunyai panggilan yang berbeza untuk ibu kita..
ada yang memangil "ibu, ummi, mumy, mama, ma, indai, dan banyak lagi.."
namun, apa sahaja panggilan yang kita guna, semua itu melambangkan seorang insan iaitu insan bergelar ibu..
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...sementara masih ada kesempatan itu..buatlah apa sahaja untuk membahagiakan ibu tersayang kita..

Ingatlah Kepada Ibumu
renungan bersama..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu



Renungkan bersama:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu"


aku sayang ibu aku..
mummy, ur son love u so much...
kan baik kalau mum leh baca blog ne..mesti dia bangga kerana mempunyai anak sepertiku.ehehhe...
apa yang pasti..
kasih sayang seorang ibu adalah berkekalan hingga ke akhir hayat..
sayangilah ibu kita seperti mana ibu menyanyangi kita..
here, i want to make a confession.

"Mum, mason nak minta maaf kalau banyak membuat ibu sakit hati..mason nak minta maaf juga kalau banyak menyusahkan ibu, mason nak minta maaf juga kalau anakmu ini banyak sangat permintaan sehinggakan ibu bersusah payah menunaikan, ibu, mason nak berterima kasih diatas segala..mason sayang ibu selama-lamanya...ibulah segalanya bagi diriku ini...muah..sayang ibu sangat-sangat..Puan Crescenthia Pantau Anak Chabu..ibuku tersayang..."

rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu yang ada didunia ini.sesungguhnya andalah idola sebenar kami..muah..sayang ibu....
hari ibu adalah setiap hari.bukan hanya pada hari ibu..ingat tu kawan-kawan..syurga terletak di tapak kaki ibu kita..
okaylah..sampai sini sahaja entry kali ne..
sehingga kita jumpa lagi pada entry yang lain..tapi before tu, nak tunjuk sket kasih sayang aku kat ibu aku neh..eheh..saja nak share pic la..ehehe.



sayang ibu selamanya..muahhhh!!


okaylah,chow...~~
Intai Apa Ada!