Saturday, February 28, 2009


(Barisan Guru Yang Disanjung Tinggi)



(Barisan Pengawas Yang Membantu Guru Disiplin..Carilah Aku..heheh!!)



(Kelas yang aku rindu...miss you all...Semua ikut haluan masing-masing..)

Jika semasa tingkatan 4 aku agak aktif, semasa tingkatan 5 aku cuba untuk mengurangkan aktiviti harian aku. Sebabnya aku akan mengambil peperiksaan yang amat penting. Peperiksaan inilah yang menentukan arah tuju masa depan. Dan merupakan satu tiket VVIP untuk ke institut yang lebih tinggi. Oleh itu, hati aku mula berdetik...apa yang aku mahu nanti. oleh itu, aku mula mengukir masa depan aku sendiri. Adakah seorang doktor, engneer ataupun seorang guru yang bermotifkan dendam..
Setelah sekian lama aku menuntut di sekolah menengah tersebut, aku telah sedar satu perkara. Mendidik seseorang adalah tidak mudah dan ia memerlukan ketekunan diri. Aku sedar bahawa tindakan guru sekolah rendah aku dahulu merupaka untuk mendidik kami..cuma cara yang diambilnya salah bagi aku. Namun demikian, tidak ku sangka guru merupakan profesion yang aku inginkan. Profesion yang bukan dijadikan batu loncatan untuk aku membalas dendam tetapi ingin mendidik pelapis negara masa depan. Aku telah berjanji pada diri aku bahawa ingin memaafkan kesilapan guru sekolah rendah aku. Aku akan melupakan segala tindak tanduknya. Kini, apa yang penting adalah aku mesti mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa SPM kelak agar mudah untuk aku mengikuti program KPLSPM di institut perguruan. Ini bagi memudahkan aku untuk merealisasikan impian aku yang ingin menjadi seorang guru dan pendidik yang berjaya seperti cikgu Nelia..yang merupakan idola aku. Maka, aku akan lakukan sebaik mungkin semasa Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia nanti. "im the best!! No others!!"


************************************************************************************
Cerita bersambung dengan kisah semasa mendapat keputusan dan semasa mendapat tawaran
melanjutkan pelajaran.

************************************************************************************

Intai Apa Ada!

"Sekolahku SyurgaKu"
itulah yang dapat saya ibaratkan kepada sekolah saya yang tersergam indah ini. Disinilah tempat saya menabur bakti dan tempat saya memperolehkan segala imu yang diperlukan untuk dijadikan bekalan hidup saya.


(Pintu Masuk Depan)


(Pandangan Sisi)

(Pandangan Dari Arah Blok Pentadbiran)


(Tempat Beristirehat)


(Sekolah saya sempat berkempen lagi. Didikan bermula dari sekolah)

























Intai Apa Ada!

Baiklah...setelah saya buka tirai dengan cerita semasa sekolah rendah...kini saya teruskan dengan perjalanan cerita saya ini di sekolah menengah..

 (Logo Sekolah Menengah yang tercinta)

Tepat jam 7.00a.m bersamaan dengan 06.01.2003 aku datang ke sekolah untuk mendaftarkan diri di sekolah tersebut..
berbekalkan result yang agak cemerlang semasa Tahun 6 (5A 2B) aku telahterpilih untuk memasuki kelas yang menjadi rebutan semua iaitu kelas budak-budak yang agak nerd dan pandai-pandai belaka.Aku amat gembira kerana aku ditempatkan satu kelas dengan kawan-kawan aku semasa sekolah rendah..calon-calonnya ialah....jeng..jeng...jeng...!

1. Irene Kiu Sing Nga 
2. Jenny Hoo Ju Shan

Mereka berdua merupakan kawan rapat aku sejak sekolah rendah lagi..tapi jangan silap sangka tau...bukan calon isteri atau menantu mak aku..eheheh!!Semasa kami sedang rancak berbual, masuk seorang wanita yang agak muda, bertudung labuh..
Wanita tersebut amatlah bersopan santun..kalau masa itu aku sebaya dengan dia, mesti aku sudah jatuh cinta..tetapi apa kan daya...aku masih lagi setahun jagung..tak kenal erti semua itu. 
Rupa-rupanya wanita tersebut merupakan Guru Kelas kami yang berasal dari semenanjung..sesi dimulakan dengan ice breaking iaitu sesi berkenalan sesama sendiri. Memang membosankan tetapi memang rutin lazim setiap perjumpaan pertama sesi suai kenal akan berlaku. Kelas kami diterajui sebanyak 10 Putera dan 23 Puteri. Setelah itu, guru kelas mengarahkan kami untuk mengambil buku teks. Macam-macam benda yang kami kongsikan masa itu. Sampai tak sedar bahawa sesi persekolahan hampir tamat..tak sangka, perasaan semasa di sekolah menengah tidak sama semasa di sekolah menengah lagi. Saya menjadi semakin matang dari segi pemikiran kalu berbanding dengan di sekolah rendah.Di sekolah menengah saya jumpa bermacam-macam ragam manusia..bermacam-macam rupa manusia..walaupun rambut sama hitam tetapi dalam hati tiada sapa yang tahu.Selama 5 tahun saya menuntut ilmu di sekolah, bermacam-macam ilmu dan perkara saya pelajari. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit. Kalau yang pahit, biar saya simpan dalam ingatan sebagai pengajaran di kemudian hari.Kenangan manis di sekolah membuatkan saya mengimbau kembali beberapa insan yang hadir dan pergi dalam hidup saya. Tidak keterlaluan saya katakan disini bahawa mereka lah sumber inspirasi saya sepanjang saya berada di SMK KAI CHUNG selama 5 tahun. Tetapi, kedua-dua ibu bapa saya lagi bermakna buat saya. Sesama dim sekolah menengah saya merupakan seorang student yang agak aktif (puji diri sendiri..ehhe). Kerana saya aktiflah, saya amat dikenali oleh guru-guru disekolah dan rapat dengan segelintir guru terutama sekali MISS NELIA SATUK. Beliau amat saya sanjung. Bekerja siang dan malam demi pelajar-pelajar yang disayangi. Walaupun kadang-kadang ada pihak yang cuba untuk kurang menyenangi beliau, beliau menerima seadanya tanya sebarang komplain.hehe!Boleh dikatakan beliau ni seorang yang penyabar dan tidak mudah melatah dengan tindakan orang lain. Beliau begitu mesra sekali dengan pelajar-pelajarnya dan tidak pernah sekali pun saya mendengar umpatan buruk mengenai beliau. kalau guru-guru yang lain, memang tidak ubah seperti artis kehidupannya. Sentiasa ada sahaja berita ataupun gossip yang muncul.huhuh.. Amboi..amboi...amboi..!! 
Kalau sebelum ini, saya mempunyai tanggapan buruk kepada profession guru tetapi saya harus mengubah persepsi saya..Bak kata pepatah, Dont Judge it By the Cover..huhu!!Miss Nelia had turn be one of my favourite teacher and i wish someday i can be likeher and strong like her did. 

(yeah..!! Control Cikgu Nel...makan habis dulu hotdog tu..nanti posing. Rosak pulo gambo tu nanti.hehe..)

Semasa di Tingkatan 4 dan 5 saya agak aktif untuk mengikuti pertandingan untuk mewakili sekolah. Setiap pertandingan mesti ada kalah dan menang. Yang bestnyer, sekolah saya tidak pernah kalah semasa pertandingan Forum. Walaupun bermacam-macam kekangan dan sabotaj yang dilakukan, SMK KAI CHUNG tetap power dan kental..!! Cayok-cayok!!Tahun ni, nasib tidak diketahui lagi..tetapi saya percaya, berkat tunjuk ajar cikgu Nelia, beliau pasti mampu membawa kejuaran sekali lagi kepada sekolah saya yang tercinta. Semasa di sekolah Menengah saya mula mengenal erti Cinta dan kawan sejati..Cinta? Memang indah untuk diperkatakan tetapi pahit untuk ditelan. Sebabnya, cinta yang saya ingatkan akan berpanjangan tetapi rupanya punah begitu sahaja. Tetapi takpe, cinta ada dimana-mana sahaja jika ada jodoh..jodoh tidak akan lari dan sentiasa ada yang menanti.eheheh..Kalau kawan baik ni pulak, memang sukar untuk mencari seorang kawan yang betul-betul boleh kita percaya dan akan bekongsi suka duka dengan kita. Maklumlah, pepatah pun da bekata, ibarat kawan makan kawan. Kalau kenyang selepas makan takpe la..ni sakitkan hati pihak yang lain. Di sekolah menengah, saya mempunyai seorang kawan lelaki yang amat rapat dengan saya. Segala masalah saya akan kongsi dengan dia. Segala Rahsia saya kongsi dengan dia. Segala benda saya akan ceritakan pada dia. Memang macam belangkas lah kalau di sekolah. Sampai ada yang menimbulkan syak wasangka mengatakan bahawa kami pasangan "Gai"!! Biasalah, manusia kalau dah takda benda nak cakap akan mulalah mencari benda untuk dijadikan topik..tapi takpe, leh juga jadi Public Figure. Bukan senang nak jadi public figure ni..susah woo..!Insan yang saya maksudkan adalah LUK TIEN TIEN@MUHAMMAD BIN SULAIMAN. Dia dah convert dah...ikut ayah dia..walaupun dah tak sama agama, tetapi kami tetap kawan baik untuk selamanya..sekarang dia study kat Taylor College. Ambik A-level. Nak gi Obsea..huhuhu!! Gudluck Friend...!!


(Friend Forever)



(Wan Nassila one of my Best Gurl
 Friend ever)


(Johan Pertandingan Forum Remaja 2007 Peringkat Sarikei)

(Naib Johan Debate English 2006 Peringkat Sarikei)

To Be Continue..!
Intai Apa Ada!

Friday, February 27, 2009

Kehidupan Saya Sebagai Seorang Guru Pelatih

(Muka semasa tahun 1 sebelum menjadi mangsa lepas geram cikgu 4 tahun kemudian)

Hikayat zaman sekolah rendah dulu kala yang sedia "Fresh" dalam otak lagi...
Semua manusia dalam hidup ini mesti mempunyai harapan dan impian kan? Dan tidak kurang yang sedang mencari arah hidup. Pada mulanya, cita-cita saya merupakan ingin menjadi seorang doktor..tetapi, minat ini kian pudar dari pandangan apabila saya melalui satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang.

(Flash back...back to 8 years ago)

Adakah anda mampu menduga apakah peristiwa tersebut?
Saya pasti jawapannya tidak.
Peritiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya..yang mungkin tidak pernah hapus dari ingatan otak geliga saya ini..(poyo)..
Tanggal 25.05.2001,
tibanya seorang guru yang cantik dan ayu masuk ke kelas...
Guru yang mengajar kami matapelajaran Mathematic.
kami semua berdiri dan memberi salam kepada guru tersebut...
diterimanya salam itu, maka...
kami pun duduk..
Semua pelajar berbual sesama kawan disebelah memandangkan cikgu tersebut belum memulakan pengajarannya lagi..
Tiba-tiba, cikgu yang bernama Miss Wong membuka mulut dan bersuara, semua senyap.
Kelas yang riuh-rendah seperti pasar malam menjadi sunyi sepi..bahkan jarum yang jatuh pun mampu didengari.
"baiklah, kita mulakan kelas kita sekarang..buka muka surat 29..cikgu akan mengajar anda bagaimana untuk menyelesaikan operasi tambah dan darab..." (translate dari bahasa Cina)
Setelah siap semua ilmu diperturunkn, cikgu tersebut memberi kami latihan tubi bagi memantapkan dan menguji kefahaman kami..
alangkah geram nya rasa di hati pada saat itu..
dia bagi latihan tubi sesedap rasa ajinomoto dier je..
kalau boleh, dia nak bagi satu buku untuk kami buat..
Cikgu tu memang takda belas kasihan semasa memberi tugasan tersebut...ingat hanya subjek dier aja ke yang ada kerja...mana nak buat bm, karangan bahasa cina lagi...kami letih la cikgu!!
tapi, memandangkan dia guru maka kami akur kepada arahan yang begitu meyakitkan hati.


(cuba hayati gambar ni..ni lah reaksi muka pelajar yang tidak berpuas hati masa tu)

Sedang semua pelajar khusuk menyelesaikan tugasan yang diberi, adalah segelintir budak nakal yang tak reti bahasa perkataan "TOLONG SENYAP" yang terpampang megah kat dinding kelas..mereka cakap seperti dunia time tu, dierang yang punya...sedar tak mereka, orang nak ketenangan semasa buat kerja..tu lah, orang agak "istimewa" ni memang tak reti nye lah...
buat punya buat, tiba2 seperti ada suara yang menjerit..
"wei, diam!!!"
masa tu, tak boleh bayangkan bagaimana rasanya jantung ni..
nak jatuh pun ada..dek terkejut ngan suara tu..
kalau time tu ada sakit jantung, lama dah mampus kat situ..takda la buat blog ni..huhu!!
telinga pon naik pekak time tu...gegendang rasa nak terkoyak pon ada...(hiperbola lak rasanya)
Kami semua diarahkan untuk berdiri..
semua memandang ke arah rakan sebelah..mata penuh dengan tanda tanya..sesi renungan berlaku..ahah..
tipulah kalau tak jatuh cinta kan...hahah!!
Tiba2, cikgu tu mengambil rotan dan mengarahkan kami semua untuk menghulurkan tangan..
dengan rasa takootnya atiey, kiterang pon hulurkan tangan..
semua kami menerima "Buah tangan" khas dari guru tersebut..
kurang asam punya cikgu..kerana nila setitik, semua diberi Rotan!!
kalu satu rotan takpe la..ni 10 kali..auda bayangkan!!
kalau auda, mesti auda marah juga kan??
kami ditindas!! Kami jadi mangsa tempat cikgu melepaskan buas panas barannya!!!
masa tu, mulut aku memang tidak henti terkumat-kamit mengeluarkan semua kata2 yang agak kesat dan kasar..
mana taknya, kesilapan orang kita yang keena..bodoh la...
Mulanya daripada saat itu, saya mula memasang niat untuk menjadi cikgu..
saya telah berjanji pada diri, pada suatu hari nanti,
saya ingin membalas dendam semua perbuatan cikgu tersebut..
pada masa itu, saya berharap saya mempunyai tuah untuk mengajara anak cikgu tersebut dan membuat apa yang dia buat pada kami kat anak2 dier nanT..

Akan bersambung dengan cerita semasa masuk sekolah menengah...pastikan anda ikut perkembangannya...perjalanan hidup sebelum masuk IPGM KAmpus Dato' Razali Ismail...
to be continued..!
Intai Apa Ada!