Tuesday, May 19, 2009

Friday, May 8, 2009

Journey to Pantai Batu Rakit, Terengganu..!

huh...
setelah bosan seharian duduk terperuk dalam maktab..
akhirnya kami sekawan mengambil keputusan untuk berkeliaran di sekitar pantai di Institut perguruan kiterang..
Kiranya nak hilang tension lah katakan..exam pown dah dekat..study pon malas gak..ehheheh
Apa yang menyedihkan..chewah..
kwan2 yang lain begitu tegar meninggalkan kami di maktab ini...
kesian kami..
kami bosan lalu membawa diri ke pantai..
hehehe..
tengok lah pic2 yang kami sempat amik..
memang orang katakan semua peralatan digital digunakan dengan sebaik mungkinlah..ehehhe!!
tata...!!
thats all!!



*aksi2 kawan2ku..eheh!!
Sedap..yummy2...*





Ikan yang bakal dimamah oleh kami...eheh!!





*Yummy..sedap tau udang tu...ehhe..sotong pun ade..
udang and sotong celup tepung..heheh*




*Cendol rasanye..eheh*
Ayin makan cendol ni...dierang kongsi makan cendol..eeheheh..



*inilah jadinya..ehehehhe*
yang penting kenyang siot....



*K.A.M.I lah..ehhe
Ayin, Dib N Me..*



~pak cik tuh perasan saya amek pic keluarga dierang..ehehe~~



~Romantik la katakan..call pakwe tuh..angin sepoi2..ehhe!!~~



-Peace Friends-



K.A.M.I lagi....



**Inilah "kenderaan" khas kami..eheheh**
Vouge gitu kan...



Jom kita balik...
*hish...adikni..bagi la kami lalu dulu...dier bercekak pinggang lak kami lalu..ehehe..
sabar yer dik..
ti adik main la bola tu puas2..
jangan balik pon bagus lagi dik..ehehe..
Tunggu lah aku ni Ayin oi...!!!!





"JOm balik....senyum sokmolah yer..."
Suhaida lah ni..
budak perlis..hehehe!!


Okay, thats all for today!!
tata...!!
Intai Apa Ada!

Thursday, May 7, 2009

Exam Lorh!~




Exam is just around the corner...!!
have u done ur revision??
Have u prepare urself for the coming exam...??
so lets us prepare ourself friends..
to face the coming exam week!~~
No play around anymore...~
Pointer is in our mind now..
We must set in our mind, what pointer is you aim now after previous exam??
Wheater to make it better or stay..?
Better prepare earlier so that u can feel more confident in urself..
then no stress during the examination day!!
Gambatae!!

Exam lorh..!!~




Pensel merupakan senjata yang paling ampuh sekali masa exam tuh!!hahaha...!!~~~




Nak tips exam tak???
hehe..
baca lah kat bawah k..!!
Selamat Maju jaya semua..
semoga diberkati semasa exam..!!
cayok2..!
Good luck!!


Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Tuhan kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…


Selamat maju jaya semua!!


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments
Intai Apa Ada!

Tuesday, May 5, 2009

Intai Apa Ada!

Good Luck!!

hoho..
Muet is coming to the house..
good luck to all the candidates especially to my unit ks2 and ks1..
All the best to you all guys!!
we know that all of us are the best..!!
prove that no one's can look down to our unit...!!
Go...Go...go...ks!!
peace!!!
We pray that all of us will succeed and pass with flying colour..!!
all the best ya!


Myspace Layouts
Intai Apa Ada!

Sunday, May 3, 2009

Choral Speaking Competiton...!!



At last..
hilang lah 1 lagi beban yang terpaksa dipikul oleh PPISMP Semester 2 Kajian Sosial 2009..
Pada jam 2.30ptg tanggal 3 Mei 2009..berlangsungnya satu pertandingan choral speaking sempena dengan English Week di Dewan Al-Farabbi..
Memang tidak dapat dinafikan..
Saingan amatlah sengit sekali..
hingga rambang mata untuk memilih manakah perserta yang layak untuk dinobatkan sebagai Juara Choral Speaking sempena English Week ni.
English Week ini telah dianjurkan oleh Guru Pelatih yang terdiri daripada Abang-abang dan Kakak-kakak KPLI..

Adakah dominasi Unit Mathematic mampu untuk dipecahkan oleh unit-unit yang lain ..?
Adakah akan berlaku perubahan pada tahun ini..?
Semuanya akan terjawab pada 11 Mei 2009 nanti..
Nantikan keputusan penuh debaran..
Tahniah kepada semua unit kerana telah berjaya menyampaikan persembahan yang penuh semangat dan yakin pada petang tadi.
Diharap agar pertandingan ini akan dapat dianjurkan lagi kelak..!
Kepada unit Kajian Sosial/Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu 2, terima kasih diatas kerjasama dan team spirit yang anda telah berikan sepanjang berlakunya latihan dan pertandingan Choral Speaking tersebut..!
Cayok2 KS2!!!!

Guano Institut kita?? Senyum Sokmo lah..!!

Nikmatilah sajian beberapa keping gambar yang tidak seberapa daripada saya..
Bersempena dengan English Week 2009
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Dato' Razali Ismail
Kuala Terengganu.

Venue: Dewan Al-Farabbi
Time: 2.30pm-4.30pm




Banner Sempena English Week 2009



Gambar sempena Persembahan Dari KS2 "Soli, gambar agak kabur...sapolah yang amik gambo ni..ish2.."




Gembira sungguh conductor saya tu..eheh..
Nur Suraya la nama diberi..heeh!!
syabas su!!
Anda telah melaksanakan tugas dengan baik!!



Dari atas: Nur Syazana, Adiba, Noor Amirah, Siti Aisyah, Siti Nur Fardhillah,Nur Farahain Ismail, Nur Farah ain Adnin, Noor Syazarina.
Dari bawah: Mason (me), Afenorain, Amirah Najwa, Suhaida, Suraya (Conductor), Noor Afiqah Saidah, Noor Edwin, Amna, Ezwany, Wan Mohd Shafiq..
Tiada Dalam Gambar: Pravina, Kalashini.



Rakan Seperjuangan Saya
Dari Unit Kajian Sosial 1




My Beloved Conductor.



Kesengalan Miera semakin membuak dengan muka tak ley bla..haha..!!






Thats All for today!!
See ya!!!
Intai Apa Ada!

Saturday, May 2, 2009

Widget Akademi Fantasia 7

Intai Apa Ada!

Lama dah tak aktif..!!




Wa...sekian lama aku buat blog ni..harini baru aku aktifkan segalanya balik..
Masa? Ya, kekangan masa yang singkat membuatkan aku tidak mempunyai masa untuk mengaktifkan blog aku ini..
tapi tidak mengapa..
aku akan cuba untuk aktifkan balik..eheh!!

Letih juga rasanya beberapa bulan ni..
dari bulan mac hinggalah mei ni..
macam2 aktiviti yang berlangsung di institut aku..
semuanya seperti sebuah NIGHTMARE bagi aku.

Dari kajian orang asli, hinggalah ke pertandingan drama dan tak lama lagi pertandingan choral speaking..
ah, satu lagi...
sukan tahunan!!
fuhh!!!
banyak woo!!
tak henti2 la..
dahla time study week lagi tu..
tulunlah aku..!
aku jadi jiwa kacau!!!!
apa pun keadaan, doakan lah kejayaan aku kawan2 semua..
aku tak mahu terhenti di sini..
doakan semoga aku terus berusaha dan sekiranya aku tersungkur, sedarkan lah aku..
bangkitkan aku..
mungkin aku tak mampu untuk bangkit sendiri..
Dengan keadaan manusia di sini,
aku amat memerlukan susasana yang baru..
Aku tidak mampu membayangkan 4tahun lagi untuk berada di tempat ni..
ibarat SATU DISASTERS jika difikirkan..huh!!


Kawan-kawan semua,
hargailah kawan-kawan yang berada dekat dengan anda..
sayangilah mereka sebelum terlambat..
jangan binasakan sebuah persahabatan yang telah utuh anda bina..
sememangnya sahabat merupakan insan yang menjadi tempat untuk kita bersandar ketika sedih..senang..dan segalanya.
namuN.. LAPANGKAN HATIMU, LUASKAN PANDANGAN MATAMU tika mencari sahabat..
tersilap langkah, anda akan musnah dalam sekelip mata..
percayalah..


Logo Institut Aku
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Dato' Razali Ismail

Gambar Sepanjang Kajian Orang Asli
Di Post Broke, Gua Musang Kelantan
&
Perkampungan Orang Asli
Di Kampung Sendrood.



Sekolah Orang Asli



Its Me: Da writter..eheh!!



"La..apa lagi lah yang dibincangkan tu.. angkat je lah beg tu weih..."


"Atas: Dilla, Syam & Aku Bawah: Najwa, Efi, Edwin & Pn Siti" wa....ni baru sampai dah posing.. belum lagi hari seterusnya..heheeh!! yang penting kita semua V.O.G.U.E!!





aHLi gROuP aKu
Syam, Amna, Pravina and me gain!!



Hostel budak2 orang asli... dierang nye tempat..hurm.. hehe..hanya K.A.M.I yang tahu..!!



Baju BUY 1 FREE 1 ke..??
kih2..



Ni lah Budak Kelas Aku yang Agak Sengal..ehhe!!
opppss!!



Abg KPLI dengan student orang asli yang Cute2..eheh!



"woi...MENYEMAK kat foto aku je lah Kak Ang ni!!""



"LOrh...kak Dib lapOr sgat ke..?""
tepung pun rembat..."eheh..!




Dalam truck semasa on the way nak gi tempat kajian tuh!!



"Dengan Ketua Kampung Sendrood..lupa la nama..eheh..!eh, encik rashid rasanaya..!!ahha..."


"Pondok tempat Kami Membuat Temuramah dengan Encik Rasyid Lorh..!!"



"Jalan2 sekitar Perkampungan Sana"



"Ramah Mesra dengan Penduduk sana"
"Nama Penduduk yang berbaju biru tuu..: Pn Alut"
Unik name kan..eheh..




"Ni pula lupa dah nama..
yang pasti anak dia semua perempuan..
sapa nak aku adjustkan..?hehe.."



"Persembahan Khas dari kami PPISMP SEM 2 KAJIAN SOSIAL
Semasa Malam Kebudayaan"



"TOLONGlag AIMAN..aku Tak memerlukan action ko tu!!im Not GAY!!ahahah..
Gurau aja bHa.
dOnt Take seRiUS yah"



"A niTe before balik...kami sempat menjamu mereka dengan hamper sumbangan khas dari
JAKIM..thanks JAKIM..jasamu dikenang!!
Saat menyedihkan tika menjamu mereka..hanya K.A.M.I yang tahu..."
siHHHHH...



"JOm masuk semua..."



"Unites US FOREVER"
that da HOPe!!



"Apabila KS1, KS2 dan KPLI bergabung,
Menjadi 1 keluarga!!""





"Sekian Dahulu dari saya...terima salam iklas dari saya.."
"Dari hati ke hati...dari mata ke mata..."








Intai Apa Ada!