Thursday, November 4, 2010

Cinta Vs. Pengorbanan?!

Hye all..! lama rasanya blog ne dah tak dihidupkan kembali..ntah ada tak yang sudi berkunjungkan..ehhe..!~ ntah la..tetiba plak rasa malas nak update blog ne..tapi harini..dah nekad..nak buka balik la..ehhe..!nak cuba aktifkan balik.... sebagai pembukaan bicara, nak berbicara mengenai cinta. tapi padahal mana pernah bercinta..ahaha..belajar dari pengalaman orang..orang banyak bercerita, jadi banyak ambil pedoman dari cerita mereka...




apa pendapat anda tentang cinta...macam mana cinta itu boleh membahagiakan...atau...membawa kepada penderitaan....? mesti banyak sudah anda boleh canangkan mengenai cinta ini kan. yang putus cinta tu, mesti pandangan cinta dia lain berbanding dengan yang dilamun cinta..ehee... pada saya, cinta ini luas perspektifnya....tapi hari ni nak share mengenai cinta melalui perspektif remaja...iaitu cinta seorang remaja kepada remaja yang lain...atau dengan lebih mudah cinta daripada seorang individu kepada individu yang lain...
tapi macam mana pula dengan cinta tiga segi..."tatkala aku membuka pintu hatiku dua insan yang ku sayang datang memberikan cintanya kepadaku"...kononnya bunyi seakan-akan demikianlah..macam mana tu ek?
sini ada di depan mata...yang sana jauh menanti disana...sesetia yang boleh..
adakah patut menerima keduanya atau memilih salah satu daripadanya???
itulah yang menjadi persoalanya....semuanya bergantung kepada kemampuan...
cinta yang sebegini memerlukan 1001 pengorbanan....samaada dari kesediaan untuk berkongsi kasih sayang..masa....dan juga kesetiaan....
ia mencabar kemampuan kita...adakah kita mampu bertahan atau sekadar berada di pinggiran melihat orang yang anda sayangi dan cintai yang juga menyayangi dan menyintai anda bahagia dengan temannya yang lain.. orang kata, mencintai tak semestinya memiliki kan? 
namun pada hakikatnya kita perlu tahu cinta dan pengorbanan memang bergerak selari...tak boleh bergerak sendiri...ibarat baju dengan seluar..kenalah pakai baju kalau pakai seluar kan?takkan la nak pakai baju tanpa baju or sebaliknya..
...jadi....kalau anda ingin bercinta...fikirkanlah...ADAKAH ANDA HANYA MAMPU MEMBERI CINTA ATAU MAMPU MEMBERI KEDUANYA....FIKIRKAN, RENUNGKAN LAH.. Janganlah kita mempermainkan perasaan orang sekiranya kita tidak mampu memberi kedua-duanya kepada cinta kita...pilihan di tangan anda..

Intai Apa Ada!

Monday, August 16, 2010

Kebebasan PLEASE!!



kebebasan!
itu lah yang bermain di dalam benak fikiran aku sejak beberapa hari ini..
aku ingin jua merasa seperti mereka..
merasa bahagia seperti mereka..
namun..
aku tidak pernah sedikit pun diberi kesempatan itu..
hidup aku terkongkong...
aku merasa sesak untuk bernafas pada seketika...
aku cuba leraikan ikatan itu..namun aku tidak mampu..
badan aku tidak mampu untuk melawan ikatan yang kuat dan utuh itu..
bukan apa...
bagilah sesaat mahupun seketika..
untuk aku merasa hidup berdikari..
diberi hak untuk menentukan apa yang aku inginkan...
apabila aku melakukan kesalah sedikit,
hati aku kau sakiti dengan kata-kata yang menusuk kalbu..
aku hanya mampu berbisik pada diri..
"sabarlah Sern..sabar.."
ungkapan yang sering aku bisikan pada hati nurani aku ini...
tolonglah..
aku merayu pada Mu..moga rintihan aku didengari..aku pohon padaMu..
bukalah hati mereka...moga mereka sedar bahawa aku terseksa..aku merana..
..................................................."
Intai Apa Ada!

Wednesday, July 28, 2010

Sekolah Murid mengandung??


hye peeps!
ni ada sedikit benda nak share dan nak jadikan isu untuk kita diskusikan. apakah pandangan anda??

Sekolah murid hamil? Perkara ini merupakan cadangan lama yang telah dibangkitkan semula apabila kes mengenai masalah seks yang melibatkan pelajar sekolah bawah umur. Terkini, Yang Amat Behormat Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka telah mencadangkan agar sekolah untuk pelajar yang hamil ditubuhkan. Menurut Ketua Menteri Melaka hal ini adalah kerana ramai anak gadis yang masih menuntut di sekolah mengalami kehamilan bawah umur. Sebelum ini, Datuk Seri Syahrizat mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar memasukkan pendidikan seks di sekolah seperti apa yang saya katakan pada posting sebelum ini.

Sebenarnya, pandangan Ketua Menteri Melaka ini telah dibantah oleh Timbalan Menteri pelajaran II, Datuk Seri Puad Zarkashi. Hal ini merupakan kontradiksi yang berlaku dalam sistem pemerintahan negara kita. Sebenarnya, saya berangapan bahawa tidak wajar untuk mewujudkan sekolah untuk pelajar mengandung tersebut.  Hal ini kerana sekolah tersebut bukan sahaja mengundang banyak lagi pelajar yang melakukan perbuatan yang seks bawah umur bahkan penubuhan sekolah untuk pelajar mengandung ini sekali gus mengangkat para pelajar yang melakukan perbuatan seks bawah umur.

Dengan laporan pembuangan bayi yang kerap kali terpampang di dada akhbar dan peti telivisyen yang mengaitkan orang yang terlibat dengan kes pembuangan bayi tersebut adalah pelajar, apakah cadangan Ketua Menteri Melaka tersebut wajar? Apakah dengan penubuhan sekolah untuk pelajar yang mengandung ini dapat membentras gejala pembuangan bayi yang kian rancak di era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini?

Setakat fakta yang diberikan oleh media, memang tidak dapat dipastikan bahawa orang yang melakukan kes terlanjuran dan pembuangan bayi ini adalah mereka yang masih sekolah lagi. Mungkin orang yang melakukan kes pembuangan bayi tersebut merupakan pelajar Universiti yang terlanjurdan mungkin juga orang yang tidak bersekolah lagi atau sudah tamat zaman persekolahan. Bagaimana dengan mereka ini?? Adakah perlu menteri menyediakan lagi Universiti pelajar mengandung atau menyediakan rumah mengandung seperti rumah orang tua yang mempunyai smaa tujuan dengan rumah orang tua iaitu untuk menjaga orang tua yang diabaikan.

Bagi Penulis, cadangan ini sama sekali tidak masuk akal kerana cadangan ini seolah-olah 'mengajar pencuri untuk mencuri'. Cara yang terbaik ialah menatapkan lagi sistem kurikulum dasar untuk para pelajar agar mereka sendiri mencegah perbuatan yang tidak seharusnya mereka lakukan. Kurikulum di negara kita masih lagi kurang menerapkan nilai murni dan keagamaan yang kuat. Hal ini kerana masih ramai lagi golongan pendidik yang gagal untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri pelajar. Pendidik bukan sahaja mengajar subjek tertentu di sekolah bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Justeru itu, langkah yang terbaik untuk diteliti ialah sistem kurikulum di negara kita yang masih lagi carca merba akibat pengaruh politik yang kuat.

Secara tuntasnya, pihak bertangungjawab sama ada ahli akademik, golongan professional dan golongan pemikir harus memberikan pandangan mereka untuk dikemukakan kepada pihak kementerian agar sistem pendidikan di negara kita dapat dimantapkan lagi bagi memastikan mutu pendidikan di negara kita dapat melahirkan modal insan kelas pertama. 

*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis. 
Intai Apa Ada!

Saturday, July 17, 2010

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010



hye peeps..
selamat malam saya ucapkan..haha..skema giler ayat..
pe habaq?lama dah aku tak update blog ne..dalam 2 hari gak la asenye..ehehe..
so ape cer korang??
wee..
arini best sangat....kelas kiterang diarahkan untuk pergi ke Wisma Darul Iman..
buat ape??
kiterang gi tengok pertandingan ala-ala teater gitu la..
siok beb....
ramai giler kot orangnye..
ada 15 semua negeri amek bahagian..mana tak nye..Peringkat Kebangsaan kan..ehheh..
5 negeri yang telah terpilih ke peringkat akhir iaitu berlangsungnya pagi ne..
antaranya Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Terengganu.
semua nye memang best..cuma..ada la satu team ne diragui kelayakan nye..mana tak semua cakap tak best..ahhahha..rahsia2 negeri mana..haahhaha..
nak tau tak keputusan..?hehehe.
aku rasa bangga plak berada kat dewan tadi..seperti aku plak yang wakil Sarawak..best siot team Sarawak tadi..
semua terhibur beb..rasa sekejap giler pengisahan mereka..yang negeri lain rasa macam lama..
semua dah duga keputusan macam mana..ehehhe.
Sarawak Champion!!!yeahh..(tak sia-sia aku teriak tadi untuk team Sarawak)
proud to be Sarawakian yeah..

Sarawak diwakili oleh 3 orang yang terdiri daripada 3 orang lelaki..
1. Al-Zubair Bin Zainon
2. Azwan bin Kajang
3. Shahrizan Bin Sarbini
Tajuk : Memori Sebuah Tirai Besi (tentang Rosli Dhobi)

best sangat....rugi tak rakan tadi..
ape pun..congrates kat team yang lain..
2nd Kedah, 3rd Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 4th Terengganu & 5th Johor.
untuk pengetahuan, Terengganu diwakili oleh guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Mizan.
congrates kat dyerang gak coz membawa nama ipg dyerang ye...


p/s:taun depan nak take part boleh tak..?tpi..bakat tu ade ke..?hahaha...
okaylah..pena berhenti disini.
Intai Apa Ada!

Friday, July 16, 2010

Padan muka ko!!

selamat tengahari semua...kih2...
tenghari sebab time aku gah giat menconteng blog ne dah jam 12 lebih gitu...
apa macam? hebat tak tajuk tu..?
jangan pulak ada yang terasa okay..?
aku cakap tu kat aku sendiri..haha..
yelah..
bangun pagi ne awal, semata-mata nak take turn untuk basuh pakaian..yelah...kang berebut pulak dengan cyang lain..
so, pas basuh tu aku tinggalkan je lah..
then aku pun terus drive-Kan kereta Myvi hitam Afiqah..kiterang nak gi wat shooting jap.hahha.
shooting ape? bukan shooting untuk lakonan..tapi untuk gimnastik amali..hahah...percaya tak aku wat suma tu..?
tentu susah nak cayer kan..alah,cayer je sudah...
so kiterang gi la gym IPG KDRI untuk wat shooting...kat sana dah ade member yang lain..amirah & da geng..
so kiterang kerjasama susun peralatan apa suma..
so its begin!
mulakan dengan fiqah then aku..ahhaa.
dari stesen 1 hinggalah stesen 19..kat last sekali dek kerana syok sangat.....kaki aku terseliuh sudah.....
part yang aku paling suka kan..Spring Board.hahah..padan muka aku..nak cuba sangat aksi extreme..ahhaha..padah tak dengar cakap orang..sekarang rasa lah sendiri kaki seliuh..padan muka eden!



p/s:takpe2..ne suma pengalaman kan kawan..?so...life must go on..good luck all...!!amali nanti wanna be the best among the best..lantak la apa orang nak kata..yang penting tu hidup aku.so, orang2 yang tak puas hati ngan aku tu boleh la berambus...berambus jauh2....aku tak ganggu korang, so jangan nak ganggu hidup aku.ada faham..?ke nak aku ajar??
Intai Apa Ada!

Thursday, July 15, 2010

Sahabat yang Didambakan.


hye peeps..entri kali ni mengisahkan suatu suasana yang didambakan oleh semua insan yang menghuni bumi yang penuh dengan ranjau ini..dalam keadaan kita sendirian, kita mengharapkan seorang insan yang mampu bersama dengan kita dalam keadaan susah dan senang..
so, renungkanlah..

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
 5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu


Intai Apa Ada!