Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru! oh SERN!!


"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Begitulah bunyi tema Hari Guru 2011..
Hari guru merupakan hari yang sangat bernilai dan bermakna bagi insan yang bergelar guru ..
Bagi saya yang masih bergelar guru pelatih di IPG Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu,
saya begitu teruja dengan tema pada tahun ini..
teringat lagi tema Hari Guru yang lepas iaitu..
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"..
time tu sambutan peringkat kebangsaan di Terengganu..
saya salah seorang Koir Hari Guru..
time tu...pergh..memang sangat bertuah rasa..masa nyanyi tu rasa macam dirasuk je...
semangat punya pasal kan..lagu pun sedap giler..
memang jauh berbeza runut bunyi lagu tu..yang baru bagi saya agak biasa dan lagu kurang gempak..
tapi still lagi bersemangat ni..eheh..!~
so, Selamat Hari guru kepada semua guru di dunia ini..
Tanpa guru, tiadalah doktor, tiadalah engineer, tiadalah arkitek, tiadalah penyanyi dan sebagainya...TQ cikgu!!!!
Terima kasih kerana mendidik saya sehingga saya menjadi seorang bakal guru kelak..
terutama kepada guru kesayangan saya iaitu Cik NELIA SATUK.
GURU YANG TERBAIK BAGI SAYA..BELIAU LAH NELIA SATUK.
SELAMAT HARI CIKGU NGAN KITAK!!! (Kalau baca..)


Lagu tema Hari Guru 2011


ni pulak yang Guru Pembina Negara Bangsa



P/S : CUBALAH DENGAR LAGU TU DULU K..PASTU SILA BAGI KOMEN. SAYA BANGGA JADI GURU!!!!!!

Intai Apa Ada!

Tuesday, November 16, 2010

yippie!! im FREE from PRISON!!~~

hype!!~~
tajuk je gempak..tpi actuali biasa je benda aku nak muntahkan kat sini.ahahha...
sebenarnya kan...aku dalam keadaan yang dilema skrang...
dilema apa eh??
ni hah!!!!!!
#Dilema nak balik#

but....!!! wait!!! today is 16th Of NOVEMBER 2010..let me check gain the  calender..! GOSH! today i will go back to my home!!!!!yahoo!! how happy am i... hari yang ditunggu-tunggu berkunjung tiba.. giler lama shial  dowh nak tunggu tarih tu...PENANTIAN YANG SUNGGUH MENGEMBIRAKAN MENYIKSAKAN!!!! Bayangkan lah SEM ni jarang giler balik..bukan jarang! memang tak pernah balik!! mana tak, PBS wat kat Perak lak tu...umah member... hais... jadi arini...aku akan NAIK FLIGHT balik dahh....balik mana?? SARAWAK beb!!! as usual, aku akan naik perkhidmatan AIRBUS yang paling digemari aku...!~~herheh... jeng..jeng..jeng....ni dia....!!!

#MUAH...HEART this#

naek MAS bagi aku memang terbaik..segalanya terjaga..dari makan, minum dah rehat la..segalanya bagi aku TERBAEK bai...!yang penting, makanan ada, semua jalan..ahhahaha..!~~
nak share sket maklumat flight aku nih...ahhaa...
MH1335 
Dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur 
jam 4.15pm
then sambung flight
MH2718
Dari Kuala Lumpur ke Sibu, Sarawak
jam 7.30pm.
* tinggal 14 Jam lagi....ehhe..jam update ne 2.45am...

tapi kan, before aku balik esok a.k.a arini, aku outing dengan bestie dan roomate kesayangan aku.ahahha...
sape dyerang?? tak yah gambar la..malas expose..kang popular dyerang..cukup sekadar nama dyerang..ahhaha.. Areman, Frynd...!~ opss! terlupa menyelit seorang kumbang, AINI..ahahhaha..~ kesian kat dia takda geng nak kuar, jadi ajak la...
(so what? lantak la nak ajak dia sorang je gurl.bukan nak buat apa pun..ajak makan je kot. nak fikir lain or nak NGUMPAT tu, aku doakan mulut korang berulat time mati nanti..ahahahhaa...)

then, malam tu kiterang p cari tempat makan..kterang lapar gilerrr!! terutama aku...tapi malangnya, banyak giler kot kedai makan tutup..ntah, nape ntah...so...kterang pusing-pusing, jalan-jalan..so kterang pun amek kputusan makan kat DeDuyung...!! nama kedai nampak la gempak..tp service tak tau agi..1st timer katakan..!! so, aku order la sup ayam, daging masak kicap, nasi putih dan teh O beng...OMG!!!! u all nak tau tak? aku SUMPAh tak datang dah kedai ni. perkhidmatan , tahap banggang siot! lambat cam siput VAVi..hahahah..!~dahla time tu lapar gilerrr!~ kalau bukan kerana kedai lain tutup, tak hingin aku singgah kedai tu..! taubat tak DATANG dah..sorry la ye tuan kedai..!ngutuk jap.hahaha..~ tapi kan...kesian kat aiman, dia tak dapat bihun goreng dia..last, dia menikmati je ayam masak kicap dia..mmg WTh la kedai tu..! 
so pas makan tu kan...kterang teruskan agenda seterusnya...apa lagi...RONGENG la...KT la jawabnya..last outing aku dengan dyerang untuk malam tu...!~

first destinasi, kterang p ni hah..tempat ni..apa nama dia..resipi rahsia?? or Secret Recipe dalam bi nye...!~ apa lagi aku, penggemar kek..ahaha..!~ aku rembat la satu kek..then belanja la roomate aku satu..aku rembat ni....kire faverat la juga.....~ tengok ah aku rembat kek apa..jap2...

#tau tak ape nama kek ni?? Golden Nuget la..mmg thuMBS UPs la..#

pastu, kterang trus pergi ke destinasi seterusnya..aku mengidam nak makan KFC!!~~~ehehe..so decide gi yang 24hours tu..dekat ngan terminal bus KT tu...tp kan..agak mengecewakan..sesampai je ayam dah abisssss!!!bukan santan dah abiss! ayam dah habis!!faham! kena tunggu 20min...aku decide tunggu...tapi apabila tunggu tu, aku tengok jam aku dah 11.05pm..aku rasa dah lambat nak mampus..pagar IPKDRI tutup jam 11.30pm lak tu..! apa lagi..aku blah ar dari KFC yang babun tu..! kuciwa..!kuciwa..!last, aku decide nak pandu lalu atau DRIVE-THRU je. sng sket! tk perlu nak fikir daa...!~
so drive aku, areman pun pecut gi drive-thru dekat ngan Giant KT tu..!~~ 
sesampai je, aku order ni....
#yummy..#
Big Mac tuu..aku memang suka menu ni...!~ terbaek dari ladang la bagi aku...tak kisah la korang nak cakap tak sedap ke..boikot ke..aku punya suka, hal aku lah nak beli..guna duit aku kan?bukan duit korang..so, mine ur own business la keh!hahaha..
pas order tu, kterng pun balik ke IPG terCHENTa ku..tpi Pak Awang iaitu tempat sewa kerta anta kterang balik..Pak Awang ni baik tau..mesra pelanggan plak tu..!~hehehe...memang selesa  ngan dia..eheh..!~ 
fuhhh!~~ tau jam brapa kterang sampai?? jam 11.31pm!~ahhaha..nasib baik pak gard bagi masuk..kadang-kadang apabila angin dia tak elok, banyak soal dlu baru bagi masuk..arini okay plak..maybe dia tau kot, student dah nak balik..eheh..~ bagi chance kan...ehehe..!~thanks pak!!

jujur aku kata, aku selesa keluar dengan dyerang.boleh ilang stress..ilang segalanya..mana tak nye gelak memanjang je kat kreta..so mmg faveret team aku kalau aku nak outing dengan dyerang..the best la dyerang..tapi kalau ada budak sengal iaitu MIra n kak Dib lagi la..happening glerr..siap karok agi! karok percuma la beb!~ pasang lagu besar, then melalak la ikut suka pun...sapa nak dengar, kterang sendiri je...ehehe..~ so, aku heart n love dyerang ni..areman, frynd, mira, aini n kak dib!~like outing with them~

tapi..............malam ni malam terakhir kterang untuk outing sama..mana taknya...cuti semester dah berkunjung tiba....! memang tak sabar nak balik..tapi time kat rumah nanti komfem terfikir-fikir time outing ngan rakan-rakan sini..apa pun...cuti tetap cuti..so, balik umah tika ada peluang tu..aku dah tk sabar nak balik ni..nak jumpa semua orang kat Sarawak tu..lama bebeno aku dah tak balik nogori den..ahahah..!macam n9 plak aku ni..negeri Sarawak tau aku nye..ehehe..~~termegah nyadi rakyat Sarawak..iban seketika.!hahaha...
so, to all my friends, happy holidays..jaga diri sepanjang cuti..jaga tingkah laku..kalau drive tu, drive hati-hati..tk mau la dengar apa-apa brita yang menyedihkan time cuti okeh?janji tau..do ur best during holidays..enjoy it till da blast!hahahha..~ cuti memang ditunggu-tunggu kan..!~ janji enjoy it..eheh..! okeh bebeh, got to go ..late already.. i rest my case..tata...today early in the morning wanna outing with sabahan n sarawakian juniors..ehehe..!! so meet u guys later at 9am okeh!!~ nitess!!hehe..opsss...silap...morning..!~ jumpa lagi kawan-kawan IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL DAN PENSYARAH-PENSYARAH PADA TAHUN DEPAN IAITU 2011..kalau dipanjangkan umur adalah rezeki kita jumpa...orang kata ajal dan maut di tangan Tuhan..kita tak tahu bila ianya datang menjemput..so bersedialah eh..selamat beramal..ehehhe..!~ adiosss!~~


#Mohon maaf segala khilaf ye..mohon 0-0..happy hols!~#


Intai Apa Ada!

Wednesday, July 28, 2010

Sekolah Murid mengandung??


hye peeps!
ni ada sedikit benda nak share dan nak jadikan isu untuk kita diskusikan. apakah pandangan anda??

Sekolah murid hamil? Perkara ini merupakan cadangan lama yang telah dibangkitkan semula apabila kes mengenai masalah seks yang melibatkan pelajar sekolah bawah umur. Terkini, Yang Amat Behormat Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka telah mencadangkan agar sekolah untuk pelajar yang hamil ditubuhkan. Menurut Ketua Menteri Melaka hal ini adalah kerana ramai anak gadis yang masih menuntut di sekolah mengalami kehamilan bawah umur. Sebelum ini, Datuk Seri Syahrizat mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar memasukkan pendidikan seks di sekolah seperti apa yang saya katakan pada posting sebelum ini.

Sebenarnya, pandangan Ketua Menteri Melaka ini telah dibantah oleh Timbalan Menteri pelajaran II, Datuk Seri Puad Zarkashi. Hal ini merupakan kontradiksi yang berlaku dalam sistem pemerintahan negara kita. Sebenarnya, saya berangapan bahawa tidak wajar untuk mewujudkan sekolah untuk pelajar mengandung tersebut.  Hal ini kerana sekolah tersebut bukan sahaja mengundang banyak lagi pelajar yang melakukan perbuatan yang seks bawah umur bahkan penubuhan sekolah untuk pelajar mengandung ini sekali gus mengangkat para pelajar yang melakukan perbuatan seks bawah umur.

Dengan laporan pembuangan bayi yang kerap kali terpampang di dada akhbar dan peti telivisyen yang mengaitkan orang yang terlibat dengan kes pembuangan bayi tersebut adalah pelajar, apakah cadangan Ketua Menteri Melaka tersebut wajar? Apakah dengan penubuhan sekolah untuk pelajar yang mengandung ini dapat membentras gejala pembuangan bayi yang kian rancak di era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini?

Setakat fakta yang diberikan oleh media, memang tidak dapat dipastikan bahawa orang yang melakukan kes terlanjuran dan pembuangan bayi ini adalah mereka yang masih sekolah lagi. Mungkin orang yang melakukan kes pembuangan bayi tersebut merupakan pelajar Universiti yang terlanjurdan mungkin juga orang yang tidak bersekolah lagi atau sudah tamat zaman persekolahan. Bagaimana dengan mereka ini?? Adakah perlu menteri menyediakan lagi Universiti pelajar mengandung atau menyediakan rumah mengandung seperti rumah orang tua yang mempunyai smaa tujuan dengan rumah orang tua iaitu untuk menjaga orang tua yang diabaikan.

Bagi Penulis, cadangan ini sama sekali tidak masuk akal kerana cadangan ini seolah-olah 'mengajar pencuri untuk mencuri'. Cara yang terbaik ialah menatapkan lagi sistem kurikulum dasar untuk para pelajar agar mereka sendiri mencegah perbuatan yang tidak seharusnya mereka lakukan. Kurikulum di negara kita masih lagi kurang menerapkan nilai murni dan keagamaan yang kuat. Hal ini kerana masih ramai lagi golongan pendidik yang gagal untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri pelajar. Pendidik bukan sahaja mengajar subjek tertentu di sekolah bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Justeru itu, langkah yang terbaik untuk diteliti ialah sistem kurikulum di negara kita yang masih lagi carca merba akibat pengaruh politik yang kuat.

Secara tuntasnya, pihak bertangungjawab sama ada ahli akademik, golongan professional dan golongan pemikir harus memberikan pandangan mereka untuk dikemukakan kepada pihak kementerian agar sistem pendidikan di negara kita dapat dimantapkan lagi bagi memastikan mutu pendidikan di negara kita dapat melahirkan modal insan kelas pertama. 

*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis. 
Intai Apa Ada!