Showing posts with label coretan jari jemariku.. Show all posts
Showing posts with label coretan jari jemariku.. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Azam 2012

Rasanya terlalu awal untuk aku memasang azam untuk tahun baru yang bakal menjelma ini kan..
tapi..apa salahnya? Perancangan awal daripada perancangan last minute. =)
tapi, kita hanya mampu merancang, hanya DIA yang menentukan.

List azam 2012 :
1. Menjadi seorang anak yang baik, soleh, menjaga nama baik keluarga.
2. Hubungan lebih erat bersama dengan rakan-rakan di dunia.
3. Membahagiakan daddy, mummy, kakak dan nenekku.
4. Menjadikan tahun 2012 sebagai tahun yang lebih bermakna berbanding tahun 2011.
5. Menjadi seorang guru pelatih yang tidak melanggar peraturan (=P)
6. Tak nak balik selalu time cuti pendek-pendek. HAHA.
7. Biarlah hanya aku dan Dia yang tahu. (................)

Ni Sern nye, korang pula?



Intai Apa Ada!

Monday, August 29, 2011

leave UNSPOKEN-


Mungkin bagi orang, kalau kita nampak ceria selalu, gelak selalu..wah, bestnye hidup dia, ceria selalu.. Kita hanya mampu menilai dari luaran..tetapi dalam hati dia..? siapa yang tahu? Tersimpannya satu cerita, cerita yang sukar untuk dikongsi ramai. maka, cara terbaik adalah berdiam diri semampu boleh. Seksanya rasa sekiranya niat itu terbantut..demi menjaga hati ramai orang..sangat terseksa.. Hanya Dia sahaja yang faham bagaimana rasanya hati itu.. Bibir dan hati tidak henti berdoa dan terus berdoa...meminta agar diberikan ketenangan..dipermudahkan dalam segala hal..tetapi..... diri ini akan terus bertahan sedaya yang mampu.. Ya Tuhan..berkatilah diriku agar mampu menjadi sekuat insan lain yang daku kenali. Sekian. Syukran Jazilan.
       ------------------------LEAVE UNSPOKEN-------------------



Intai Apa Ada!

Sunday, July 3, 2011

entri pendek.







- MUNGKIN KITA BERSAMA, 
NANTI DI ATAS SANA.-



Intai Apa Ada!

Saturday, June 11, 2011

APABILA ORANG SARAWAK BERSUARA.

Entri tok pendek jak. Sik berjela macam biasa. Kamek cuma mauk menzahirkan perasaan kamek malam tok. Entahla, otak kamek penuh dengan tanda tanya malam tok. Hairan , hairan dan hairan. Mek sik tauk apa kenak, sebab kamek pun sik apat detect apa masalah nya. maybe tok?

1. mek lebih dari daknya?
2. kamek tok menjengkelkan? (nang dah gaya..)
3. mek sik reti mok berkelaka kedak dak nya?
4. nangga kmk tok ngegeh? (persoalannya, adakah?ntah.)
5. or ..nang dah realiti jenis manusia pya? sik suka maju sama? mun kedak ya, mek pun sikpat komen lebih. go on lah dengan cara ya. 
6. "Sern, ko polah bodoh jak sia..boh fikir pasal daknya. hasad dengki penuh kat daknya. ok, fine!

okay, ya jak mok kamek lafazkan malam tok. Moga hari lain lebih indah. thanks! God bless all.

p/s: mun asek mikir hal orang bila gik mok ke depan? or..mungkin juak cara aku salah? ntah la...


Intai Apa Ada!

Tuesday, June 7, 2011

habis madu , sepah dibuang!

Selamat malam suma! korang sihat? kalau ada tak sihat tu boleh la makan ubat eh..kalau demam blog tu, bolehlah cari Cik Panadol. Dia sedia memberikan khidmat!haha..


straight forward kepada topik kita, "habis madu, serpah dibuang?" 
Kenapa Sern cakap camtu..? okay, sebelum pegi dengan lebih mendalam dalam merungkai masalah ini, chewah ayat haku!..elok rasanya sern nak wat survey..peewit! Korang, korang, dan korang! Berapa ramai yang masih menggunakan album gambar? Tau tak album gambar? Kalau tak tahu, pegi amek paku 4 inci pastu paku kat kepala betul-betul menghadap sereblum korang! chewah..keluar dah term-term anatomi haku!hahha..sapa yang tahu tu, boleh cuba try hangkat bulu ketiak.euww..hahah..Sern boleh jangkanye..rata-rata yang baca entri ni mesti tak ada album gambar kan? Betul tak..?Dah, tak yah nak menipu! ingat haku tak tau korang tu..?kih3..
* Macam ni lah lebih kurang*


Korang tentu suka kan kalau simpan gambar dalam komputer, pendrive, website, hardrive dan macam-macam drive la. Tapi kan, pernah tak korang terfikir kalau suatu hari nanti, semua tu bawa masalah..? I mean kalau server down, kena godam, hardrive rosak? dan yang paling hampeh, semua tu hilang ditelan virus? Perghhh...time tangkap tu bukan main lagi pose. Sampai basah ketiak dok posing je..and time tu jugalah korang kelihatan ayu, cantik, comel, dan bagai lagi la..mesti stress kan? Stress tahap cipan la orang katakan! Tulah, mak kiah dah pesan nak..pegi la cuci gambar tu..kalau takda duit, pegi amek duit kat beg duit mak..tapi degil gak..degil nye ibarat kotoran degil kat baju tu hah! ada banyak kelebihan kalau kita simpan dan cuci gambar tu. Salah satu kelebihan utama, masa tua nanti orang boleh tatap gambar kite tu. Kita boleh bawa je kemana-mana. Memangla benda teknologi ni takkan pupus..Tapi cayer la..kalau tua nanti, takda nye nak gi surf laman internet tu. dok duk celah tiak bini je kalau tua nanti. hangit pon hangit la. Time tua nanti, mana tau ada penyakit parkinson..terkial-kial juga tangan tu nak menaip. last-last nak taip photo tertaip porn.opsss..! hahaha..jangan dah tua baru la terfikir, nape la dulu aku tak cuci je gambaq-gambaq pose hangat aku dulu..hah! dulu mak kiah royat doh! tapi degil gok! meh nak wi se tir! *mode bahasa kelate dan ganu on!*


So, korang? Korang rasa betul tak Sern cakap ni..? Kalau rasa betul tu, boleh lah gi cuci nuh gambaq-gambaq angpa..jangan dok degil lagi la..dah berbuih dah mulut haku ni cakap ni hah.tak buat gak, adalah nanti tu menangis, tiok tak tentu pasal... so, what say you? Sern menanti jawapan anda! Anda mampu merubah masa depan anda..! Chewah...gitu!
Intai Apa Ada!

Wednesday, June 1, 2011

Ko Santau aku, aku Santau ko balik!


Selamat malam semua. 
Okay, kali ini Sern nak bawa semua ke alam Santau.
Santau? Apa tu Santau? Sejenis kuih ke? Santau ni tempat pelancongan ke?
hah, untuk pengetahuan semua Santau merupakan rangkaian daripada 3 perkara iaitu ramuan, sihir dan mahluk halus. Santau sering diamalkan di Indonesia, MALAYSIA, Philipine dan sedikit tempat di Selatan China. Korang tau tak jenis Santau yang ada?
Ada 4 jenis Santau iaitu Santau Angin, Santau Tuju, Santau Makanan dan Minuman dan Santau Langkah.
Mari kita tengok satu persatu.
Santau Angin ni disebarkan melalui angin samada secara bersemuka atau melalui sebaran. Santau ini diletakkan di celah kuku sebelum dibuang di tempat orang ramai. Melalui pengetahuan Sern, 1 jari boleh beri kepada 20 mangsa. Kalau 10 jari? Astaga..sendiri fikirla eh.
Pastu Santau Tuju. Santau ini ditujukan kepada individu berkenaan. Peratusan kena ada 99.9%. Elakkan daripada menyebarkan tarikh lahir anda kerana si penyantau boleh membuat kiraan dalam tarikh lahir anda dan bila hari anda boleh dikenakan. So, hati-hati dalam berikan tarikh lahir anda. *takutnye...sern nye ..*
Then Santau Makanan dan Minuman. Ia dimasukkan dalam makanan dan minuman. Jika seseorang mengamalkan pendinding diri, dia boleh detect dengan cara seperti gelas or pinggan pecah, terdapat rambut dalam makanan. Jangan ambik ringan okay kalau ada rambut dalam makanan tu. Jangan ingat rambut tu jatuh or gugur okay. Take more serius okay.
Last sekali, Santau Langkah. Boleh dilakukan samada di rumah atau pejabat or mana-mana je. Si penyantau akan taburkan semua benda dia buat then sebut orang yang dituju tu. Apabila dia memijak atau melangkah, then sahla dia kena. Jadi, mulakan langkah dengan kaki apa? Mesti semua tau kan. Pehatikan juga sekeliling tu okay.
*SUMBER DARI NENEK GOOGLE*

Kenapa Sern tetiba bawa isu Santau ni. Ini sebab ada berlakunya perkara sebegini dalam masyarakat kita. Ini kisah benar dan bukaan rekaan Sern. Perkara ini terjadi di tempat Sern tinggal. Jiran Sern sendiri. Dia terkena santau oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Yang kenanya anak , yang nak ditujukan kepada si bapa. hurm, apala masyarakat kita ni. Mengikut sumber, hampir keseluruhan tempat sudah terkena dan kami terpingga-pingga mendengar kenyataan itu. Si penyantau nak santau orang tu sebab ada perselisihan faham. Adoii la..takkan silap sikit je nak santau? Ambil la alternatif lain berbanding dengan melakukan perlakuan syirik ni . Hurm, harap si anaknya semakin sihat. Walaupun luaran nampak takda, tapi Sern percaya masih ada lagi melekat dalam badannya. Kesian dia..dah la perempuan..hurm...Moga Si penyantau mendapat balasan daripada Tuhan. 

P/S : Kalau mimpi jatuh tempat tinggi atau mimpi dapat bayi..anda patut berhati-hati. Ada orang hasad dengki tengah menghantar sesuatu kepada anda. Takut kan . Jauhi Santau ni. Janganlah saling menyantau. Kang tak pasal-pasal tersantau diri sendiri okay!



Intai Apa Ada!

Tuesday, May 31, 2011

maafkan diriku, daraku dah hilang. Sobs!

selamat pagi suma..
korang perasan tak tajuk entry tu..?
hilang dara?


*Sumber dari nenek google*

OMG!! relax suda..Sern masih teruna lagi okay! hhaha...
emm, zaman sekarang suma benda kalau boleh nak try kan?
elok ke, tak ke, nak try untuk dapatkan kepuasan..
salah satu, kepuasan @ nikmat seks luar nikah.
erk..
adoii la.kenapa manusia zaman sekarang begitu mudah untuk menyerahkan tahta meraka..
kalau bagi aku lelaki, untung la kan dapat.*ops.ayat nak kena jerat ngan girls ni*..
yelah..kalau kucing dihidangkan ikan, takkan kucing tu cakap "takmo la.takmo la"..
kucing tu ngap je sampai habis..yang penting kenyang..
begitu lah lumrah manusia ni..
kadang-kadang manusia ni ibarat buta kalau dah tengah bercinta.
bercinta tu dah macam barang u, barang i juga..
dara i untuk u juga.*oppss..censored sikit*
alamak! 
inilah dikatakan manusia yang tidak panjang akal..buat tak fikir lebih dahulu.
Di Malaysia sahaja sebanyak 75% gadis hilang dara sebelum kahwin..astaga!!
apa nak jadi la hoiiii..
Dalam bebrapa dekad yang lalu, kerajaan telah menubuhkan sekolah menempatkan untuk golongan yang pecah dara awal ini.*lagi sekali, ayat over the reaction. Sorry.* 
Bagi aku, ada pro dan cons nye juga penubuhan sekolah ni. masing-masing renungkanlah okay.malas nak uls.
korang fikir la sendiri..sapa nak bagi pendapat, jom share pendapat korang okay!!
Pesanan aku, kepada girls kat luar tu, jangan lah dok try benda tak faedah ni. Bagilah dara mu itu kepada yang betul layak untuk memiliki biar tiada penyesalan di akhir kelak. 
Ingat beb, ko rasa hot dunia ni , tapi ko tak rasa HOT lagi di NERAKA tu. *tetiba sesi tarbiyah plak.ngee*
okaylah, cer bagi pendapat korang plak yer! nak sangat dengar..

P/S : Terkejut dengan gossip mama i. Jadi entri ini terhasil. Opps! 
Intai Apa Ada!

Thursday, May 19, 2011

Kini, Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. 

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung
  
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

&^%^***^%$##

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe


Intai Apa Ada!

Tuesday, May 17, 2011

blogger oh! (SERN) nak undur diri!!!


Hi suma ibu ibu.bapak bapak.kakak kakak.adik adik.abang abang!!!
hah! blogger oh! (SERN) dah giler dah nie...mood dia tak betul...Cycle haid mood tak betul lagi nie..
maklumlah kan, mood exam final sekarang..semua benda tak jadi nye.. gelisah punya pasal! 
so, nak hupdate blog pun agak ada takda masa..*bajet nak bagi 101% kosentrasi la kunon!*..
so, ni maybe update yang last untuk musim eh silap..kali ini..nanti dah abis buat phD  exam oh! (SERN) akan update sehari 10 entri k..doakan ada idea.ahhaha...!~
okaylah, uols doakan kejayaan me tau! ingatlah daku dalam doa mu..kalau nak lagi best mimpi juga k!heheh.
bubbye ye all..!~ 
Good luck kat semua kekawan gua juga...
List kawan : Elina (IPTB), Adeq Nooran, Amirah Hamid, Amna ,Wan syam, Armz Diey, Mior, Semua geng KS1 dan KS2.

P/S : KS stand for KAJIAN SOSIAL. Moga dapat 4.01 la semester kali ni.. Opps!

Intai Apa Ada!

Thursday, May 12, 2011

Semalam tinggal kenangan terindahku.

hellooo semua...! pergh...rasanaya dah masuk 5 hari tak update blog nie kan..maklumlah..busy katakan...exam dah nak dekat..
Weh,sapa kat sini ada wish bufday kat saya..? Sorang pon takda tau...tapi ada sorang wish..bro Solihin Zubir.. Rasanya semua kenal dengan blogger tu kan..heheh..!~ 

hurm...syukur sangat-sangat..banyak yang mendoakan kesejahteraan Sern sepanjang bufday Sern semalam..harap-harap sentiasa sihat la kan...

Sern nak Thanks kepada mummy sebab melahirkan insan bernama MASON MAUR ke dunia ini..lurve mummy forever without end..to daddy too..thanks for everything..for my sis, thanks for the wishes..love ya..and thanks for the topup as present! ahha.. So, tarikh keramat 11.05.2011 sudah berakhir..harap segalanya menjadi kenangan indah dalam hidup Sern.. Thanks kat suma yang dah wish Sern especially kat Angelique Audrey Ambrose Kilang..thanks kat adiah tu ye..so sweet ya dear...thanks soo muchhh...!!!!

Suasana sepanjang 11.05.2011..Tinggal kenangan indah..




P/S : thanks kat suma..love u all...!
Intai Apa Ada!

Tuesday, May 3, 2011

Tips Nuffnang Earning oh! (SERN) capai RM1K!


Sedeh!!
Kenapa eh macam ni...macam dah buat..macam macam dah usha..tapi still takda perkembangan gak...! Sampaikan ada suh tukar gune adverlet...aduh2...pening la...! sapa leh tolong??
amat dialukan.....berjaya aku belanja!! nak cakap takda yang click tipu gak...sampai kadang 70 or 100 lebih gak...why ehh...?persoalan bermaian untuk beberapa genap tahun  dah! baru hari ni nak bongkarkan!!!!


P/S : Nak tukar syarikat ar ginie!!
Intai Apa Ada!

Hari Bumi Sedunia.

Hye all!!
Mesti korang rasa post aku kali ni dah basi kan..?
but, who care?? Kalau statement bako-bako boleh diguna sampai sekarang, kenapa topik post aku tak leh..?hehe.. Emo tetiba an..
jap..korang tau ke bila Hari Bumi Sedunia?
ni nak habaq mai..
20 April 2011 okay...Pada hari tu, IPG kiterang iaitu, IPG Kampus Dato' Razali Ismail buat sambutan Hari Bumi Sedunia.. Kami unit kajian sosial 1 dan kajian sosial 2 bergabung tenaga menjayakan program ni..(Padahal dah memang projek KKBI)..hahah...
Hari Bumi Sedunia adalah bagi menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kita terhadap bumi yang tercinta ini.. Sayangilah bumi kita selagi kita berada di dunia ini. Jangan aniyainya kerana ianya turut bernyawa juga..okay..

Jom layan gambar sepanjang Hari Bumi Sedunia IPG KDRI 2011..

Pasti dirinya berusaha untuk hidup..chayok!!
Bertungkus lumus menanam pokok disekitar...pokok balak..pokok jati..hurm..hutan la IPG ni nampaknya 10 tahun akan datang....

Kanak-kanak terencat...ngee..=p..jangan marah suraya....


eh...tu kan budak takda hala tuju...=p


Si kurus dan si tiada hala tuju! ngam sangat la....


Jom kemas barang...! Siap dah...wooii..mana cangkul ni...!!! hehe...
P/S : Tahniah kawan semua..kerana berjaya menyumbangkan keringat dalam usaha mengindahkan dan menyahut seruan kerajaan...Selamat Hari Bumi Sedunia...!!!! Korang? Bila lagi..????!
Intai Apa Ada!

Sunday, April 24, 2011

Laptop ku ROSAK!!

hye guys!!
ape cer pagi ni? takda nak share ape2 ke kat kome ni??
pagi ni...officially laptop oh! Sern rosak ah!! nak sedih ke gembira eh??
Padahal dalam hati gembira...haaha..boleh la minta laptop baru ni..oh yeah!!
Dah gtau mama da...greenlight?! Just be my guess..ahaha..
sebenarnya, hati sedih gak la...sebab terpaksa berpisah dengan laptop lama tuu...cukup je setahun terus rosak! adedeh..ehehe..takpe..dah rezeki dapat yang baru la tu kot! hahaha..
okayla..nak share tu je...

Notebook yang rosak tuu! hehe...coming soon new model?erk...hehe..


P/S: Psstt..korang tak nak share apa-apa model untuk gua pertimbangkan ke??hehe...
Intai Apa Ada!

Saturday, April 23, 2011

Kerang TAK HALAL?!

korang, terkejut tak dengan statement tu? mesti la kan...dah kalau makan benda tak halal..sapa lah tak terkejut emak oiii! ni sumber dari pensyarah kiterang la...dalam syiok-syiok ngajar pasal politik, tetiba masuk pasal bab makanan..mak aih..time tu perut ni dah buat irama balada daa..lapar kot..dengan topik makanan agi..then, tetiba cakap kerang diberi makan najis Ba Alif Ba Ya ..untuk yang diternak la..erk?! so, korang nilailah sendiri..nak percaya ke tak okay..?heheh...sekadar nak kongsi kepada sahabat muslim nie...

P/S: ni nak kena tanya dulu sumber kerang before order ni...faveret tuuu...kerang bakar..! fulamak!!!!!

Intai Apa Ada!

AWAS! mcd MEMBUNUH!!!

hye guys! hehhe..gempak tak tajuk kat atas tu..?? saje je sebenarnya..nak buat tajuk gempak je lebih..hahaha..just nak gitau..dalam seminggu ni dah dua kali dah menternak lemak kat dalam badan ni..tak habis-habis menderma kat McD ni..hahha..pagi ni plan nak gi McD breakfast ngan member kat maktab..tp dyerang tak pat...jadi gua pegi la sorang dengna sorang agi budak gemok! hahaha... so, kiterang pun pandu lalu jek...then, cari klinik veterinar..credit to zimah sains coz gitau tempat tuu..ehehe..esok nak bli vitamin untuk Lulu..ehehhe...so, pastu terus la gi ngap! McD kat Pantai Rhu, Terengganu..dekat je dengan UMT tuu..ehehe..okaylah...skunk pun dah tengahari..makan lagi ke? tak...diet! ahhaha....


Intai Apa Ada!

Dato' Siti Nurhaliza..dia sedang...?! WOW!!!

hey guys!
terasa boring plak malam ni..layan Facebook rasa bosan dah..
jadi tergerak nak update blog buruk ni...
jap2..korang tak terasa nak tau ke mendenye oh Sern! maksudkan tu?????
Dato' Siti dia....dia....
ADA LAGU ENGLISH TAK LAMA LAGI..!!!
fuyahh..! bestnye..oh! Sern ni peminat no 1 Dato' Siti ni..hahaha..( mesti ada dengki..so?blah..)
Komen sikit..siti ni kena polish sikit sebutan bi dia..pas polish mesti gempaknye..tu je masalah dia..len, semua beres boh!
so...tak sabar nye nak tunggu full album dia..!!!
jom dengar preview lagu dia ni time kat HOTFM..jom3..!!


Preview Song Entitle No Body Else by Dato' Siti Nurhaliza!
Intai Apa Ada!

Monday, April 11, 2011

Kami.Posing.Pertemuan.Perpisahan.


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu




P/S: Setiap detik yang berlalu itu adalah kenangan untuk kini dan selamanya. Nikmati hidup ini  
       sementara masih ada kesempatan itu. Kawan adalah anugerah yang tidak ternilai. Walaupun 
       sukar untuk kita percaya 100% , namun cukupla sekadar untuk kita berkongsi sedih, duka dan 
       gembira. Hargailah setiap insan di pelusuk alam ini.  
Renungan bersama... 
"Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu."



Intai Apa Ada!

Saturday, November 27, 2010

TOLONG, AKU DISANTAU!!!


tolong!!! AKU KENA SANTAU!!!!
ehh....jangan silap ye...cuba anda teliti gambar di atas..
aduh..manusia kini...Santau-santau ni la benda paling aku tak suka..
tapi.ada pulak pihak yang buat iklan kat website promosi barangan atau lebih mudah kat mudah.com.my...
apa nak jadi la...!!! 
apa pun...tolong berhati-hati dengan orang sekeliling anda.
manusia ni memang rambut sama hitam..tapi hati?
hah! oh!Sern tak tau la...jadi, berjaga-jaga lah ek..

P/S : Minta-minta orang yang buat SANTAU ni tersantau diri sendiri. =p
Intai Apa Ada!

Thursday, November 25, 2010

Contest Mudah dari SyahrilHafiz.Com

TEMA : Haiwan
Dalam keheningan petang....


Si Minut  ternampak oh! Sern termenung...

Dalam saat itu, Cici terdengar bisikan kecil Oh! Sern..

Pekikan Cici membuatkan Rui terhenti makan...

Sepantas kilat Bino mencadangkan memberikan ..... sebagai hadiah dan tanda minta maaf..

Chubby setuju dengan cadangan Bino..

Di luar terdengar Damia mendoakan kesejahteraan bro 
*Syahril Hafiz..

Akhir sekali..kesemua mereka bergabung tenaga s dengan memberi ucapan 
Selamat Hari Jadi yang ke-19 kepada 

T.A.M.A.T


Oraite..selesai sudah apa yang perlu aku buat untuk melayakkan diri ke Peringkat Akhir..eh, untuk melayakkan diri menyertai Contest ni sebenarnya...untuk makluman, contest ini bersempena dengan Hari Jadi beliau pada 15 November 2010 yang lalu. Mudah sahaja untuk mengikuti Contest ini. 
Untuk makluman, u olls boleh CLiCK enTRi ni untuk melihat kepada syarat pertandingan.
Tema dipilih saya untuk Contest ni, editing gambar haiwan disertakan dengan dialog2 manja..ehhehe..!~
Selamat maju jaya kepada semua dan diri saya..!!!
oh ya!
kena TAG 2 orang ..
Dengan segala hormatnya...
saya TAG dua Saudari Comel dan Ayu ini...

Selamat Maju Jaya!~~

Intai Apa Ada!

Kisah Seorang Ibu Yang Mengguris Hati Semua ORANG! Jom baca..!

Nasihat : Sediakan Sekotak Tisu Sebelum baca , ok.
satu...dua...baca!
Kata orang..mummy yang melahikanku ke bumi ni..betul ke?
bukan betul ke! memang MUMMY yang lahirkan aku..
kenapa oh! Sern berkata demikian...? Hayatilah...
Bila dahaga, yang susukan aku....mummy.
Bila lapar, yang suapkan aku..mummy.
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..mummy.
Bila bangun tidur, aku cari..mummy.
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mummy.
Bila nak bermanja, aku dekati....mummy.
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..mummy.
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya..mummy.
Bila merajuk, yang memujukku cuma..mummy.
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..mummy.
Bila takut, yang tenangkan aku..mummy.
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..mummy.
Aku selalu teringatkan ..mummy.
Bila sedih, aku mesti call..mummy.
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..mummy.
Bila takut, aku selalu panggil... "mmummy! "
Bila sakit, orang paling risau adalah..mummy!
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mummy!
Bila ada masalah, yang paling risau..mummy!
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..mummy!
Yang selalu masak makanan kegemaranku..mummy!
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mummy!
Yang selalu berleter kat aku...mummy!
Yang selalu puji aku...mummy!
Yang selalu nasihat aku...mummy jugaaaa!
cerita renungan bersama:Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong buang sampah : RM1.00
3 Tolong kemas bilik : RM2.00
4) Tolong siram bunga : RM3.00
5) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM13.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu lalu memeluknya... 
Moral dari cerita tu, jangan lah kita berkira dengan pengorbanan kita kepada orang tua kita..sesungguhnya, mereka lebih banyak berkorban demi kita.
 Ingat, SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU kita..
#MUMMY TERCHENTA. NO ONE CAN REPLACE HER IN MY HEART#

P/S : Kalau oh!Sern tulis note tu, lama dah melayang kuali mummy kat dapur tu..kih3...
Intai Apa Ada!