Saturday, December 31, 2011

tahniah OSBON; Juara Maharajalawak Mega!

Tahniah abang Bon dan abang Os atau OSBON!
Tahniah kerana memenangi Maharajalawak Mega~~
Korang memang terbaik!!

 KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK MEGA AKHIR
1) Kumpulan OSBON = RM350K
2) Kumpulan BOBOI = RM250K
3) Kumpulan SAEHU = RM150K
4) Kumpulan SYOK = RM50K
 Kepada OSBON, teruskanlah pencapaian terbaik ini dan gunakanlah sebaik-baik peluang kemenangan ini. Lawak update dan old school digabungan memang terbaik!!

Intai Apa Ada!

Friday, December 30, 2011

bestnye bercuti ke IGLOO dibawah sponser!

Selamat sejahtera semua!
sern acah je.. igloo yang sern maksudkan adalah sejenis kedai yang menjual aiskrem yang agak uniklah bagi saya. ada la juga ala-ala tutti fruitti tu. ada ke tak ke, ada aku kesah?

ada yang jeles tak rasanya kiterang pergi igloo tak ajak ni? takda ek?okay..bagus..
actuali..lama dah plan nak pergi igloo ni..akhirnya..
pada 30.12.2011 kami telah menempah tiket kereta honda milik Aizalinie (ayahnye punye). Dengan bantuan driver kehormat..sampai la kami ke igloo ni hah! 
Member yang sekali ber-Igloo arini..
Hasmah, Aizalinie, Faezah dan aku ler.
jap.kenal tak faezah? tak kenal? ala..blogger yang baru nak berjinak-jinak tu..blurz blurz..ahha.
nak kenal..? 


Kita tengok menu dulu..jeng jeng jeng..


Selepas diteliti menu, ni hah hasilnye..

Nak order lagi la..tak puas la katakan..untuk dirumah lagi..tak gitu Miseyz Blurz?

Jangan salahkan Miseyz Blurz dengan kemuncungan mulutnya..ala-ala angelina jolie katakan..bengkak kesejukkan..ahhahaha...

Kami sungguh berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh tempat ni. Grad A lah!

Okaylah..sampai disini sahaja perkongsian harini. Sern rekomenkan korang untuk berkunjung ke Igloo kalau ada masa terluang. tak salahkan menguji benda baru? asalkan halal dan yang penting sedap. Baru berpuas hati..harga? tak mahal pun..tak sampai kena berhutang la..eh, nak ucap terima kasih kat Miseyz Blurz sebab belanja kiterang tadi tau. Murah rezeki arini..=)

Lokasi : Igloo , Sarikei Sarawak.
Masa : 5.30 Petang
Cuaca : Cerah gitu


Intai Apa Ada!

Thursday, December 15, 2011

Malaysia negara inovatif dan inovasi.


Malaysia inovatif peneraju inovasi.
Malaysia inovatif pemacu ekonomi.
Malaysia inovatif tingkatkan kemahiran.
Malaysia inovatif menciptakan kejayaan.
Raikanlah kreativiti budayakan inovasi.
Tinggi budi kaya pekerti harum nama ibu pertiwi.

First time aku dengar bait-bait lirik tu, terdetik dalam hati..
kreatifnye student Universiti Lim Kok Wing..muzik, lirik, semua mantap..
kalau dulu dengan lagu 1 Malaysia mereka..habis gempak lagu tu..
sekarang dengan lagu inovasi mereka..
memang best dan saya bagi rating 5 stars!
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!
Majulah Malaysia setaraf dengan negara lain.
Bukalah mata dunia lain bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi 
dengan negara lain..
Malaysia sebuah negara aman dan damai.
Peace no war orang kata.
Betullah..Malaysia ini memang bumi yang indah dan rakyatnya ramah.
Saya SAYANG MALAYSIA.



Intai Apa Ada!

Azam 2012

Rasanya terlalu awal untuk aku memasang azam untuk tahun baru yang bakal menjelma ini kan..
tapi..apa salahnya? Perancangan awal daripada perancangan last minute. =)
tapi, kita hanya mampu merancang, hanya DIA yang menentukan.

List azam 2012 :
1. Menjadi seorang anak yang baik, soleh, menjaga nama baik keluarga.
2. Hubungan lebih erat bersama dengan rakan-rakan di dunia.
3. Membahagiakan daddy, mummy, kakak dan nenekku.
4. Menjadikan tahun 2012 sebagai tahun yang lebih bermakna berbanding tahun 2011.
5. Menjadi seorang guru pelatih yang tidak melanggar peraturan (=P)
6. Tak nak balik selalu time cuti pendek-pendek. HAHA.
7. Biarlah hanya aku dan Dia yang tahu. (................)

Ni Sern nye, korang pula?



Intai Apa Ada!

SINGLE TAK SUNYI.



Semenjak aku balik ni...macam-macam soalan yang diajukan..
Salah satunya adalah..aku SINGLE lagi ke?
Dan apabila aku mengatakan , Ya, im single.. =)
Mereka bagaikan tidak percaya..
hey! Im single okay...
kenapa? salah ke kalau saya single ni?
Biarlah saya single..tapi saya tak rasa saya keseorangan pun..
Saya ada family, saya ada kucing..saya ada cousin yang best dan cool..So?
ingat saya sunyi? Haha..
lucu la..
saya nak bagitahu satu je..
Biarlah saya single..
biarlah saya mengejar cintaNYA yang lebih agung..
lebih jauh baik dari saya mengejar cinta manusia yang tidak pernah lekang di dunia ni..
biarlah saya penuhkan amalan saya dahulu..
biarlah saya bahagiakan semua orang sekeliling saya..
terutamanya daddy dan mummy yang saya cukup kasih...
saya tak SUNYI la..malah saya rasa saya makin dekat kepadaNYA..
saya tak kenal erti SUNYI yang anda katakan..
orang kata...
lelaki baik untuk perempuan yang baik..
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan..?
jadi..
saya ingin menjadi lelaki yang baik kerana saya ingin dimiliki oleh seorang perempuan yang baik..
Tuhan sudah mengaturkan segalanya untuk kita..
awal ke..lambat ke..kalau sudah jodoh takkan kemana..
tak perlu tergesa-gesa..
misi : mengejar cintaNYA dahulu daripada mengejar cinta MANUSiA.

Jam :  0138AM
Tempat : Sarawak

Intai Apa Ada!