Showing posts with label apa ku kisah. Show all posts
Showing posts with label apa ku kisah. Show all posts

Monday, May 30, 2011

SALMA JUARA MENTOR 5!!

Ya Be Da Be Du!!!!
apa yang dijangkakan berhasil beb!!
Sern memang berpuas hati giler dengan keputusan malam ini!!!
ini membuktikan Salma adalah terbaik dari kalangan mereka!!
Salma memang layak untuk menduduki tahta JUARA MENTOR MUSIM 5.
Dengan membawa lagu Listen versi Salma, Bercinta Dan satu lagi lupa *syok sangat. Terketaq tangan taip* dan lagu baru khas dari Salma "Aku Permata" 
*korang boleh dengar lagu berkumandang sepanjang baca blog ni*
telah melonjakkan nama Salma di mata Juri!!
Malam ni komen Datuk Ramli semua memihak kepada Salma..memang puass!!!

Berikut keputusan penuh malam Final Mentor Musim Ke-5 :

Juara :
Salma 85
*Satu Ratus Ribu dengan kereta Chevrolet beb*

Naib Juara :
Shiha 63
*Rm30 ribu dengan skuter jek*

Ketiga :
Iqa 56
*Rm10 ribu*

overall, tahniah buat semua. Walaupun tidak menang tapi anda telah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Mungkin malam ini telah ditakdirkan Salma layak dinobatkan sebagai Juara Mentor 5.

Gambar sekitar Final Mentor 5


* Mentor Era dengan Protege Salma*


*Mentor Dato Sharifah Aini dengan Protege Shiha*


*Mentor Edry dengan Protege Iqa*


*Juri Profesional : Dari kiri Datuk Ramli MS, Ziaza Zain, Azmeer*


Sumber : ilham daripada page Mentor di Facebook.



P/S : oh! (SERN) PENYOKONG KUAT SALMA. KEPADA PEMINAT IQA DAN SHIHA HARAP BERSABAR..=) REZEKI DIA MALAM NI OKAY. JANGAN GADUH-GADUH TAU..

Intai Apa Ada!

Thursday, May 19, 2011

Kini, Pelajar Paling Cerdik di Malaysia telah ditemui!

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. 

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung
  
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot ofheat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont getit you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

&^%^***^%$##

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe


Intai Apa Ada!

Saturday, April 23, 2011

Kerang TAK HALAL?!

korang, terkejut tak dengan statement tu? mesti la kan...dah kalau makan benda tak halal..sapa lah tak terkejut emak oiii! ni sumber dari pensyarah kiterang la...dalam syiok-syiok ngajar pasal politik, tetiba masuk pasal bab makanan..mak aih..time tu perut ni dah buat irama balada daa..lapar kot..dengan topik makanan agi..then, tetiba cakap kerang diberi makan najis Ba Alif Ba Ya ..untuk yang diternak la..erk?! so, korang nilailah sendiri..nak percaya ke tak okay..?heheh...sekadar nak kongsi kepada sahabat muslim nie...

P/S: ni nak kena tanya dulu sumber kerang before order ni...faveret tuuu...kerang bakar..! fulamak!!!!!

Intai Apa Ada!

AWAS! mcd MEMBUNUH!!!

hye guys! hehhe..gempak tak tajuk kat atas tu..?? saje je sebenarnya..nak buat tajuk gempak je lebih..hahaha..just nak gitau..dalam seminggu ni dah dua kali dah menternak lemak kat dalam badan ni..tak habis-habis menderma kat McD ni..hahha..pagi ni plan nak gi McD breakfast ngan member kat maktab..tp dyerang tak pat...jadi gua pegi la sorang dengna sorang agi budak gemok! hahaha... so, kiterang pun pandu lalu jek...then, cari klinik veterinar..credit to zimah sains coz gitau tempat tuu..ehehe..esok nak bli vitamin untuk Lulu..ehehhe...so, pastu terus la gi ngap! McD kat Pantai Rhu, Terengganu..dekat je dengan UMT tuu..ehehe..okaylah...skunk pun dah tengahari..makan lagi ke? tak...diet! ahhaha....


Intai Apa Ada!

Monday, April 11, 2011

KEPUTUSAN GA DEC 2010

Hye all!!~
sorry lambat keluar GA result!!!
password lupa la..!! huah3....
skunk dah dapat da....
jd........
nak umumlah keputusan nye yob!!
ni entry ni..ingat lagi tak....

jd....
Pemenangnye adalah...........
(semua pemenang diatas akan dapat topup RM5 jer...=p)

2. humble

(mendapat hadiah misteri dari sarawak @ ganu)

1. kerol
2. Ira
3. iyeza
4. adeq

P/S : untuk semua diatas, tolong alert. Sapa2 tau, tolong bagitahu. Then, kepada pemenang, tolong email ke henry_herman90@yahoo.com.sg atau cari FB profile Sern Jang untuk bg maklumat no Hp dan alamat umah utk post adiah tu..ok...!~ Keptusan Muktamad ye!!!
Intai Apa Ada!

Thursday, November 25, 2010

FIFA buat keputusan drastik!!!!


PERHATIAN : GAMBAR BERUNSUR 18SG. KANAK-KANAK DIBAWAH UMUR DILARANG BACA. =)

oppSs!!
gambar agak keterlaluan..tapi...sekadar jenaka di malam hari..hahaha..
kalau lah betul terjadi macam tu..
aduh..pening la semua pemain..
tak keruan la jawabnya..!!
Tiang Gol sendiri menjadi tempat menjaringkan gol..
konsentrasi telah hilang la..!!
hahahah...!~~
apa pun...FIFA takkan buat benda macam ni kan?????

P/S : Kalau la FIFA buat...=p!!ngee...!~~
Intai Apa Ada!

Monday, November 22, 2010

hari CURANG SEDUNIA?


peewit..!
wow..! Hari Curang Sedunia?
bestnye! 
bila eh? bile eh?
Sejak bile nih? cakap lah..cakap lah..
banyak lawo muko eden! kalau ada hari tu, oh! Sern rasa ramai 
pasangan yang PASTI meniti keretakan dalam perhubungan mereka..
tak pasal-pasal lagu Syahir Kebahagiaan Dalam Perpisahan jadi siulan...ahhaha..!~
Harap-harap kawan oh!Sern tiada yang main belakang ye..! Main belakang?!euww..
kalau ada tu, euww! watch out! God see what YOU doing!
Bagi oh! Sern janganlah berlaku curang dalam perhubungan itu.
Manusia dilahirkan untuk saling menghargai..bukan saling MENCURANGI...ingat tu..!
Hargailah Cinta Suci yang dinugerahkan oleh Tuhan.
Once You Break Her/His Heart, forever you will live ALONE!
sebabnya..?
Hilang Kepercayaan orang kesayangan terhadap anda...
fikir-fikirkan...


#JANGAN INGAT GUY JE CURANG. GURL PUN TAK KURANGNYE..

P/S : Ingat nak curang gak..tapi apa kan daya...oh! Sern bujang lagi...ekhem!~
Intai Apa Ada!

Sunday, November 21, 2010

MALAYSIA atau CHINA?! (soalan wajib jawab bagi blogger!)


#LIN DAN(CHINA) VS. DATUK LEE CHONG WEI(MALAYSIA), 
Final BADMINTON SUKAN ASIA, GUANGZHOU#
nah! korang dah tengok kan gambar tu..! mesti korang faham kan maksud gambar tu..?
kalau tak faham gak, oh! Sern cadangkan korang gi la hentak2 kepala kat dinding..then, datang balik, buka entri ni..! gurau-gurau..!
korang..! 
korang rasa Datuk Lee tu boleh tak eh menang final nanti?
menentang Lin Dan kot..kuasa besar la juga dalam sukan Badminton ni..
jom..! kita tengok, sapa yang bakal menang?kita tengok siapa yang kena..!!! Pilihan korang sapa?
esok, live di TV2 jam 8.30am..
jangan miss tau! 
acara wajib tonton musim ni..!!


P/S: oh! Sern rasa Datuk Lee Chong Wei boleh menang. Tapi, segala mungkin berubah. Kalau lah boleh gi China tengok kan bagus...hurm...
Intai Apa Ada!

Saturday, November 20, 2010

MALAYSIA MENANG BADMINTON?!!!

MALAYSIA SILVER MEDALIST
yahooo!!!
Malaysia tempat kedua!!!
happy sangat-sangat...walaupun kalah pada Indonesia..they had done their best!
game favourite oh! Sern...
game BADMINTON
Koo n Boon!! 
final points to INDONESIA.
Markis Kido n Hendra Setiawan!!
21-16, 24-26,19-21
both of you had make us proud!!!
make it more on future!~~~
tahniah sekali lagi kepada team Malaysia walaupun tewas!! persembahan yang baik daripada mereka!!
u all the Best!!
Intai Apa Ada!

TOPUP PERCUMA!!!OLE-OLE PERCUMA?!!


wow!
tampak menarik tertarik kau memang da'bomb je kan tajuk tu...
ehhehe...!~
biasa je.
kerja mudah untuk dilaksanakan..
sini, oh SERN! nak buat promosi sikit...
senang je.. laksanakan guna click sini sana je..eeh...

jadi lah FOLLOWERS Oh SERN! yang ke- 80, ke-100. oh SERN akan bagi topup RM10..apa macam? ada brans?? untuk topup..

dan....
jadi lah orang yang ke-50 dan ke-100 untuk tekan butang likes-find us here kat sebelah kanak blog tu...ehhehe...mudah sahaja..!~ untuk ole-ole dari Sarawak!~
yang berjaya oh SERN! bagi lah ye..
so....sapa cepat, dia dapat!!~~
ni janji oh SERN pada semua..!~
Intai Apa Ada!

Friday, November 19, 2010

SECRET RECIPE bg PROMOTION TURUN HARGA???!!!

hye all!! hahahha..mesti hang pa semua terkejut tengok tagline tu kan? relax ar ... tu nak kasi ummph sikit kat entri je..!~ ehhehe...
Harini, aku telah menghabiskan masa seharian aku dengan berfoya-foya 
dengan geng dari kecil ku....
nak tau tak sapa??ahhaha..
mesti nak tau kan..dyerang ni comel-comel gak tau.
macam tuan yang tulis ni gak!hehehe..!~~ 
(Biarlah nak ngaku comel or hansem, ada ke orang tak nak??)..hehe..
arini, kterang singgah di Secret Recipe setelah letih foya-foya..
moktif utama nak hantar kawan geng aku..shimai namanya..ehehhe.
then, ktrang ronggeng ke Parkson..tak beli apa2 pun..saja je... cuci mata..eheeh..!~
than, baru lah kiterang p SP..ahahha.
so, oder la menu yang yummy2..ehheeh..!~
nak tau tak ape?
nak la.
nak la..
nak lah ek..
tak kira..nak gitau gak!!!!

1. Fibre Cheese Cake
2. Smarties Treats

Sedap tauuu!! heheh...sedap hingga jilat ibu kaki!!!haaa..
dah la..malas nak leter...!~ bosan gak baca panjang2..ehehe..!~ 
eh jap! ni hah..ada pic sket..tgok lah eh!~~
layan jer la..!!!!!


#Dengan Angela, Sern & Anthony#


#makan dengan sopan#
P/S : dapat murah dan promotion sebab ada kawan bagi potongan! kawan masa sekolah Menengah...
dia keje sana..so dia guna potongan Staff..!~~thanks Suraya...!~tak sangka jumpa sana...

Intai Apa Ada!

Thursday, November 18, 2010

SETAN muncul??

hye suma..!!
nampak je gempak kan tajuk entri tu? tapi..motif memang nak bagi gempak pun... nak menarik perhatian korang..!! caya tak setan dah muncul? caya tak? caya tak? cayalah...! tak caya sudah! ni ha!..setan-setan ni yang aku maksudkan tu..! jeng jeng jeng.....!!

 Isetan - Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing

 Hindusetan - Ni untuk golongan2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!

 Santan - Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.tapi, AWAS!! jangan pula main masak!..banyak santan dalam masakan ni  boleh membuatkan  kolesterol naik tanpa sekatan pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung..time tu, sesal sudah tiada makna...ahahah...!~~


tu semua sekadar gurauan dalam nasihat..hehe..!~ tidak berkaitan dengan yang hidup mahupan yang telah mati...okay??hahaah..!! okay, next entri!!!~~

Intai Apa Ada!

Wednesday, November 17, 2010

home SWEET HOME !

yey!
we about to land in few minutes. All passengers please..........bla..bla..bla...
statement tu disebut oleh pramugari masa dalam flight! GOSH! is that im dreaming?? now i am in my HOMETOWN, BINTANGOR, SARAWAK..!! yahoo..! terasa masih dalam mimpi lagi..mana tak nya, pada sebelah pagi outing lagi di Terengganu before fly balik...sebelah malam pulak dah berada di Sarawak!! macam tak cayer je..sekejap je dah berada di negeri terChenta ku..ahahah..~walaupun flight delay dan menyebabkan aku tiba di sarawak agak lambat, tapi aku tetap menunggu dengan tabahnya...ehheh..!~ tak merungut pun..duduk je tunggu untuk depart..last2, depart..fuhh! dalam hati girangnya tak terkira beb!!~~

n now...sern gah meniarap di atas tilam sambil merajinkan diri menaip diari umum ni..!!!hahahha..share2 pengalaman mengembirakan..!! pagi ni aktiviti pertama di bumi kenyalang adalah foya2 dengan mama di pasar tani..!!hahaha..beli2 sayur, ayam, ikan..eheh..!~ semua faveret sern yang dipilih oleh mama..dah lama request..so, now is the time to accomplish it!!hahahah...*lantak la nak guna bahasa rojak pun*...skati gua...

then, kterang p breakfast di kedai faveret.....!!! yummy, sedap tak terhingga...konyang den..!~he3..pastu, balik umah...sesampai je umah, buka lappy, online..pasang lagu kuat2..nyanyi kuat2..sampai mama marah..ahahhahaha..~~

then lagi, masak keropok lekur...kegemaran zaman belajar di Terengganu..haisz! memang tak leh miss la keropok tuu...yelah, dah aku beli untuk bawa balik!!kih3...sedap2...so now...continue with my main project..!!!!online la seharian..pastu nak tdor ni actuali..dah ngantok!!!!! klah, akhir kalam, selamat hari raya aidil adha...ahahaha..!~~to all muslim frens..!~~
 and, Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......
Intai Apa Ada!

Tuesday, November 16, 2010

Gosh! its delay!!!

weeewittt...!!!

hulahop!!!
cuba teka sern katne time menaip entri ni? try la..teka la..teka la..yang berjaya sern blanja Burger Jalanan skunk!hhahaha... yeah...gua di KLIA beb!! buat ape kat sini? yelah..nak balik ke tanah air gua la..its been a while ady im not going back! cet...bajet la aku duk oversea kan? tapi mmg oversea pun! merentangi Laut China Selatan kot...(ye ke?)ahhaha..!~
patut boleh sampai awal di Sibu, Sarawak, tapi akan kan daya...tahi lembu semuanya bulat!!!hahahaha.. flight delay!!! arghh!! stress tol la..kalau delay untuk 20min ke 30min ke, takpe la juga...ni tak!! delay for 2 hours!!!! cilaken! tak pasal2 aku kena wait and wait...punya lah berharap ada geng dikenali..rupanya takda..ahahah..aku sorang je..hurm..takpe la...aku bosan, jadi aku pun tergerak untuk update entri blog aku ne..dah takda keje kan...so, lepaking online, update blog, chat and whatever..ahahha..!~
so, untuk itu, nak ucap special thanks to my keasayangan juniors...dyerang memang the best and sporting ever..ehehe..!!~ sebelum aku balik, sempat lagi aku outing ngan dyerang dlu..yelah, pasni tak dapat outing dah kan..eheheh..!~ Masa outing tu sempat juga la beli keropok lekor untuk family..ehehhe..~~ tak beli banyak..malas nak angkut.ahha..tu pun sebab kawan yang kirim..kalau tak, haram aku nak angkut menatang tu..ahaha..berbau!!hahahah..
tapi...sedih la..kenapa ni? kenapa ni?
yelah...sedih sebab terpaksa berpisah dengan geng-geng..
ces!aku ni sedih tak bertempat tol..bukan nye berpisah selamanya..untuk 2 bulan je kot..pastu jumpa la..eheheh..!!~
hurm...
okaylah..dah lapar dah rasa perut ni..nak lepak di Burger King lah.. Pit Stop wajib aku kalau aku naik MAS.hahaha..!~ faveret kot!! lantakla tak halal ke, apa ke..ada aku kisah???hahahah...
so, before that wanna thanks Vivien, Jun, Mary, Brenda sebab sudi hantar ke airport Sultan Zainal Abidin Terengganu..! korang mmg sweet...ehhehe..tak lupa kat roomate kesayangan aku ni hah, Frynd tu..walaupun tak ikut skali, tapi takpe..cuaca tak menentu katanya..sidai kain katakan..ahhaha..!~ dyerang suma ni balik lambat sket..esok-esok...ad yg lusa-lusa.ahahhaha..!! kesian korang.!! psst...! tau ada yg jeles ni aku balik dulu dari dyerang..ahhaha..sabar ye korang!!
k lah, before balik sempat snap picha ngan dyerang .. jom kita terjah gambo2 chumel kami tuu...!!
tadaaaaa......!!!

#Sapa Paling COMEL??ahha...#

klah, blah lu beb!!~~~
appy holidays!! jaga diri..cayang suma..!!muahhhh!!!!
6.02pm.KLIA.
Intai Apa Ada!

yippie!! im FREE from PRISON!!~~

hype!!~~
tajuk je gempak..tpi actuali biasa je benda aku nak muntahkan kat sini.ahahha...
sebenarnya kan...aku dalam keadaan yang dilema skrang...
dilema apa eh??
ni hah!!!!!!
#Dilema nak balik#

but....!!! wait!!! today is 16th Of NOVEMBER 2010..let me check gain the  calender..! GOSH! today i will go back to my home!!!!!yahoo!! how happy am i... hari yang ditunggu-tunggu berkunjung tiba.. giler lama shial  dowh nak tunggu tarih tu...PENANTIAN YANG SUNGGUH MENGEMBIRAKAN MENYIKSAKAN!!!! Bayangkan lah SEM ni jarang giler balik..bukan jarang! memang tak pernah balik!! mana tak, PBS wat kat Perak lak tu...umah member... hais... jadi arini...aku akan NAIK FLIGHT balik dahh....balik mana?? SARAWAK beb!!! as usual, aku akan naik perkhidmatan AIRBUS yang paling digemari aku...!~~herheh... jeng..jeng..jeng....ni dia....!!!

#MUAH...HEART this#

naek MAS bagi aku memang terbaik..segalanya terjaga..dari makan, minum dah rehat la..segalanya bagi aku TERBAEK bai...!yang penting, makanan ada, semua jalan..ahhahaha..!~~
nak share sket maklumat flight aku nih...ahhaa...
MH1335 
Dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur 
jam 4.15pm
then sambung flight
MH2718
Dari Kuala Lumpur ke Sibu, Sarawak
jam 7.30pm.
* tinggal 14 Jam lagi....ehhe..jam update ne 2.45am...

tapi kan, before aku balik esok a.k.a arini, aku outing dengan bestie dan roomate kesayangan aku.ahahha...
sape dyerang?? tak yah gambar la..malas expose..kang popular dyerang..cukup sekadar nama dyerang..ahhaha.. Areman, Frynd...!~ opss! terlupa menyelit seorang kumbang, AINI..ahahhaha..~ kesian kat dia takda geng nak kuar, jadi ajak la...
(so what? lantak la nak ajak dia sorang je gurl.bukan nak buat apa pun..ajak makan je kot. nak fikir lain or nak NGUMPAT tu, aku doakan mulut korang berulat time mati nanti..ahahahhaa...)

then, malam tu kiterang p cari tempat makan..kterang lapar gilerrr!! terutama aku...tapi malangnya, banyak giler kot kedai makan tutup..ntah, nape ntah...so...kterang pusing-pusing, jalan-jalan..so kterang pun amek kputusan makan kat DeDuyung...!! nama kedai nampak la gempak..tp service tak tau agi..1st timer katakan..!! so, aku order la sup ayam, daging masak kicap, nasi putih dan teh O beng...OMG!!!! u all nak tau tak? aku SUMPAh tak datang dah kedai ni. perkhidmatan , tahap banggang siot! lambat cam siput VAVi..hahahah..!~dahla time tu lapar gilerrr!~ kalau bukan kerana kedai lain tutup, tak hingin aku singgah kedai tu..! taubat tak DATANG dah..sorry la ye tuan kedai..!ngutuk jap.hahaha..~ tapi kan...kesian kat aiman, dia tak dapat bihun goreng dia..last, dia menikmati je ayam masak kicap dia..mmg WTh la kedai tu..! 
so pas makan tu kan...kterang teruskan agenda seterusnya...apa lagi...RONGENG la...KT la jawabnya..last outing aku dengan dyerang untuk malam tu...!~

first destinasi, kterang p ni hah..tempat ni..apa nama dia..resipi rahsia?? or Secret Recipe dalam bi nye...!~ apa lagi aku, penggemar kek..ahaha..!~ aku rembat la satu kek..then belanja la roomate aku satu..aku rembat ni....kire faverat la juga.....~ tengok ah aku rembat kek apa..jap2...

#tau tak ape nama kek ni?? Golden Nuget la..mmg thuMBS UPs la..#

pastu, kterang trus pergi ke destinasi seterusnya..aku mengidam nak makan KFC!!~~~ehehe..so decide gi yang 24hours tu..dekat ngan terminal bus KT tu...tp kan..agak mengecewakan..sesampai je ayam dah abisssss!!!bukan santan dah abiss! ayam dah habis!!faham! kena tunggu 20min...aku decide tunggu...tapi apabila tunggu tu, aku tengok jam aku dah 11.05pm..aku rasa dah lambat nak mampus..pagar IPKDRI tutup jam 11.30pm lak tu..! apa lagi..aku blah ar dari KFC yang babun tu..! kuciwa..!kuciwa..!last, aku decide nak pandu lalu atau DRIVE-THRU je. sng sket! tk perlu nak fikir daa...!~
so drive aku, areman pun pecut gi drive-thru dekat ngan Giant KT tu..!~~ 
sesampai je, aku order ni....
#yummy..#
Big Mac tuu..aku memang suka menu ni...!~ terbaek dari ladang la bagi aku...tak kisah la korang nak cakap tak sedap ke..boikot ke..aku punya suka, hal aku lah nak beli..guna duit aku kan?bukan duit korang..so, mine ur own business la keh!hahaha..
pas order tu, kterng pun balik ke IPG terCHENTa ku..tpi Pak Awang iaitu tempat sewa kerta anta kterang balik..Pak Awang ni baik tau..mesra pelanggan plak tu..!~hehehe...memang selesa  ngan dia..eheh..!~ 
fuhhh!~~ tau jam brapa kterang sampai?? jam 11.31pm!~ahhaha..nasib baik pak gard bagi masuk..kadang-kadang apabila angin dia tak elok, banyak soal dlu baru bagi masuk..arini okay plak..maybe dia tau kot, student dah nak balik..eheh..~ bagi chance kan...ehehe..!~thanks pak!!

jujur aku kata, aku selesa keluar dengan dyerang.boleh ilang stress..ilang segalanya..mana tak nye gelak memanjang je kat kreta..so mmg faveret team aku kalau aku nak outing dengan dyerang..the best la dyerang..tapi kalau ada budak sengal iaitu MIra n kak Dib lagi la..happening glerr..siap karok agi! karok percuma la beb!~ pasang lagu besar, then melalak la ikut suka pun...sapa nak dengar, kterang sendiri je...ehehe..~ so, aku heart n love dyerang ni..areman, frynd, mira, aini n kak dib!~like outing with them~

tapi..............malam ni malam terakhir kterang untuk outing sama..mana taknya...cuti semester dah berkunjung tiba....! memang tak sabar nak balik..tapi time kat rumah nanti komfem terfikir-fikir time outing ngan rakan-rakan sini..apa pun...cuti tetap cuti..so, balik umah tika ada peluang tu..aku dah tk sabar nak balik ni..nak jumpa semua orang kat Sarawak tu..lama bebeno aku dah tak balik nogori den..ahahah..!macam n9 plak aku ni..negeri Sarawak tau aku nye..ehehe..~~termegah nyadi rakyat Sarawak..iban seketika.!hahaha...
so, to all my friends, happy holidays..jaga diri sepanjang cuti..jaga tingkah laku..kalau drive tu, drive hati-hati..tk mau la dengar apa-apa brita yang menyedihkan time cuti okeh?janji tau..do ur best during holidays..enjoy it till da blast!hahahha..~ cuti memang ditunggu-tunggu kan..!~ janji enjoy it..eheh..! okeh bebeh, got to go ..late already.. i rest my case..tata...today early in the morning wanna outing with sabahan n sarawakian juniors..ehehe..!! so meet u guys later at 9am okeh!!~ nitess!!hehe..opsss...silap...morning..!~ jumpa lagi kawan-kawan IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL DAN PENSYARAH-PENSYARAH PADA TAHUN DEPAN IAITU 2011..kalau dipanjangkan umur adalah rezeki kita jumpa...orang kata ajal dan maut di tangan Tuhan..kita tak tahu bila ianya datang menjemput..so bersedialah eh..selamat beramal..ehehhe..!~ adiosss!~~


#Mohon maaf segala khilaf ye..mohon 0-0..happy hols!~#


Intai Apa Ada!