Saturday, February 28, 2009


(Barisan Guru Yang Disanjung Tinggi)



(Barisan Pengawas Yang Membantu Guru Disiplin..Carilah Aku..heheh!!)



(Kelas yang aku rindu...miss you all...Semua ikut haluan masing-masing..)

Jika semasa tingkatan 4 aku agak aktif, semasa tingkatan 5 aku cuba untuk mengurangkan aktiviti harian aku. Sebabnya aku akan mengambil peperiksaan yang amat penting. Peperiksaan inilah yang menentukan arah tuju masa depan. Dan merupakan satu tiket VVIP untuk ke institut yang lebih tinggi. Oleh itu, hati aku mula berdetik...apa yang aku mahu nanti. oleh itu, aku mula mengukir masa depan aku sendiri. Adakah seorang doktor, engneer ataupun seorang guru yang bermotifkan dendam..
Setelah sekian lama aku menuntut di sekolah menengah tersebut, aku telah sedar satu perkara. Mendidik seseorang adalah tidak mudah dan ia memerlukan ketekunan diri. Aku sedar bahawa tindakan guru sekolah rendah aku dahulu merupaka untuk mendidik kami..cuma cara yang diambilnya salah bagi aku. Namun demikian, tidak ku sangka guru merupakan profesion yang aku inginkan. Profesion yang bukan dijadikan batu loncatan untuk aku membalas dendam tetapi ingin mendidik pelapis negara masa depan. Aku telah berjanji pada diri aku bahawa ingin memaafkan kesilapan guru sekolah rendah aku. Aku akan melupakan segala tindak tanduknya. Kini, apa yang penting adalah aku mesti mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa SPM kelak agar mudah untuk aku mengikuti program KPLSPM di institut perguruan. Ini bagi memudahkan aku untuk merealisasikan impian aku yang ingin menjadi seorang guru dan pendidik yang berjaya seperti cikgu Nelia..yang merupakan idola aku. Maka, aku akan lakukan sebaik mungkin semasa Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia nanti. "im the best!! No others!!"


************************************************************************************
Cerita bersambung dengan kisah semasa mendapat keputusan dan semasa mendapat tawaran
melanjutkan pelajaran.

************************************************************************************

3 comments:

  1. hye mason,,,cool blog!!!!!!so,u sek ciner??bler r ajo sayer cz me sek ciner sampek drjah 3 jer..haha lotz to learn again..i'm so glad dat i'm be ur 1st comen rite?''so,blnjer r ambuyat semangkuk..kikiki,,k nk offline dl,, zai jian!!

    ReplyDelete
  2. hyep mason,,hohohoho keep it up a gud effort..hohohho..my rumate puji ur nice n cute pic,,hehehe,,tatat

    ReplyDelete
  3. wow...!!thanks view blog..
    yap..saya school cina..
    dari tadika sampai la skul menengah..eheh!!
    follow lah blog k!!!
    thanks comment k!!!

    ReplyDelete

Doakan Sern jadi kurus!