Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Ko Santau aku, aku Santau ko balik!


Selamat malam semua. 
Okay, kali ini Sern nak bawa semua ke alam Santau.
Santau? Apa tu Santau? Sejenis kuih ke? Santau ni tempat pelancongan ke?
hah, untuk pengetahuan semua Santau merupakan rangkaian daripada 3 perkara iaitu ramuan, sihir dan mahluk halus. Santau sering diamalkan di Indonesia, MALAYSIA, Philipine dan sedikit tempat di Selatan China. Korang tau tak jenis Santau yang ada?
Ada 4 jenis Santau iaitu Santau Angin, Santau Tuju, Santau Makanan dan Minuman dan Santau Langkah.
Mari kita tengok satu persatu.
Santau Angin ni disebarkan melalui angin samada secara bersemuka atau melalui sebaran. Santau ini diletakkan di celah kuku sebelum dibuang di tempat orang ramai. Melalui pengetahuan Sern, 1 jari boleh beri kepada 20 mangsa. Kalau 10 jari? Astaga..sendiri fikirla eh.
Pastu Santau Tuju. Santau ini ditujukan kepada individu berkenaan. Peratusan kena ada 99.9%. Elakkan daripada menyebarkan tarikh lahir anda kerana si penyantau boleh membuat kiraan dalam tarikh lahir anda dan bila hari anda boleh dikenakan. So, hati-hati dalam berikan tarikh lahir anda. *takutnye...sern nye ..*
Then Santau Makanan dan Minuman. Ia dimasukkan dalam makanan dan minuman. Jika seseorang mengamalkan pendinding diri, dia boleh detect dengan cara seperti gelas or pinggan pecah, terdapat rambut dalam makanan. Jangan ambik ringan okay kalau ada rambut dalam makanan tu. Jangan ingat rambut tu jatuh or gugur okay. Take more serius okay.
Last sekali, Santau Langkah. Boleh dilakukan samada di rumah atau pejabat or mana-mana je. Si penyantau akan taburkan semua benda dia buat then sebut orang yang dituju tu. Apabila dia memijak atau melangkah, then sahla dia kena. Jadi, mulakan langkah dengan kaki apa? Mesti semua tau kan. Pehatikan juga sekeliling tu okay.
*SUMBER DARI NENEK GOOGLE*

Kenapa Sern tetiba bawa isu Santau ni. Ini sebab ada berlakunya perkara sebegini dalam masyarakat kita. Ini kisah benar dan bukaan rekaan Sern. Perkara ini terjadi di tempat Sern tinggal. Jiran Sern sendiri. Dia terkena santau oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Yang kenanya anak , yang nak ditujukan kepada si bapa. hurm, apala masyarakat kita ni. Mengikut sumber, hampir keseluruhan tempat sudah terkena dan kami terpingga-pingga mendengar kenyataan itu. Si penyantau nak santau orang tu sebab ada perselisihan faham. Adoii la..takkan silap sikit je nak santau? Ambil la alternatif lain berbanding dengan melakukan perlakuan syirik ni . Hurm, harap si anaknya semakin sihat. Walaupun luaran nampak takda, tapi Sern percaya masih ada lagi melekat dalam badannya. Kesian dia..dah la perempuan..hurm...Moga Si penyantau mendapat balasan daripada Tuhan. 

P/S : Kalau mimpi jatuh tempat tinggi atau mimpi dapat bayi..anda patut berhati-hati. Ada orang hasad dengki tengah menghantar sesuatu kepada anda. Takut kan . Jauhi Santau ni. Janganlah saling menyantau. Kang tak pasal-pasal tersantau diri sendiri okay!



Intai Apa Ada!

Tuesday, May 31, 2011

Berani buat, berani tanggung la baii!


* Gambar daripada Berita Harian Online 31.05.2011*


Berani buat please la berani tanggung. Boleh tak? Aku ni naik panas dah tengok akhbar-akhbar dok pampangkan berita pasal bayi buang dalam sungai la.tepi jalan la and baru-baru ni dibuang berdekatan dengan shopping mall The Mall, Kuala Lumpur. What the....
Ni apa kes bai? Korang tu, kalau dah berani dan terdesak sangat nak buat tu, bertanggungjawab la kat sikap tu. Bayi tu pun berhak la untuk hidup. Korang tak ada HAK langsung untuk TAMATKAN riwayat bayi tu. Dah kalau tak tertanggung anak tu, kenapa sebelum buat tu tak fikir dulu kesan dan akibat? Takkan la takda langsung perasaan kesian dan sayang kat anak hasil sperma dan ovum ko SENDIRI? duhh..apa nak jadi la masyarakat kita sekarang eh..? Isu ni macam dah takda jalan penyelesaian. Sebabnye? Sikap manusia sendiri yang langsung takda kesedaran sivik! Kalau binatang sayangkan anaknya, kenapa manusia yang punya akal punya otak tak mampu nak menzahirkan perasaan sayangnya pada anaknya? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
So, Sern doakanlah barang siapa diluar sana yang tergamak nak buang or tinggalkan bayi yang baru lahir dimana-mana, Sern doakan dia disambar petir. Biar terbakar habis , mati on the spot! hah, baru puas hati aku. Kalau tak pun dapat balasan dunia ni, korang tu jangan ingat nak lepas okay? Akhirat nanti, ko jawab la sorang-sorang! 
Peringatan keras : CCTV DUNIA mungkin mampu menipu, tapi CCTV AKHIRAT tiada siapa yang lepas!

P/S : Post ni mungkin ada sedikit kaitan dgn ni? 
Renungkan sejenak!


Intai Apa Ada!