Showing posts with label dara. Show all posts
Showing posts with label dara. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Berani buat, berani tanggung la baii!


* Gambar daripada Berita Harian Online 31.05.2011*


Berani buat please la berani tanggung. Boleh tak? Aku ni naik panas dah tengok akhbar-akhbar dok pampangkan berita pasal bayi buang dalam sungai la.tepi jalan la and baru-baru ni dibuang berdekatan dengan shopping mall The Mall, Kuala Lumpur. What the....
Ni apa kes bai? Korang tu, kalau dah berani dan terdesak sangat nak buat tu, bertanggungjawab la kat sikap tu. Bayi tu pun berhak la untuk hidup. Korang tak ada HAK langsung untuk TAMATKAN riwayat bayi tu. Dah kalau tak tertanggung anak tu, kenapa sebelum buat tu tak fikir dulu kesan dan akibat? Takkan la takda langsung perasaan kesian dan sayang kat anak hasil sperma dan ovum ko SENDIRI? duhh..apa nak jadi la masyarakat kita sekarang eh..? Isu ni macam dah takda jalan penyelesaian. Sebabnye? Sikap manusia sendiri yang langsung takda kesedaran sivik! Kalau binatang sayangkan anaknya, kenapa manusia yang punya akal punya otak tak mampu nak menzahirkan perasaan sayangnya pada anaknya? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
So, Sern doakanlah barang siapa diluar sana yang tergamak nak buang or tinggalkan bayi yang baru lahir dimana-mana, Sern doakan dia disambar petir. Biar terbakar habis , mati on the spot! hah, baru puas hati aku. Kalau tak pun dapat balasan dunia ni, korang tu jangan ingat nak lepas okay? Akhirat nanti, ko jawab la sorang-sorang! 
Peringatan keras : CCTV DUNIA mungkin mampu menipu, tapi CCTV AKHIRAT tiada siapa yang lepas!

P/S : Post ni mungkin ada sedikit kaitan dgn ni? 
Renungkan sejenak!


Intai Apa Ada!

maafkan diriku, daraku dah hilang. Sobs!

selamat pagi suma..
korang perasan tak tajuk entry tu..?
hilang dara?


*Sumber dari nenek google*

OMG!! relax suda..Sern masih teruna lagi okay! hhaha...
emm, zaman sekarang suma benda kalau boleh nak try kan?
elok ke, tak ke, nak try untuk dapatkan kepuasan..
salah satu, kepuasan @ nikmat seks luar nikah.
erk..
adoii la.kenapa manusia zaman sekarang begitu mudah untuk menyerahkan tahta meraka..
kalau bagi aku lelaki, untung la kan dapat.*ops.ayat nak kena jerat ngan girls ni*..
yelah..kalau kucing dihidangkan ikan, takkan kucing tu cakap "takmo la.takmo la"..
kucing tu ngap je sampai habis..yang penting kenyang..
begitu lah lumrah manusia ni..
kadang-kadang manusia ni ibarat buta kalau dah tengah bercinta.
bercinta tu dah macam barang u, barang i juga..
dara i untuk u juga.*oppss..censored sikit*
alamak! 
inilah dikatakan manusia yang tidak panjang akal..buat tak fikir lebih dahulu.
Di Malaysia sahaja sebanyak 75% gadis hilang dara sebelum kahwin..astaga!!
apa nak jadi la hoiiii..
Dalam bebrapa dekad yang lalu, kerajaan telah menubuhkan sekolah menempatkan untuk golongan yang pecah dara awal ini.*lagi sekali, ayat over the reaction. Sorry.* 
Bagi aku, ada pro dan cons nye juga penubuhan sekolah ni. masing-masing renungkanlah okay.malas nak uls.
korang fikir la sendiri..sapa nak bagi pendapat, jom share pendapat korang okay!!
Pesanan aku, kepada girls kat luar tu, jangan lah dok try benda tak faedah ni. Bagilah dara mu itu kepada yang betul layak untuk memiliki biar tiada penyesalan di akhir kelak. 
Ingat beb, ko rasa hot dunia ni , tapi ko tak rasa HOT lagi di NERAKA tu. *tetiba sesi tarbiyah plak.ngee*
okaylah, cer bagi pendapat korang plak yer! nak sangat dengar..

P/S : Terkejut dengan gossip mama i. Jadi entri ini terhasil. Opps! 
Intai Apa Ada!