Friday, June 10, 2011

Home » , , , , , , , » Panas! Syamsul Yusof dan Farid Kamil mungkin disaman kerana Mendedah Perkara Sulit Melalui Filem Mereka?

Panas! Syamsul Yusof dan Farid Kamil mungkin disaman kerana Mendedah Perkara Sulit Melalui Filem Mereka?


Buktinya? Sern sertakan sumber yang Sern ambil dalam akhbar berkenaan. 

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Antara babak dalam filem Kongsi

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.


Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.
Sumber berita : dari mStar.


P/S : Macam mana industri perfileman negara kita nak maju? apabila sedikit-sedikit nak saman. Memang betul banyak perkara negatif yang terdapat dalam filem ini. Tetapi kenapa kita ambil yang negatif. Manusia yang berakal, berilmu, akan tahu mana yang betul dan mana yang tidak patut diambil. Sebagai seorang penonton, Sern tidak melihat kepada negatif, tetapi melihat kepada hiburan yang terdapat dalam filem itu. Apa pendapat anda? 

20 comments:

  1. Hahaha. Rahsia lg ke PEKIDA? Sudah x rahsia bro. Budak skolah rendah pun tau dah apa itu 3line dude. Well, dari sini nampak sgt yg PEKIDA terasa mengenai filem itu. So, PEKIDA tu kongsi gelap lar kn? Kalau PEKIDA bukan kongsi, x perlu terasa apa2 kn? Nampak relevan x? Lagi pula, ramai dah yg salah guna perkataan PEKIDA neh. Makin nampak buruk saja. Ada baik gak kalau bubar saja. Tambahan, kalau depa jaga Malay, awat Malay pun kena tindas dgn depa? Apakah itu? Hahahaha. X mau kata lebih2 takut ada yg terasa lak. Sorry sbb aku kdg2 lansi sikit bro sbb environment aku dikelilingi org2 berbangsa cina yg lansi tp baik pd mlayu. x percaya meh mai Yong Peng aku tnjuk tmpat2 otai cina yg ada link dgn otai singapore. serius aku x tipu ko. ^^

    ReplyDelete
  2. perghh... tu dia...

    ReplyDelete
  3. Yes.. Sangat setuju dengan Mr thinker! baik bubarkan saja daripada tidak berfungsi sebagai penjaga org2 melayu.. sikit2 nak saman.. dah miskin sangat ke..? sampai nak saman..bg la peluang utk filem melayu berkembang..takkan la nak layan cinta..emo...hantu...takda klass der! yongpeng mmg kawasan cina der..gua pun dikelilingi cina so, gua rasa apa yg bro rasa...

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Caya lar bro sern! Setuju sama pndapat ko dalam komen dan juga entry last tuh. Baru filem Melayu nak lain dari versi lain (aksi + Gangster) je, dah ada yg bising. Aku tgok movie Godfather dari siri 1 sampai 3, x ada pun Don Carleone dgn anak buah cari pengarah. Gangster Melayu kt Malaysia suka publisiti kot. Kata rahsia. ^^!

    ReplyDelete
  5. Aku pun sokong korang berdua bro.. Pertubuhan ni dulu memang ok dan ada fungsi tersendiri. Tapi sejak kebelakangan ini mcm takde fungsi. Kebanyakan ahli dah salah guna kuasa. Ada juga yg menindas melayu sendiri. Bukan nak mempertikaikan jasa2 PEKIDA tp berharap mereka sedar yg ramai ahlinya sudah menyimpang. Berubahlah utk membantu Melayu bukan utk menjatuhkan dan menjadi Gangster Malaya.

    ReplyDelete
  6. menggelabah la kan siap nak saman.. tu la tak faham kadang2,macam mane filem m'sia nak maju kan.. bila satu filem tuh dah berjaya n malatop, ade je kontroversinyeee..

    orang tgk untuk hiburan je..

    ReplyDelete
  7. gelabah abah je PEKIDA tu.btw apa kod rahsia "sangat" PEKIDA tu.tah hapa2 tah..kalau bukan gangster buad hapa nak terasa kan.HAHA.

    ReplyDelete
  8. boleh ke nak saman??dlm filem tu ade ke mention nama PEKIDA?dan isyarat2 sulit tu di daftarkan ke..??

    ReplyDelete
  9. x ah... kalo dah sulit sgt.. dia g bgtaw dlm suratkhabar... hbs laa sume org tau ape RAHSIA tu sebenarnya. Kalau diam jea, org akan anggap benda tu something rekaan dlm movie jea kan. chittt.. n yeah dgn nak saman mmg tunjuk la dorang yg mkn chilli. kalau benda x btol, patut nye diamkan jea diri. sll org yg respon over2 ni laa org yg bersalah. and x ke cerita ni mmg tunjuk situasi sebenar yg jd kat malaysia? gangsterism berleluasa. n sume mengaku pekida. patut pekida handle masalah tu dulu, dr handle syamsul yusuf n farid kamil -_-'

    ReplyDelete
  10. dorang tu nak duit jek semata2..kan kutipan meletop...anyway..tak sabar nak tgk jugak Sern...

    ReplyDelete
  11. asik filem meleleh-leleh jek...sampai dah malas nak tgk citer melayu kat panggung...sampai bila nak maju ni!! bila nak ke depan!!..bila nak masuk book of record nie!!..sern jawab sern...miahaha

    ReplyDelete
  12. lom tgk lagi cte ni tp dlm cte tu ade ke sebut2 name pekida? keyword cm anakanda ayahanda tu ade gak dgr kat trailer filem ni..haihh..nak saman2 pulak..

    ReplyDelete
  13. harrazdani - mcm ni lah sern, sesebuah negara itu takkan maju selagi rakyatnya risau dan gelisah apabila bangun di pagi hari mengenangkan apa yang mereka tulis dan buat semalam.

    ReplyDelete
  14. Anonymous: Kalau bangun pagi x kenang perkara silam, macam mna perkara datang nak maju?? Sejarah mengajar kita bukan? Tanpa sejarah, siapalah anonymous itu kan? Hahaha. What the lar.. Kalau rakyat x risau, siapa yg perlu risau der? Anda suka jadi rakyat yg mengikut kehendak orang lain tanpa rasa risau, gelisah, membabi butakah? LOL.

    Psst: soalan ini untuk si anonymous seorang.

    ReplyDelete
  15. buang yg keruh ambil yg jernih ea tak sern?
    kalau asyik di takuk yg lama je mcm ne nk maju kan..
    lagi satu pi sebar2 kan dlm paper buat pe..dari org tak tahu dh tahu dibuatnya..hihi

    ape2 pon jom pi tgk nk sern? :P

    ReplyDelete
  16. mcm2 hal..ak lom tgk bro..klau tgk pun ak xtau simbol 2 ade ker?kehkehkeh

    ReplyDelete
  17. nonie bru pas g tgk KL gnagster...tp xdpt dtect pun ape sal pekida.hehehe

    ReplyDelete
  18. Bodoh nye Pekida,aku dulu join gak,dengan pemahaman yang sesat,ingat betul dorang menuju ke jalan yang benar..biler aku da join,sume arahan yg aku dapat sume karut..bergaduh 24 jam,undang2 sendiri(kutip,pegang,langgar lari,potong,sebat) and macam2.aku tak salahkan orang2 tua yang betul jalankan dakwah,tapi orang2 muda yang tak solat,layan 3 pantang larang(kononnye lah) iaitu arak,perempuan,judi,bajet2 alim and nak tegur orang.angkat sumpah la bagai2 pastu rosakkan sesame melayu gak.india cine kat luar sane sume gelak.seronok tgok kebodohan melayu.nak wat camne,aku kene admit,aku pon melayu,tapi bende ni sume datang dari siape.dari kite gak.seb bek aku skang ley nampak beza antare baik buruk,and malaysia baru nak maju dalam dunia perfileman,mcm2 hal dorang nak saman la ape la.bandingkan la oi sape nye sale lagi tinggi makhluk pekida bodoh sume.haih..sorry guys.aku saje nak express opinion aku.

    ReplyDelete
  19. salam/// dari adeq bradeq PEKIDA W.P..
    cerita "KONGSI" & terbaru "KL GAANGSTER" telah membuatkan kami dalam pertubuhan terasa tercabar kerana dalam filem ini mendedahkan identiti,kod-kod rahsia,dan title dalam pertubuhan kami..saya ingin luahkan perasaan kecewa kerana pihak skop production & metrowealth tidak menghormati badan-badan NGO yang berdaftar..

    ReplyDelete

Doakan Sern jadi kurus!