Wednesday, July 28, 2010

Sekolah Murid mengandung??


hye peeps!
ni ada sedikit benda nak share dan nak jadikan isu untuk kita diskusikan. apakah pandangan anda??

Sekolah murid hamil? Perkara ini merupakan cadangan lama yang telah dibangkitkan semula apabila kes mengenai masalah seks yang melibatkan pelajar sekolah bawah umur. Terkini, Yang Amat Behormat Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka telah mencadangkan agar sekolah untuk pelajar yang hamil ditubuhkan. Menurut Ketua Menteri Melaka hal ini adalah kerana ramai anak gadis yang masih menuntut di sekolah mengalami kehamilan bawah umur. Sebelum ini, Datuk Seri Syahrizat mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar memasukkan pendidikan seks di sekolah seperti apa yang saya katakan pada posting sebelum ini.

Sebenarnya, pandangan Ketua Menteri Melaka ini telah dibantah oleh Timbalan Menteri pelajaran II, Datuk Seri Puad Zarkashi. Hal ini merupakan kontradiksi yang berlaku dalam sistem pemerintahan negara kita. Sebenarnya, saya berangapan bahawa tidak wajar untuk mewujudkan sekolah untuk pelajar mengandung tersebut.  Hal ini kerana sekolah tersebut bukan sahaja mengundang banyak lagi pelajar yang melakukan perbuatan yang seks bawah umur bahkan penubuhan sekolah untuk pelajar mengandung ini sekali gus mengangkat para pelajar yang melakukan perbuatan seks bawah umur.

Dengan laporan pembuangan bayi yang kerap kali terpampang di dada akhbar dan peti telivisyen yang mengaitkan orang yang terlibat dengan kes pembuangan bayi tersebut adalah pelajar, apakah cadangan Ketua Menteri Melaka tersebut wajar? Apakah dengan penubuhan sekolah untuk pelajar yang mengandung ini dapat membentras gejala pembuangan bayi yang kian rancak di era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini?

Setakat fakta yang diberikan oleh media, memang tidak dapat dipastikan bahawa orang yang melakukan kes terlanjuran dan pembuangan bayi ini adalah mereka yang masih sekolah lagi. Mungkin orang yang melakukan kes pembuangan bayi tersebut merupakan pelajar Universiti yang terlanjurdan mungkin juga orang yang tidak bersekolah lagi atau sudah tamat zaman persekolahan. Bagaimana dengan mereka ini?? Adakah perlu menteri menyediakan lagi Universiti pelajar mengandung atau menyediakan rumah mengandung seperti rumah orang tua yang mempunyai smaa tujuan dengan rumah orang tua iaitu untuk menjaga orang tua yang diabaikan.

Bagi Penulis, cadangan ini sama sekali tidak masuk akal kerana cadangan ini seolah-olah 'mengajar pencuri untuk mencuri'. Cara yang terbaik ialah menatapkan lagi sistem kurikulum dasar untuk para pelajar agar mereka sendiri mencegah perbuatan yang tidak seharusnya mereka lakukan. Kurikulum di negara kita masih lagi kurang menerapkan nilai murni dan keagamaan yang kuat. Hal ini kerana masih ramai lagi golongan pendidik yang gagal untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri pelajar. Pendidik bukan sahaja mengajar subjek tertentu di sekolah bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Justeru itu, langkah yang terbaik untuk diteliti ialah sistem kurikulum di negara kita yang masih lagi carca merba akibat pengaruh politik yang kuat.

Secara tuntasnya, pihak bertangungjawab sama ada ahli akademik, golongan professional dan golongan pemikir harus memberikan pandangan mereka untuk dikemukakan kepada pihak kementerian agar sistem pendidikan di negara kita dapat dimantapkan lagi bagi memastikan mutu pendidikan di negara kita dapat melahirkan modal insan kelas pertama. 

*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis. 
Intai Apa Ada!

Saturday, July 17, 2010

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010



hye peeps..
selamat malam saya ucapkan..haha..skema giler ayat..
pe habaq?lama dah aku tak update blog ne..dalam 2 hari gak la asenye..ehehe..
so ape cer korang??
wee..
arini best sangat....kelas kiterang diarahkan untuk pergi ke Wisma Darul Iman..
buat ape??
kiterang gi tengok pertandingan ala-ala teater gitu la..
siok beb....
ramai giler kot orangnye..
ada 15 semua negeri amek bahagian..mana tak nye..Peringkat Kebangsaan kan..ehheh..
5 negeri yang telah terpilih ke peringkat akhir iaitu berlangsungnya pagi ne..
antaranya Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Terengganu.
semua nye memang best..cuma..ada la satu team ne diragui kelayakan nye..mana tak semua cakap tak best..ahhahha..rahsia2 negeri mana..haahhaha..
nak tau tak keputusan..?hehehe.
aku rasa bangga plak berada kat dewan tadi..seperti aku plak yang wakil Sarawak..best siot team Sarawak tadi..
semua terhibur beb..rasa sekejap giler pengisahan mereka..yang negeri lain rasa macam lama..
semua dah duga keputusan macam mana..ehehhe.
Sarawak Champion!!!yeahh..(tak sia-sia aku teriak tadi untuk team Sarawak)
proud to be Sarawakian yeah..

Sarawak diwakili oleh 3 orang yang terdiri daripada 3 orang lelaki..
1. Al-Zubair Bin Zainon
2. Azwan bin Kajang
3. Shahrizan Bin Sarbini
Tajuk : Memori Sebuah Tirai Besi (tentang Rosli Dhobi)

best sangat....rugi tak rakan tadi..
ape pun..congrates kat team yang lain..
2nd Kedah, 3rd Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 4th Terengganu & 5th Johor.
untuk pengetahuan, Terengganu diwakili oleh guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Mizan.
congrates kat dyerang gak coz membawa nama ipg dyerang ye...


p/s:taun depan nak take part boleh tak..?tpi..bakat tu ade ke..?hahaha...
okaylah..pena berhenti disini.
Intai Apa Ada!

Friday, July 16, 2010

Padan muka ko!!

selamat tengahari semua...kih2...
tenghari sebab time aku gah giat menconteng blog ne dah jam 12 lebih gitu...
apa macam? hebat tak tajuk tu..?
jangan pulak ada yang terasa okay..?
aku cakap tu kat aku sendiri..haha..
yelah..
bangun pagi ne awal, semata-mata nak take turn untuk basuh pakaian..yelah...kang berebut pulak dengan cyang lain..
so, pas basuh tu aku tinggalkan je lah..
then aku pun terus drive-Kan kereta Myvi hitam Afiqah..kiterang nak gi wat shooting jap.hahha.
shooting ape? bukan shooting untuk lakonan..tapi untuk gimnastik amali..hahah...percaya tak aku wat suma tu..?
tentu susah nak cayer kan..alah,cayer je sudah...
so kiterang gi la gym IPG KDRI untuk wat shooting...kat sana dah ade member yang lain..amirah & da geng..
so kiterang kerjasama susun peralatan apa suma..
so its begin!
mulakan dengan fiqah then aku..ahhaa.
dari stesen 1 hinggalah stesen 19..kat last sekali dek kerana syok sangat.....kaki aku terseliuh sudah.....
part yang aku paling suka kan..Spring Board.hahah..padan muka aku..nak cuba sangat aksi extreme..ahhaha..padah tak dengar cakap orang..sekarang rasa lah sendiri kaki seliuh..padan muka eden!



p/s:takpe2..ne suma pengalaman kan kawan..?so...life must go on..good luck all...!!amali nanti wanna be the best among the best..lantak la apa orang nak kata..yang penting tu hidup aku.so, orang2 yang tak puas hati ngan aku tu boleh la berambus...berambus jauh2....aku tak ganggu korang, so jangan nak ganggu hidup aku.ada faham..?ke nak aku ajar??
Intai Apa Ada!

Thursday, July 15, 2010

Sahabat yang Didambakan.


hye peeps..entri kali ni mengisahkan suatu suasana yang didambakan oleh semua insan yang menghuni bumi yang penuh dengan ranjau ini..dalam keadaan kita sendirian, kita mengharapkan seorang insan yang mampu bersama dengan kita dalam keadaan susah dan senang..
so, renungkanlah..

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
 5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu


Intai Apa Ada!

Wednesday, July 14, 2010

MEMAHAMI SIFAT KAUM ADAM.


hye peeps!
entri kali ne berlainan sikit.sedikit perkongsian ilmu.hahaha..kaum hawa, take attention!
so, bacalah..



1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
 Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan 

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukarberkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa Lelaki 

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka Dikritik 

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.
10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.
13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
Kita berkawan bukan kerana harta. Kita bersahabat bukan kerana cinta biasa. Kita bertemu, lalu berkenal dan berkawan semuanya kerana-Nya.
Intai Apa Ada!

muktamad!!

wah...
giat aku nak update entri petang ne..mana tak nya..bosan..so bosan-bosan tu...idea dok mencurah-curah datang..
kali ni nak kisahkan pasal anniversary!!



yeah...
tak sangka..tarikh keramat iaitu 14 JULAI 2008 masih segar dalam ingatan aku..tu la tarikh dimana aku mula
untuk menjejakkan kaki ku ke IPKT (dulu) sekarang IPG Kampus Dato' Razali Ismail (sekarang).
dan hari ini 14 JULAI 2010, genap sudah 2 tahun kami PISMP Semester 2 Cohort ke-4 untuk menjadi ahli keluar IPG KDRI ini..tak terasa sungguh..sedat-sedar arini merupakan tarikh terlakarnya sejarah bagi kami semua..mungkin ada yang lupa dan mungkin ada yang sedar..
Dalam masa 2 tahun itu juga macam-macam onak duri, kenangan manis, kenangan pahit yang kami lalui bersama...ada gembira, ada sedih, ada nangis..tu semua kami lalui bersama selama 2 tahun di IPG ini....
apa yang dapat saya ungkapkan, walaupun IPG ini mempunyai banyak karenah, tetapi saya tetap menghormati tempat saya menimba ilmu untuk menjadi seorang guru yang berakhlak, berdedikasi. Ini kerana tanpa IPG siapa lah  saya nanti pada tahun 2014 iaitu dilahirkan secara rasmi sebagai seorang guru. Masa tu, semua kenangan akan dibingkaikan dan dikenangan sepanjang hayat.
akhir pena, semoga sepanjang 2 tahun ini dapat memberikan ruangan kepada kami untuk menjalin silaturahim sesama kami sepanjang kami menuntut di IPG ini..

p/s:
Saya amat menyanyangi semua unit terutamanya unit Kajian Sosial 1 dan Kajian Sosial 2. Sesungguhnya 
mereka merupakan teman saya sepanjang 3 tahun setengah lagi untuk melayari bahtera hidup di IPG KDRI ini nanti. We unite as one nation..!yeah..go keyso.go keyso..! thanks gak kepada semua pensyarah yang telah berbakti kepada kami selama ini.ehhee..(macam nak konvo la plak)..thanks to our tutor gak..sebab banyak berkorban untuk mendengar luahan hati kami. tutor time foundation Encik Johari dan tutor Semester degree sehingga sekarang Puan Siti Rahimah Binti Mamat@Hamat..

blah lu..
Intai Apa Ada!

manusia pemilik status buta.

hye peeps..
gua baru je lepas mandi..pas balik dari kuliah...dok sejenak then terfikir untuk update blog...
kawan kuar gi bandar..ada hal nak wat..so aku duk bilik merewang atas talian ler..(online)..
faham tak apa maksud tajuk diatas tu..?
kalau tak faham gi la buka kamus..then baca dan fahami lah sendiri maksud dalam tu..
Manusia ni pelbagai ragam dan kerenah. Jenuh nak melayan kerenah yang 1001 macam ne..
so kadang-kadang tu yang buat mudah naik darah tu..
kenapa saya cakap manusia itu buta?
bukan buta yang OKU tu ye..buta hati, buta perasaan, buta segalanya..
kadang-kadang terfikir gak..macam mana sebenarnya seseorang insan itu menilai manusia..?
adakah melalui PENAMPILAN? PERCAKAPAN? KATA-KATA? or...??
tepuk dada tanya minda.
nilai lah seseorang dari segi kesucian hatinya. Bukanlah melalui perwatakan mahupun perbuatannya..
Manusia seperti ini sukar untuk dijangka. Kerana mempunyai identiti yang pelbagai dalam diri mereka. Memang rambut sama hitam, tapi hati...?only God know the truth.
kadang-kadang juga, ada kekasih yang buta segalanya apabila kekasihnya terang-terang bersalah, tapi orang lain tetap dipersalahkan. Nyata lagi. Tak perlu bersuluh. tapi tu lah orang tua kata.kerana cinta manusia buta.
bukan sahaja tu, manusia juga mudah buta disebabkan dengan kekayaan. Sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kebahagian di dunia, tapi akhirat...?
so renungkanlah..i rest my case.

Intai Apa Ada!

mara KEHADAPAN!

hye peeps.



Apabila kesengalan melanda dalam diri kami =)

woah..sudah sekian lama gak la aku tinggalkan blog ne jap..ehhehe...dek kerana masalah line dan kekangan masa..eheh..ada dalam 2-3hari gak la..ehehe...
so malam ne..tepat jam 2.09am aku siap update template and segalanya lah untuk blog aku..hasilnya?
lu nilailah sendiri ye beb..ehehhe..
agak lama gak la aku  dok tukar, ganti, korek and akhirnya..ni lah hasilnye...aku suka sangat dengan hasil kerja aku..eheheh...dapat gak aku berdikari wat suma ne..ahhah..
so, moral valuenya, kite kenalah sentiasa membaiki dan majukan kemahiran dalam diri kita..so, nanti senang la hidup kita..ehehhe...
agak lewat gak dah ne..nak taip berjela mata dah agak ngantok..so nak tidur dulu la eh...sok gua update plak ye..nites or good morning is better..ehhe..=)

p/s: esok dah la ada PJ..hah, abes la aku..takda cukup tenaga..nak wat gimnastik plak tu..mampu ke aku ne..?whatever!!
Intai Apa Ada!

Monday, July 12, 2010

KAMI BENCI PERAMPAS!

hye peeps!
dah baca lom tajuk tu...??
tak tahu la ada kena mengena ke tak..?hehehhe....saje2 jew...
ni hah..nak share sesuatu ngan korang ne..dapat kat facebook..ehhehe...so share ngna korang..eheh!~

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.



so, baca la sendiri..saje je nak letak untuk share..ahhaha...daa....
Intai Apa Ada!

Sunday, July 11, 2010

..missing YOU so MUCH..

apabila jari sudah menaip maka wujudlah sesuatu untuk dikongsi dan diluahkan..
arini..macam-macam perkara yang berlaku..pJ..lari..dan keadaan hostel yang amat menyedihkan..
then..tetiba hp berdering...
"MUMY calling"..wa..rindunye...rindunye...
rindu yang amat..serius rindu..aku sudah lama tidak merasa keadaan seperti ini..kalau foundation dulu ye..kekerapan yang amat..tapi semester degree ne jarang..mungkin disebabkan oleh faktor banyak perkara yang perlu dilakukan..
akan tetapi hari ini..ini lah kali pertama aku melabuhkan butiran air mata aku dimeja sahabat aku...aku sudah tidak tahan..rindu yang amat kepada mummy aku...kalau boleh aku ingin balik sekarang juga...SEKARANG!!
aku tidak mahu berada di tempat ini..dimana aku terpaksa hidup secara berpura-pura...itu bukan diri aku sendiri...bukan aku.....tapi..demi untuk puaskan hati semua pihak..aku gagahkan diri aku, yakin kan diri aku yang aku mampu hidup di sini walaupun jauh beribu batu daripada keluarga tersayang...
tadi masa dalam phone aku dengar suara ibu ku seperti kurang sihat...selesama..mumy..makan lah ubat..makanlah....
"takpe la jang..dah tua memang macam tu.."..
bayangkan lah..kalaulah sesuatu terjadi pada mamaku...
last kali mummy ku cakap.."belajar la elok-elok jang..ingat kat mama selalu..jada diri di tempat orang.."..
..................................................................................................."

Mummy, what are doing right now?
Intai Apa Ada!

Friday, July 9, 2010

entri Khas!

hye peeps!!
lama dah gua tidak menulis dan mencarut dalam blog ne....
yelah..line kat hostel gua ne macam tenuk!..so jaranglah gua berjimba dalam blog ne..ehhehe.
tapi hari ini..
gua tergerak untuk menulis sesuatu dalam blog ne...
you all nak tau tak??
hari ne BIRTHDAY salah seorang daripada sahabat gua...
dier ne seorang pendengar yang baik..
nama dier MIOR MUHD HAFIZ BIN MIOR BURHANUDDIN.
asal Perak..berumur 20 tahun (sama la kite..)
not available okay.. Being taken by sweet gurl.hehhee..






To him:
mior, selamat hari jadi...semoga segala impian ko tercapai..diberkati selalu..semoga berjaya dalam semua perkara okay..and..aku nak minta maaf sekiranya banyak melakukan kesilapan sepanjang dalam persahabatan kita...kalau aku tahu dahulu begitu rupa gayanya, takkan aku teruskan semua itu. Aku tersilap langkah dan pada ketika itu kamu (mior) datang padaku dan  memberikan daku nasihat. Aku harap semua itu tidak terlambat.ehehe..thanks untuk segalanya mior..(tak nak cakap yang ko sahabat baik.hehhe...nanti tak berkat orang cakap)..heheh..terima kasih gak coz sentiasa berada di sisi semasa aku berada dalam masalah...kita berempat tidak akan putus sama sekali. Moga persahabatan kita ini diberkati Tuhan yang maha kuasa. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan segalanya( ada kaitan ke??)..

p/S: tonite going to celebrate his birthday!hehe...secret receipe, NR next destination for tonite...!
Intai Apa Ada!

Sunday, July 4, 2010

PELACUR murahan?



hah...
tu la tajuk topik kite arini...
ntahla...ak ne rasa bengang la tengok sesetengah perempuan ne....
kadang-kadang pasangan tu macam buat persalinan pakaian..!
dah bosan, cari lain..kalau lelaki buat macam tu, mak aih...dah kena kutuk da....
aku ne bukan la nak bajet baik..tapi memang dah kenyataan..bagi aku, perempuan yang suka tukar-tukar pasangan ne setaraf la dengan pelacur-pelacur yang ada kat luar tu...cuba lah setia pada yang satu..kan senang...? tak la meluat orang tengok..ne tak, tukar satu persatu selepas bosan..woo...
untuk lelaki plak?aku malas nak cakap...sebab aku sendiri pun lelaki...tapi bukan nak angkat bakul okay..kalau bab heartbreaker ni bukan spesies yang ada pada aku kot..tapi entah la..tunggulah time aku ada aweks nanti aku tengok sendiri..
Tapi kan..semua ni tak leh la nak salahkan semuanya pada perempuan a.k.a pelacur tu..mungkin juga sebab dea tu dah patah hati dengan sikap lelaki sebelum ne..jadi....dea pun pilih lah cara hidup sedemikian..
so, saya hentikan penulisan saya setakat ne saja. jumpa di lembaran yang lain pulak ye...
Intai Apa Ada!

UMMA-united vs FACEBOOK??

umma-united VS facebook??








Facebook. Siapa tidak pernah dengar nama ini? Mungkin agak ganjil atau ketinggalan zaman bagi sesiapa yang tidak mengetahui tentang Facebook, khususnya golongan muda. Nama singkatannya, "fb".
Umma United. Siapa yang pernah dengar? Mungkin tidak ramai yang tahu atau baru sahaja tahu. Ia lebih mesra dengan panggilan manjanya iaitu "umma".

Kedua-dua ini adalah antara laman sosial yang wujud dalam dunia maya hari ini. Tapi, apakah perbezanya? Sekilas pandang pada namanya, mungkin akan timbul pelbagai tekaan dan jangkaan awal terhadap Umma United. Boleh dikatakan sebagai agak islamik namanya.
Perbezaan yang lebih jelas yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan pemiliknya, kerana sebelum ini dan sehingga kini Facebook menjadi satu perkara yang mengelirukan dan menjerumuskan ramai umat Islam ke lembah dilema.
Ramai yang memikirkan status dan hukum penggunaannya kerana ia dikaitkan dengan penyaluran kewangan kepada Yahudi dan penyaluran maklumat kepada Central Intelligent Agency (CIA). Seolah-olah ia menjadi syubhah dan membuatkan kita rasa serba salah untuk menggunakannya. Ditambah pula dengan adanya pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini. Sehingga wujud banyak seruan agar memboikot dan meniggalkan Facebook.

Beberapa hari lepas, ada invitation email daripada beberapa sahabat saya. Ia merupakan jemputan untuk menyertai laman Umma United. Setelah mengisi beberapa butiran, siaplah sudah akaun Umma United saya. Saya mengambil sedikit masa untuk meneroka dan melihat ciri-ciri dan application yang ada dalamnya.
Alhamdulillah, saya dapati ianya baik dan mempunyai beberapa ciri islamik. Secara umumnya ia hampir sama dengan Facebook, terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi penambahan fungsi yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai jenis media. Antara ciri lain ialah wujudnya blog, peluang pekerjaan dan perkongsian.

Berkenaan pemiliknya, inilah perkara utama yang ingin saya ketengahkan pada kali ini. Jika Facebook, ia dikaitkan dengan pemiliknya (CEO) yang bernama Mark Zuckerberg, merupakan seorang pemuda yang dikatakan berketurunan Yahudi dan pernah melakukan penggodaman (hacking). Baru-baru ini pula banyak aduan dan rasa tidak puas hati oleh pengguna Facebook kerana ciri-ciri privacy Facebook yang agak ketat. Kelihatan seolah-olah pihak Facebook memang ingin mengambil data pengguna dengan begitu terperinci. Rujuk sini.

Setelah membuat pencarian dalam internet, saya telah menemui beberapa maklumat tentang pemilik laman "umma". Pemilik laman Umma United ialah seorang lelaki muslim yang bernama Emmanuel-Yamin Dubuc (Yamin). Berasal daripada Perancis, merupakan seorang usahawan, pakar ICT, media digital, teknologi maklumat dan kewangan. Mempunyai ijazah dalam bidang teknologi informasi dan bekerja dengan Microsoft pada permulaan kerjayanya. Beliau juga merupakan salah seorang daripada orang penting dalam sebuah organisasi profesional muslim Eropah iaitu CEDAR. Rujuk sini.
Selain memiliki Umma United, beliau juga telah mengasaskan beberapa laman lain seperti Oumma dan Oumma Media. Umma United merupakan rangkaian sosial muslim antarabangsa yang pertama dan dimiliki oleh orang Islam. Alhamdulillah...
Akhir bicara, apa salahnya jika mereka yang menggunakan Facebook selama ini bertukar dan berhijrah kepada Umma United yang lebih jelas pemilikannya dan belum ada sebarang keraguan pada masa ini. Jadikan ia sebagai alternatif. Doakan semoga pengasas "umma" dipermudahkan untuk menguruskan laman tersebut dan dapat menjaga nilai-nilai Islam dalamnya supaya wujud biah solehah dalam Umma United.
Pesanan saya, sepertimana kita berhijrah daripada Facebook, begitu jugalah kita berhijrah kepada penggunaan yang lebih bermanfaat. Walaupun Umma United dimiliki oleh orang Islam dan mempunyai ciri-ciri Islam, ia tetap bergantung kepada cara kita menggunakannya. Saudara Emannuel Yamin telah melaksanakan tugasnya dengan mewujudkannya untuk tujuan dan cara yang baik, jadi kita pulalah yang perlu menggunakannya dengan tujuan dan cara yang baik juga.
Gunakannya untuk mengeratkan ukhuwwah, menyebarkan dakwah dan membangunkan daulah. Peliharalah ikhtilat (pergaulan) dengan sebaik-baiknya serta elakkan perkara-perkara yang boleh dianggap melampau seperti bersengkang mata dan meletakkan gambar yang tidak sewajarnya. Bagai pisau, mungkin untuk kebaikan, mungkin juga untuk kejahatan. Kita yang memilihnya, dan anda mampu mengubahnya. Ingatlah orang tersayang... =)


hye peeps!!
benda di atas sekadar perkongsian ilmu kita bersama ...
gua dapat dari orang..so gua rasa ilmu ne baik untuk kita kongsi dengan yang lain..ehhe..
selamat membaca dan beramal...!!~
Intai Apa Ada!

Saturday, July 3, 2010

IN A RELATIONSHIP tapi mengaku diri SINGLE..??




hah,
ne lah topik yang gua nak bawa u all forumkan bersama..
apa pandangan korang dengan insan spesies macam tu ek?
gua ne pelik sikit dengan insan macam ne nehh..
serupa macam tak ikhlas pulak dalam perhubungan tu..
dah berpunya tu mengaku je la dah berpunya...
ne tak..bajet single and AVAILABLE..
yelah...kot2 takut saham jatuh...biar kasi UP selamanya kot...tu la moktif gitau orang yang dyrang masih single tu padahal dah berpunya..
bayangkan lah kalau orang minat kat kita n taruk harapan kat kita..hah!macam mana tu..?tak ke kita dah menghampakan orang len.....daripada dia membazir masa mencintai kau yang berpunya, baek ko bagi peluang kat orang untuk dicintai pulak...ne tak..tak semena-mena sebab status SINGLE tapi BERPUNYA dalam diam-diam tu, orang lain pulak ketinggalan...isk...tak baik tau korang buat macam tu...
ye ahhh..fikir la perasaan sendiri..macam mana kalau kita dok minat kat orang lain juga yang spesies SINGLE but IN a RELATIONSHIP? apa perasaan ko kalau terkena.....??
so sedarlah...tak perlulah nak sorok2 relationship tu.......adui...bajet macam artis.tapi taik.hahhaha...dah mula mencarut dah ne............................

kalau orang kelantan cakap : dok payoh nok nipu ah..oyak jah ado gewe.
kalau orang sarawak cakap : sik boh mok membulak..padah jak ada gerek.
kalau omputih cakap           : dont lie..just tell the truth.

so, setakat tu je lah aku nak kongsi..tu sekadar pendapat aku je..korang macam mana??apa pendapat korang..?so, give me feedback!
Intai Apa Ada!

beralih ARAH!

hye peeps!
pagi ne bangun awal..sebab member kacau...dea ajak gi pantai..apa lagi..terpaksa la bangun untuk teman dea...
gosok gigi, mandi, pakai baju.pastu terus meluncur pergi ke pantai gune Satria ADN 656...wooo....!!broom......

pastu breakfast dekat warang abah..makan la canai sardin dan telur minum milo beng!..teeserempak la dengan kawan-kawan yang lain...

pastu..balek maktab....trus la dengan agenda utama...!!!!
iaitu BERALIH aRAH...!!kih2..
maksudnye??
yela...
kalau dulu pengguna celcom broadband...sekarang...mason jadi pengguna MAXIS BROADBAND..
mana tak nye....celcom nye beruk kat hostel aku tak menjadi!!lambat cam tenuk!
so pinjam la beruk budak bajet..nak tengok tak sapa??ne ha......

p/s: dea bukan LUNA MAYA yang dalam porn tu ye...kih2...

ni broadband MAXIS dea...


senang la aku nak update blog pasni...ahhaha.....
credit to her la...
DAYANA ZAINAL ABIDIN

p/s:kite puas gune, kita pulangkan lah ye..heheh!~
Intai Apa Ada!

SIAPA CEPAT dia DAPAT...!!!!

hye peeps!!
nak wat promosi sket..nak bantu kawan sebenarnya..
kawan gua ada jual Shawal. jadi gua nak tolong dea wat promosi sikit la...
kalau berminat leh la contact dea..
sini gua serta kan maklumat dea..
lu orang boleh la contact sama dea..

Penjual : Siti Aisyah / Sern
No Fon : 0136012531
Email : aisyah_tisya@yahoo.com / *order dari blog chat pun boleh.

serius buyers sahaja akan dilayan.
sila lihat di bawah. Gambar-gambar shawl berkenaan.

Shawl 1



PADDLE POP SHAWL....GORGEOUS...
RM 10 ONLY!!!!GRAB IT NOW...
100% POLYESTER (tapi x licin pun...bes la)





Shawl 2




very gorgeous!!!




Shawl 3




PADDLE POP SHAWL....SANGAT CANTIK!!!
RM 10 ONLY!!!!
100 POLYESTER......BEST KAIN DIA...X LICIN..





Shawl 4




RM10 ONLY!!!!

COLOUR- RED,YELLOW & 2 TONES OF ORANGE..
NICE SANGAT!!!
GRAB IT NOW...







Kami hanya melayan pembeli yang serius sahaja. Terima 


kasih. Segala urusan jual beli adalah dalam ringgit malaysia.


untuk maklumat lanjut, hubungi nombor diatas.




sekian.
Intai Apa Ada!

Friday, July 2, 2010

RESULT oh resultku.

hye peeps!
sorry lama tak update..beberapa hari ni busy sangat..
busy dengan orentasi pelajar baru KPLSPM dan KPLI..huhu..
maklumlah...wakil pelajar la katakan...
nak tido pun kadang2 berapa jam je sempat...hahah..
tapi akhirnya, berakhir sudah hari yang menyibukkan itu..semalam majlis penutupan untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru..
tapi, topik utama bukan tentang minggu orentasi..heheh..
pasal result gua...aduh2..
time budak baru nak daftar, time tu juga la result nak kuar..apa lagi..bedebar ar rasanya..
time exam bukannye buat dengan eloknye....
then, pada 28 Jun 2010, aku gagahkan kaki aku gi SUP..check result..
woah!!!
tak sangka gler..tak sangka dapat result macam tu...first dalam hidup aku melepasi 3.7..hahahhaa....bukan nak riak, tapi memang tak sangka sangat-sangat.....
apa pun, syukur dengan apa yang diperoleh..semua itu rezeki orang kata...heheh.
setiap orang ada rezeki masing2...harap2 result cemerlang dapat diteruskan pada semester ini...God Bless.

p/s: Kepada guru pelatih IPG KDRI tahniah dengann keputusan cemerlang anda.
Intai Apa Ada!