Wednesday, July 28, 2010

Home » , , , , » Sekolah Murid mengandung??

Sekolah Murid mengandung??


hye peeps!
ni ada sedikit benda nak share dan nak jadikan isu untuk kita diskusikan. apakah pandangan anda??

Sekolah murid hamil? Perkara ini merupakan cadangan lama yang telah dibangkitkan semula apabila kes mengenai masalah seks yang melibatkan pelajar sekolah bawah umur. Terkini, Yang Amat Behormat Datuk Seri Ali Rustam yang juga merupakan Ketua Menteri Melaka telah mencadangkan agar sekolah untuk pelajar yang hamil ditubuhkan. Menurut Ketua Menteri Melaka hal ini adalah kerana ramai anak gadis yang masih menuntut di sekolah mengalami kehamilan bawah umur. Sebelum ini, Datuk Seri Syahrizat mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran agar memasukkan pendidikan seks di sekolah seperti apa yang saya katakan pada posting sebelum ini.

Sebenarnya, pandangan Ketua Menteri Melaka ini telah dibantah oleh Timbalan Menteri pelajaran II, Datuk Seri Puad Zarkashi. Hal ini merupakan kontradiksi yang berlaku dalam sistem pemerintahan negara kita. Sebenarnya, saya berangapan bahawa tidak wajar untuk mewujudkan sekolah untuk pelajar mengandung tersebut.  Hal ini kerana sekolah tersebut bukan sahaja mengundang banyak lagi pelajar yang melakukan perbuatan yang seks bawah umur bahkan penubuhan sekolah untuk pelajar mengandung ini sekali gus mengangkat para pelajar yang melakukan perbuatan seks bawah umur.

Dengan laporan pembuangan bayi yang kerap kali terpampang di dada akhbar dan peti telivisyen yang mengaitkan orang yang terlibat dengan kes pembuangan bayi tersebut adalah pelajar, apakah cadangan Ketua Menteri Melaka tersebut wajar? Apakah dengan penubuhan sekolah untuk pelajar yang mengandung ini dapat membentras gejala pembuangan bayi yang kian rancak di era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini?

Setakat fakta yang diberikan oleh media, memang tidak dapat dipastikan bahawa orang yang melakukan kes terlanjuran dan pembuangan bayi ini adalah mereka yang masih sekolah lagi. Mungkin orang yang melakukan kes pembuangan bayi tersebut merupakan pelajar Universiti yang terlanjurdan mungkin juga orang yang tidak bersekolah lagi atau sudah tamat zaman persekolahan. Bagaimana dengan mereka ini?? Adakah perlu menteri menyediakan lagi Universiti pelajar mengandung atau menyediakan rumah mengandung seperti rumah orang tua yang mempunyai smaa tujuan dengan rumah orang tua iaitu untuk menjaga orang tua yang diabaikan.

Bagi Penulis, cadangan ini sama sekali tidak masuk akal kerana cadangan ini seolah-olah 'mengajar pencuri untuk mencuri'. Cara yang terbaik ialah menatapkan lagi sistem kurikulum dasar untuk para pelajar agar mereka sendiri mencegah perbuatan yang tidak seharusnya mereka lakukan. Kurikulum di negara kita masih lagi kurang menerapkan nilai murni dan keagamaan yang kuat. Hal ini kerana masih ramai lagi golongan pendidik yang gagal untuk menerapkan nilai tersebut dalam diri pelajar. Pendidik bukan sahaja mengajar subjek tertentu di sekolah bahkan mereka merupakan ejen kepada perubahan minda masyarakat. Justeru itu, langkah yang terbaik untuk diteliti ialah sistem kurikulum di negara kita yang masih lagi carca merba akibat pengaruh politik yang kuat.

Secara tuntasnya, pihak bertangungjawab sama ada ahli akademik, golongan professional dan golongan pemikir harus memberikan pandangan mereka untuk dikemukakan kepada pihak kementerian agar sistem pendidikan di negara kita dapat dimantapkan lagi bagi memastikan mutu pendidikan di negara kita dapat melahirkan modal insan kelas pertama. 

*Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis. 

2 comments:

  1. banyaklah org yang nak belajar mengadung nanti.


    *Kepala Budak Terputus dua akibat bermain " www.pengeRindu.com "

    ReplyDelete

Doakan Sern jadi kurus!