Saturday, December 31, 2011

tahniah OSBON; Juara Maharajalawak Mega!

Tahniah abang Bon dan abang Os atau OSBON!
Tahniah kerana memenangi Maharajalawak Mega~~
Korang memang terbaik!!

 KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK MEGA AKHIR
1) Kumpulan OSBON = RM350K
2) Kumpulan BOBOI = RM250K
3) Kumpulan SAEHU = RM150K
4) Kumpulan SYOK = RM50K
 Kepada OSBON, teruskanlah pencapaian terbaik ini dan gunakanlah sebaik-baik peluang kemenangan ini. Lawak update dan old school digabungan memang terbaik!!

Intai Apa Ada!

Friday, December 30, 2011

bestnye bercuti ke IGLOO dibawah sponser!

Selamat sejahtera semua!
sern acah je.. igloo yang sern maksudkan adalah sejenis kedai yang menjual aiskrem yang agak uniklah bagi saya. ada la juga ala-ala tutti fruitti tu. ada ke tak ke, ada aku kesah?

ada yang jeles tak rasanya kiterang pergi igloo tak ajak ni? takda ek?okay..bagus..
actuali..lama dah plan nak pergi igloo ni..akhirnya..
pada 30.12.2011 kami telah menempah tiket kereta honda milik Aizalinie (ayahnye punye). Dengan bantuan driver kehormat..sampai la kami ke igloo ni hah! 
Member yang sekali ber-Igloo arini..
Hasmah, Aizalinie, Faezah dan aku ler.
jap.kenal tak faezah? tak kenal? ala..blogger yang baru nak berjinak-jinak tu..blurz blurz..ahha.
nak kenal..? 


Kita tengok menu dulu..jeng jeng jeng..


Selepas diteliti menu, ni hah hasilnye..

Nak order lagi la..tak puas la katakan..untuk dirumah lagi..tak gitu Miseyz Blurz?

Jangan salahkan Miseyz Blurz dengan kemuncungan mulutnya..ala-ala angelina jolie katakan..bengkak kesejukkan..ahhahaha...

Kami sungguh berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh tempat ni. Grad A lah!

Okaylah..sampai disini sahaja perkongsian harini. Sern rekomenkan korang untuk berkunjung ke Igloo kalau ada masa terluang. tak salahkan menguji benda baru? asalkan halal dan yang penting sedap. Baru berpuas hati..harga? tak mahal pun..tak sampai kena berhutang la..eh, nak ucap terima kasih kat Miseyz Blurz sebab belanja kiterang tadi tau. Murah rezeki arini..=)

Lokasi : Igloo , Sarikei Sarawak.
Masa : 5.30 Petang
Cuaca : Cerah gitu


Intai Apa Ada!

Thursday, December 15, 2011

Malaysia negara inovatif dan inovasi.


Malaysia inovatif peneraju inovasi.
Malaysia inovatif pemacu ekonomi.
Malaysia inovatif tingkatkan kemahiran.
Malaysia inovatif menciptakan kejayaan.
Raikanlah kreativiti budayakan inovasi.
Tinggi budi kaya pekerti harum nama ibu pertiwi.

First time aku dengar bait-bait lirik tu, terdetik dalam hati..
kreatifnye student Universiti Lim Kok Wing..muzik, lirik, semua mantap..
kalau dulu dengan lagu 1 Malaysia mereka..habis gempak lagu tu..
sekarang dengan lagu inovasi mereka..
memang best dan saya bagi rating 5 stars!
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!
Majulah Malaysia setaraf dengan negara lain.
Bukalah mata dunia lain bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi 
dengan negara lain..
Malaysia sebuah negara aman dan damai.
Peace no war orang kata.
Betullah..Malaysia ini memang bumi yang indah dan rakyatnya ramah.
Saya SAYANG MALAYSIA.



Intai Apa Ada!

Azam 2012

Rasanya terlalu awal untuk aku memasang azam untuk tahun baru yang bakal menjelma ini kan..
tapi..apa salahnya? Perancangan awal daripada perancangan last minute. =)
tapi, kita hanya mampu merancang, hanya DIA yang menentukan.

List azam 2012 :
1. Menjadi seorang anak yang baik, soleh, menjaga nama baik keluarga.
2. Hubungan lebih erat bersama dengan rakan-rakan di dunia.
3. Membahagiakan daddy, mummy, kakak dan nenekku.
4. Menjadikan tahun 2012 sebagai tahun yang lebih bermakna berbanding tahun 2011.
5. Menjadi seorang guru pelatih yang tidak melanggar peraturan (=P)
6. Tak nak balik selalu time cuti pendek-pendek. HAHA.
7. Biarlah hanya aku dan Dia yang tahu. (................)

Ni Sern nye, korang pula?



Intai Apa Ada!

SINGLE TAK SUNYI.



Semenjak aku balik ni...macam-macam soalan yang diajukan..
Salah satunya adalah..aku SINGLE lagi ke?
Dan apabila aku mengatakan , Ya, im single.. =)
Mereka bagaikan tidak percaya..
hey! Im single okay...
kenapa? salah ke kalau saya single ni?
Biarlah saya single..tapi saya tak rasa saya keseorangan pun..
Saya ada family, saya ada kucing..saya ada cousin yang best dan cool..So?
ingat saya sunyi? Haha..
lucu la..
saya nak bagitahu satu je..
Biarlah saya single..
biarlah saya mengejar cintaNYA yang lebih agung..
lebih jauh baik dari saya mengejar cinta manusia yang tidak pernah lekang di dunia ni..
biarlah saya penuhkan amalan saya dahulu..
biarlah saya bahagiakan semua orang sekeliling saya..
terutamanya daddy dan mummy yang saya cukup kasih...
saya tak SUNYI la..malah saya rasa saya makin dekat kepadaNYA..
saya tak kenal erti SUNYI yang anda katakan..
orang kata...
lelaki baik untuk perempuan yang baik..
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik kan..?
jadi..
saya ingin menjadi lelaki yang baik kerana saya ingin dimiliki oleh seorang perempuan yang baik..
Tuhan sudah mengaturkan segalanya untuk kita..
awal ke..lambat ke..kalau sudah jodoh takkan kemana..
tak perlu tergesa-gesa..
misi : mengejar cintaNYA dahulu daripada mengejar cinta MANUSiA.

Jam :  0138AM
Tempat : Sarawak

Intai Apa Ada!

Wednesday, November 30, 2011

HIDAYAH dari MIMPI.


Hidayah??
percaya atau tidak, ini cerita sebenar dan menjadi petunjuk kepada kita semua...
cerita ini diperoleh dari individu sendiri dan daripada tuan empunya badan..
Mungkin ramai diantara kita mendapat hidayah dariNya dan ada segelintirnya sedar dan ada segelintir juga menidakkan kehadiran hidayah itu...
hanya insan-insan bertuah sahaja yang mendapat hidayah dariNYA..
jom Sern kongsi satu cerita dengan anda..

pada tanggal 19.08.2011, datang seorang individu untuk menceritakan kisahnya.. pada mulanya, dia segan dan takut untuk menceritakan kisahnya..akan tetapi aku yakinkan dirinya untuk membuka bicara dan mulakan dengan ayat yang dia selesa...

Sern : Kenapa ni...nampak resah je..ceritalah..aku akan cuba menjadi pendengar yang terbaik.

Ik1  : aku...semalam aku ada mimpi...tapi, aku risau nak gitau ko..aku takut....:'(

Sern: takpe..ko cerita je okay...ada apa aku akan bantu ko..jangan risau..aku sentiasa ada...

Ik1 : begini..semalam aku mimpi..tak tahu la apa maksud mimpi tu..tapi dipendekkan cerita, ianya berlaku begini... Dalam mimpi tu ada 5 individu (aku, mummy, daddy, auntie dan uncle).. semuanya rapat dengan aku jugak..then, dalam mimpi tu kami susah sangat nak bergerak..tpi..tak tahu kenapa..susah yang amat..first...aku tak tahu nak buat apa..aku cakap, "oh my God, please make us free to move and easy to move.."..akan tetapi kami masih sukar untuk bergerak...then aku fikir lagi...aku fikir dan fikir..aku amek keputusan untuk cakap "Ya ALLAH, engkau permudahkanlah kami .." dengan sekelip mata, kami mudah untuk bergerak..tak sesukar seperti sebelumnya..then, time aku cakap tu, semua lepaskan tangan mereka..tak nak ikut aku..cuma sorang je ikut aku..mummy aku..aku terus ckp macam tu sampai la ke satu tmpat yang selamat....

Sern : seram sejuk aku dengar cerita ko ni...huhuhu..then, macam mana dengan daddy, uncle and auntie ko?

Ik1 : first, mmg dyerang berdegil tak nak ikut gak..last-last, aku pujuk juga..pujuk sampai la mereka mahu..first mmg aku guna "oh my God, please help me.." mmg sukar Sern untuk kterang gerak..demi nak jaga hati mereka aku mulakan dengan ayat tu..tp aku tetapkan gak..aku tukar balek ayat aku.."Ya ALLAH, engkau permudahkanlah kami.." memang tak tahu nak kata apa...kami mudah untuk bergerak..aku tarik mereka sampai la ke tempat aku bawa mummy aku...

Sern : jadi sekrang apa ko nak buat? pada pendapat aku, mungkin Tuhan ingin memberi ko sesuatu tu..mungkin juga hidayah..who know kan? tersentuh dan sebak aku dengar cerita ko ni...serius weh..seram sejuk pun ada...tengok..air mata aku pun mengalir...huhuhu.....

Ik1 : aku bangun je, aku ingatkan real..tp rupanya mimpi..aku terketar badan Sern..tak tahu apa yang dimaksudkan dengan mimpi tu..

Sern : apa jua keputusan ko, aku sokong ko..sebagai sahabat baik, aku hormat keputusan ko..aku tahu ko ada niat nak mendalami agama ni kan..cuma ko sekarang terhalang...takpe..aku ada ni..aku akan cuba bantu ko okay...everything gonna alright my friend..

...........conversation habis setakat tu.......
korang renung-renungkan lah ea...satu petunjuk dan pengajaran buat kita...
Intai Apa Ada!

back for a moment.

Fuhhh...berhabuk dah rasa blog aku ni.. setelah sekian lama aku tinggalkannya..hinggakan iklan nuff pun tak aktif..emm..biarlah...
takda masa nak get in touch dengan blog ni..
hanya masa cuti je aku ada peluang nak jenguk sini..dan post sesuatu yang aku rasa nak post la...
Tahun 2011...emmm..
tahun yang banyak membawa erti kepada aku...
nak aku ceritakan?
rasanya by episod kot..tak larat nak baca kalau aku cerita satu persatu...
everything was just happen only in Terengganu and Sarawak for a moment la..
nanti Sern mula ceritakan okay..tunggu....

Intai Apa Ada!

Monday, August 29, 2011

leave UNSPOKEN-


Mungkin bagi orang, kalau kita nampak ceria selalu, gelak selalu..wah, bestnye hidup dia, ceria selalu.. Kita hanya mampu menilai dari luaran..tetapi dalam hati dia..? siapa yang tahu? Tersimpannya satu cerita, cerita yang sukar untuk dikongsi ramai. maka, cara terbaik adalah berdiam diri semampu boleh. Seksanya rasa sekiranya niat itu terbantut..demi menjaga hati ramai orang..sangat terseksa.. Hanya Dia sahaja yang faham bagaimana rasanya hati itu.. Bibir dan hati tidak henti berdoa dan terus berdoa...meminta agar diberikan ketenangan..dipermudahkan dalam segala hal..tetapi..... diri ini akan terus bertahan sedaya yang mampu.. Ya Tuhan..berkatilah diriku agar mampu menjadi sekuat insan lain yang daku kenali. Sekian. Syukran Jazilan.
       ------------------------LEAVE UNSPOKEN-------------------



Intai Apa Ada!

Sunday, July 3, 2011

entri pendek.







- MUNGKIN KITA BERSAMA, 
NANTI DI ATAS SANA.-



Intai Apa Ada!

Saturday, June 11, 2011

APABILA ORANG SARAWAK BERSUARA.

Entri tok pendek jak. Sik berjela macam biasa. Kamek cuma mauk menzahirkan perasaan kamek malam tok. Entahla, otak kamek penuh dengan tanda tanya malam tok. Hairan , hairan dan hairan. Mek sik tauk apa kenak, sebab kamek pun sik apat detect apa masalah nya. maybe tok?

1. mek lebih dari daknya?
2. kamek tok menjengkelkan? (nang dah gaya..)
3. mek sik reti mok berkelaka kedak dak nya?
4. nangga kmk tok ngegeh? (persoalannya, adakah?ntah.)
5. or ..nang dah realiti jenis manusia pya? sik suka maju sama? mun kedak ya, mek pun sikpat komen lebih. go on lah dengan cara ya. 
6. "Sern, ko polah bodoh jak sia..boh fikir pasal daknya. hasad dengki penuh kat daknya. ok, fine!

okay, ya jak mok kamek lafazkan malam tok. Moga hari lain lebih indah. thanks! God bless all.

p/s: mun asek mikir hal orang bila gik mok ke depan? or..mungkin juak cara aku salah? ntah la...


Intai Apa Ada!

Friday, June 10, 2011

Panas! Syamsul Yusof dan Farid Kamil mungkin disaman kerana Mendedah Perkara Sulit Melalui Filem Mereka?


Buktinya? Sern sertakan sumber yang Sern ambil dalam akhbar berkenaan. 

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Antara babak dalam filem Kongsi

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.


Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.
Sumber berita : dari mStar.


P/S : Macam mana industri perfileman negara kita nak maju? apabila sedikit-sedikit nak saman. Memang betul banyak perkara negatif yang terdapat dalam filem ini. Tetapi kenapa kita ambil yang negatif. Manusia yang berakal, berilmu, akan tahu mana yang betul dan mana yang tidak patut diambil. Sebagai seorang penonton, Sern tidak melihat kepada negatif, tetapi melihat kepada hiburan yang terdapat dalam filem itu. Apa pendapat anda? 
Intai Apa Ada!

Thursday, June 9, 2011

Sern cabar kamu, kamu dan kamu !


Selamat sejahtera semua! Sebelum Sern meneruskan penulisan ni, Sern nak cabar kamu, kamu dan kamu! Sern tak kira la, mak limah ke, mama hot ke, siput ke korang cuba la kalau cukup berani. Entri ni agak XX sikit. Jadi, sediakan kayu untuk ketuk kepala Sern okay? Haha. Sedia? jom!

Loni keh, sini sana tengok ore nikoh, ada yang nikah atas lori, ada nikah dalam laut..percayalah..ada..Sern jarang nipu.Sekali dua ada la..ahha.. Time orang tengah nikah-nikah ni, time tu juga kering idea dok ceduk hadiah apa untuk diberi kat angpa kan.. Senang je.. Sern bagi cadangan.. Tak mahal dan tak susah. Praktikan sekali, mungkin nak cuba lagi.Serius okay?hihi.. Best ke tak? Ghasaklah!

Pertama..Sern nak perkenalkan jam loceng!


Kenapa jam loceng eh? Alah, agar dyerang ni sedar masa. Tak lupa yang masa tu emas la kan? Salah! Cepat je buat imaginasi sendiri! Jam loceng ni besar tau kesan kepada dyerang..haha.. Jam loceng ni boleh membangkitkan kemarahan. Sebab apa? 

Sebab jam loceng akan riuhkan malam yang intim dan hening! macam mana tu..? Okay, sebelum korang beri hadiah tu, korang settingkan elok-elok. Settingkan jam tu pada pukul 3.30 PAGI. Time tu suma dah nyenyak tdo. Letih katakan. Tapi untuk kapel baru kahwin, itulah masa segalanya beb! Ibarat dunia ini ada dyerang je. Nyamuk dok sedut darah gune straw pun tak peduli.Yang penting masyukkkk..ah, ghasak lah! 

Tetiba baru semangat nak panaskan badan, jam berbunyi?hahha..terbatal la niat..dok satu rumah bising dengan jam tu. Satu rumah buka hadiah tu, nak hentak jam tu.Haha..jadi..? Korang faham kan?Terbatalah malam pertama tu..lain la kalau dah gatal sangat tu sampai semua bising pun tak diendahkan! Orang dok riuh mencari asal bunyi tu, dyerang duk kayuh sampan! Miang bebenor la tu! 

Last kali telefon!

Tapi, kenapa telefon? Nak kopak duit beli telefon. haish! Kamu jangan pegi beli handphone mahal-mahal. Asal ada aplikasi peringatan dah la..Diri sendiri pakai telefon cap ayam, ada hati bagi kat orang blackberry. Haish, memang parah ar macam tu beb. Beli cap ayam yang boleh berkokok sudaa..haha.. 

Meh Sern ajar. korang pergi setkan reminder tu, korang taip macam ni.. Tapi korang kena pandai la set masa tu. Masa sesuai antara jam 3 Pagi hingga 4 pagi..haha..Mesej berbunyi.....

1." Sabar-sabar la bro..malam masih muda.."
2. "korang buat apa tu..?jeng..jeng..jeng"
ketiga memang nak kena terajang..
"Slow-slow der..panjang lagi masa nak bersama tu. makan slow.jangan gelojoh! HAHA.

Sern pasti, next day tu kapel tu mesti cari kamu balik. HAHA. Kacau planner la weh.. Elok-elok dyerang dah set masa, kite gi kacau dengan bagi idea hadiah macam tu. Memang sah kena fujian baik punya.. Tak cayer? Okay, korang try la buat. Then give feedback kat Sern. HAHA. Ada brani..???ghasak jew la!

P/S : Sern tak pernah lagi cuba dah cabar orang. Tapi, Sern nak cuba lah sekali. Nasiblah sapa yang terkena...ahhaha. Bolos saja dinding itu!


Intai Apa Ada!

Tuesday, June 7, 2011

habis madu , sepah dibuang!

Selamat malam suma! korang sihat? kalau ada tak sihat tu boleh la makan ubat eh..kalau demam blog tu, bolehlah cari Cik Panadol. Dia sedia memberikan khidmat!haha..


straight forward kepada topik kita, "habis madu, serpah dibuang?" 
Kenapa Sern cakap camtu..? okay, sebelum pegi dengan lebih mendalam dalam merungkai masalah ini, chewah ayat haku!..elok rasanya sern nak wat survey..peewit! Korang, korang, dan korang! Berapa ramai yang masih menggunakan album gambar? Tau tak album gambar? Kalau tak tahu, pegi amek paku 4 inci pastu paku kat kepala betul-betul menghadap sereblum korang! chewah..keluar dah term-term anatomi haku!hahha..sapa yang tahu tu, boleh cuba try hangkat bulu ketiak.euww..hahah..Sern boleh jangkanye..rata-rata yang baca entri ni mesti tak ada album gambar kan? Betul tak..?Dah, tak yah nak menipu! ingat haku tak tau korang tu..?kih3..
* Macam ni lah lebih kurang*


Korang tentu suka kan kalau simpan gambar dalam komputer, pendrive, website, hardrive dan macam-macam drive la. Tapi kan, pernah tak korang terfikir kalau suatu hari nanti, semua tu bawa masalah..? I mean kalau server down, kena godam, hardrive rosak? dan yang paling hampeh, semua tu hilang ditelan virus? Perghhh...time tangkap tu bukan main lagi pose. Sampai basah ketiak dok posing je..and time tu jugalah korang kelihatan ayu, cantik, comel, dan bagai lagi la..mesti stress kan? Stress tahap cipan la orang katakan! Tulah, mak kiah dah pesan nak..pegi la cuci gambar tu..kalau takda duit, pegi amek duit kat beg duit mak..tapi degil gak..degil nye ibarat kotoran degil kat baju tu hah! ada banyak kelebihan kalau kita simpan dan cuci gambar tu. Salah satu kelebihan utama, masa tua nanti orang boleh tatap gambar kite tu. Kita boleh bawa je kemana-mana. Memangla benda teknologi ni takkan pupus..Tapi cayer la..kalau tua nanti, takda nye nak gi surf laman internet tu. dok duk celah tiak bini je kalau tua nanti. hangit pon hangit la. Time tua nanti, mana tau ada penyakit parkinson..terkial-kial juga tangan tu nak menaip. last-last nak taip photo tertaip porn.opsss..! hahaha..jangan dah tua baru la terfikir, nape la dulu aku tak cuci je gambaq-gambaq pose hangat aku dulu..hah! dulu mak kiah royat doh! tapi degil gok! meh nak wi se tir! *mode bahasa kelate dan ganu on!*


So, korang? Korang rasa betul tak Sern cakap ni..? Kalau rasa betul tu, boleh lah gi cuci nuh gambaq-gambaq angpa..jangan dok degil lagi la..dah berbuih dah mulut haku ni cakap ni hah.tak buat gak, adalah nanti tu menangis, tiok tak tentu pasal... so, what say you? Sern menanti jawapan anda! Anda mampu merubah masa depan anda..! Chewah...gitu!
Intai Apa Ada!

Sunday, June 5, 2011

MakNyah : Semula Jadi atau Asuhan?

Nyah? Maknyah? Apo bondo tu..? Kuih ka? Alien ka?
okay, rasa korang pun tahu kan apa benda tu maknyah..? Tak perlu sern belek kamus dewan yang gedabak tu untuk cari definisi maknyah. *tu pun kalau hado!*
actuali isu ini ada dikupus dalam rancangan Apa Kata Wanita dan dihoskan oleh Zamzarina. Kira hots mama juga la perbualan mereka tadi tu. Meh terjah sikit.



Perbualan sekadar untuk perkongsian. Ada unsur ekhem sikit. Maaf.

Nyah 1 : I bukan diminta untuk jadi macam ini. Dah i semulajadi macam ni. nak buat macam mana kan?

aku : isk ko ni..banggang tol la..

Nyah 1: I dulu sekolah kat skul dak2 laki..i memang takda kawan, sebab dyerang label i nyah hots*actuali dak lembut. aku tukar.kui3..*

aku: hagaknye ko nie mesti dok intai2 laki kan time kat skul..hahaha..opss nyah!

Nyah 2: kalau we all dah macam ni nak buat macam mana kan? Takkan la kalau dah naluri we all nyah ni kena pakai macam jantan-jantan. tak boleh nyah! Tak laku la i..*lagi sekali skrip tambahan aku.* We all nak juga uols terima we ols ni. Nyah pun manusia hape. bukan nye sapa-sapa. Punya perasaan, punya naluri..

aku: ko ni nak orang terima ko macam mana ek? layan ko? euww..lemas i nyah.aahahha.
*actuali ada ustaz gak dalam talk tu. Cuma kurang bercakap. bercakap apabila diminta ulas.

Mama Nyah 1: i terima Nyah 1 sebagai keadaan dia sekarang..kalau dah Tuhan bagi dia macam tu, apa bole buat..i terima sahaja. I bukan tak pernah larang, tapi masa kecil i dah cakap dan larang..cara bejalan dan suma la.

aku: agaknye anak ko tuh memang nak jd hots mama la. Cantik woo nyah ni..tak tahan wok!hahahahha..euww..gile hape aku ni. meh hantuk kepala sikit!

ni pendapat aku secara personal ea..Bagi aku la..Nyah ni memang la manusia n patut mendapat layanan yang sama seperti insan lain. Tapi, tak ke korang fikir, jalan yang korang pilih tu melanggar norma masyarakat. korang nak paksa macam mana sekalipun, kalau masyarakat dah set minda untuk tidak dapat menerima korang, korang kena gak faham. Bak kata pepatah Sern, takkan la Aaron Aziz nak disamakan dengan Sern.opps! haha.. Tu la, memang susah der, masyarakat nak terima uols. harap korang dapat berubah one day nanti eah..pintu taubat still terbuka. Terpulang kepada korang samada nak terus membiarkan pintu taubat tu terbuka or terus terkunci selamanya. Renung-renungkan..selamat beramal..


P/S : Maknyah di Malaysia ada lebih kurang 10 RIBU lebih dan dyerang ni dilindung oleh satu badan NGO. Hmm..Kalau ada sesiapa yang berada dalam golongan diatas. korang jangan pulak nak marah aku ea.. Aku just nak ulas apa yang patut dan bagi pendapat personal aku pasal ni je. 

Intai Apa Ada!

erul af9 DIMASUKKAN SEMULA?


Indahnya kalau begitu kan?
Hoii Sern! 
Wa rasa lu memang cari pasal la sama wa..
Lu jangan bro..Lu langsi lu mati.
aiyakk! Sorry...tu bagi statement nampak gempak jek.
*ko tak puas hati hek?*
haku pun sama!

* Jangan salahkan haku sebab gambar tu tak clear. ni salah cameramen tu !*

ni adalah perkataan paling hots dikeluarkan oleh peminat-peminat setia mati Erul Af9. Suma tak puas hati kerana Erul dikeluarkan saat dia nak julang trofi Af9 *kata dyeran peminat setia mati la*
tak kurang juga yang menyalahkan paknil kerana dia umum cara tuh..hadoii.apa la korang nih..rilex-rilex sudaa..keputusan dah diumumkan dah pun. 
*pasni ada ler tu buat page boikot paknil. tak faham tol haku!*

Apa pun, bukan rezeki dia la tuh nak masuk konsert akhir tu. 
Lu semua redha jek la..*pakat ramai jom mogok ngan astro.haha* mana la tahu rezeki anneyosayor korang tu kat luar kan..nanti korang sokong la sehabis hati mati beli piring hitam CD single Erul tu hek.
*padahal ada 4shared untuk download lagu.macam haku tak tau kan! *
overall, tahniah la kat kome berempat ni hah. yang dah terkeluar pun dimasukkan, yang tak masuk pun dimasukkan.haku pun tak faham!
Calon-calon penyumbang kontroversi negara in future :
1. Lena 
2. Azri
3. Hazama
4. Fina 

Good luck and all the best la kat korang hah. Siap korang kalau bagi persembahan cikai jek time final nanti. Haku baham sorang-sorang gak kan! nak?! huah3..

P/S : haku actuali tak layan la AF9 ni. Takda _____ langsung! Sorang pun haku tak berkenaan. Mentor lagi best best dan best bah! Bole ba kalau kaw!~ Ekhem! Korang tuh minat sapa kat hatas tu..? Rajinkan la derma dakwat keypad tu hah! Faham maksud Sern kan..kih3..
Intai Apa Ada!

Saturday, June 4, 2011

nak Lajukan Internet? Jom hack tanpa menggunakan perisian!


Kredit kepada Abang Arya Putra.
Sern dah tak tahan dah tanggung seksaan line yang macam siput babap ni..! nak loading satu webpage cikai jek pon ambek masa satu dekad.. Adoii.mana tak hangin sampai terkentut tunggu nye. Okay, straight to the point.. Sern tengok ramai juga tu Stress sebab line macam ______ ! kan. 
*pandai-pandai la isi tu. Dah dapat sijil SPM kan?haha..*
So, Sern godek la kat nenek Google. Jumpa la page brader ni.
Tag : Tip Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian.

Okaylah..mula-mula amek dulu kertas catatkan. nanti biar reti buat . Simpan kat dompet tu hah.hahha...Gurau-gurau. bah, jom la kita buat ramai-ramai.

# Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run dan taip regedit.


# Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:
HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ InternetSettings. (Perhatian..kalau korang takde forder InternetSettings tu, korang hanya perlu 'create new key' aje..)



# Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.
Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.
# Klik kanan pada MaxConnectionsPerServer untuk mengedit nilai Dword.
Pilih sebuah base. Jika Hexadecimal, letak nilainya menjadi 99. Jika korang memilih untuk Decimal, set kepada 153.



# Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server. (korang copy aje la dari sini)
Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas.



# Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..


Selamat mencuba! Sern dah try. And nak Rate 5 Bintang! Internet laju dari biasa! hehe..

P/S : Untuk dapatkan lagi banyak tips nak dapatkan gula-gula hacks, mari terjah blog Maharaja Hack ni. hehe...
Tekan jek kat banner tu hah! Orang cakap tekan tu tekan la!!! babap kang!



Intai Apa Ada!

Friday, June 3, 2011

tahniah! Anda telah kembali ke dunia blogger!


Korang, ingat lagi tak blog tagline dia 
"Pabila Seorang Aku Bercerita"
Ingat lagi dak?
Kalau korang seorang yang sayang kepada kawan blogger ni, korang mesti ingat kepada dia.
iaitu Miss FA. Fantastic Ajane
Kan blog dia kena hack sebelum ni..?
Sampaikan dia makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah..
Kini, blog dia telah dikembalikan!!
wah! rasanya dia sendiri tak tahu lagi ni...
Sapa ada contact dia, boleh bagitahu dia...
Sern saja jejalan tadi..then terfikir, apa dah jadi dengan page dia yang kena hack tu...?
then, tengok.....

muka dia terpangpang!! YEY, page dia dikembalikan!!!!
so, mari kita terjah kasi Up Traffic dia balik..
Kita kembalikan zaman popular dia dulu okay?
Geng blog semua baik kan..?
jom terjah!!!!!
klik je kat header dia tu..!!

P/S : Welcome home FA! Great to know that right?! Jangan sadis lagi..!! tq kepada hacker kerana kembalikan...=)


Intai Apa Ada!

Thursday, June 2, 2011

minyak naik? SHELL tetap TERBAIK!


Selamat pagi semua.
Tarif elektrik naik, minyak pula dikatakan maintain buat seketika. sejauh mana kebenarannya? Tunggu dan lihat sahajalah eh..
eh korang! Korang selalu isi minyak apa kat kereta uols? Sern selalu guna minyak dari SHELL.
Bagi Sern, minyak SHELL adalah terbaik setakat ini. Kenapa? Mari kita lihat!

Terdapat 3 jenis SHELL iaitu Shell FuelSave, Shell Fuel V-Power 97 dan Shell Fuel V-Power Racing. Sern guna Shell Fuelsave jek okay! 

1. Shell FuelSave 
Shell FuelSave diperkaya dengan perbaiki kecekapan lanjutan dan dirumuskan menjadi dua kali lebih berkesan seperti fuel ekonomi. Ianya direka untuk mencegah sistem simpanan bahan bakar dan untuk mejaga kebersihan injap inlet. Ianya turut membantu kecekapan dan setiap titis yang anda isi anda pasti tidak menyesal!



2. Shell Fuel V-Power 97
Formula inovatif yang baru ini direka untuk membantu anda mendapatkan hasil yang maksima dari kereta anda tak kira jua jenis kereta yang dipandu! Ianya direka untuk membuka kuasa yang lebih cepat dan memberikan prestasi yang berterusan. Ciri-ciri khusus yang baru Shell V-Power 97 direka untuk memberikan perbezaan secara langsung dari pengisian pertama anda!  

3. SHELL V-Power Racing
Shell V-Power Racing ini mengandungi teknologi pembersih yang kuat dan dibangunkan untuk meningkatkan prestasi pemanduan anda dari hari ke hari! Komponen pembersih ini direka untuk mencegah dan membina kekuatan deposit inlet valve dan untuk membantu mereka yang mungkin telah ditinggalkan oleh kereta yang menggunakan bahan bakar yang lain. Shell V-Power Racing juga merupakan bahan bakar yang mempunyai High Octane-fuel (minimal RON97) yang direka untuk membantu memaksimumkan prestasi enjin moden.  Ini formulasi yang unik dengan menggunakan teknologi pembersih kuat dan FMT. Setiap titis minyak yang direka memberikan dorongan kuat acceleration dan prestasi yang berterusan! Cubalah Shell V-Power Racing hari ini! 



Jadi apa tunggu lagi? Buatlah pilihan yang bijak! oh ya! 

Daftarkan diri anda dalam The FuelSave Challenge 

untuk merebut peluang memenangi RM50000. 

Maklumat lanjut rujuk sini. Klik pada gambar!


Dan maklumat lanjut boleh pergi ke laman ini.



P/S : BE ni juga tengah giat manja-manja kat laman blogger!
Intai Apa Ada!

Lontong boleh membunuh?

Harlu semua!
Mesti semua tengah terkejut kan dengan statament : Lontong boleh membunuh?
Betul..Sern tak tipu. Lontong memang boleh membunuh!
Tetapi bagaimana? Nak tahu tak? Cepuk kang!
Relax okay, Sern tahu tu faveret. Jangan la neves dlu bhai..
Korang tau tak yang Lontong ni ada dua spesies?

1. Spesies ni.
Nampak sedap kan weh..? Terliur pulak tengok gambar ni. Teringat lagi masa Sern balik Perak dulu, mama member Sern selalu gak buat makanan ni.. Sedap tau! Tapi Sern tak gemar sangat. Tak tahu kenapa. Btw, thanks mak cik! 

2. Spesies ni pulak.
(Gambar tak dapat nak diilhamkan ler) 

Senang cerita adalah spesies air. Bukan air paip, bukan air Bio Aura, bukan juga air Coke. Okay. Ada faham? Mesti tak an?
Yang boleh membunuh adalah spesies yang kedua tu. Ini adalah hasil pengetahuan daripada rakan yang berasal dari Sabah bagitahu. Yang ni adalah hasil daripada sejenis air. Air ini diperbuat daripada air mayat dan satu lagi dari racun tumbuh-tumbuhan serta dijampi dengan ritual khusus. Lontong dari air mayat selalunya dicampurkan dengan makanan atau air. Kadang-kadang mereka juga masukkan ke dalam makanan atau bahan mentah (sejuk) seperti nenas ke, apa ke. Asalkan dimakan. Air yang diperlukan hanya sedikit tetapi kesannya perghhh. Kesannya adalah perut buncit serta tiada selera makan. Lontong dr tumbuh-tumbuhan pula berbeza sedikit di mana kesannya mengeringkan paru-paru jika termakan dan menjadi kurus kering seperti terkena penyakit TB. Dapat korang bayangkan?




Moral of the story :So, apa yang penting, hormatlah budaya orang lain kalau bertandang ke negeri orang okay? Jangan bawa sikap lu langsi lu mati ko tu. Erk. Ada kaitan ke? Point actuali, dimana kita berada, kita kena ubah cara pembawaan kita. Jangan la kalau datang tempat orang, kita ikut cara kita. Salah la tu kan? Macam Sern, kalau kat Terengganu, Sern follow la budaya orang. Time kat Sarawak, Sern ikut pula budaya sini. Kan senang hidup macam tu. Saling hormat menghormati. Takda la orang nak bagi kita benda tak elok tu. okay, sama-sama la renungkan.Selamat beramal.kih3..

Intai Apa Ada!

Wednesday, June 1, 2011

aku antara 86 merayu untuk biasiswa JPA luar negara!

Sebelum tu, no offence okay. Sern nak minta maaf kepada 86 pelajar yang merayu untuk biasiswa JPA Luar Negara. Sern bukan salah sorang penerima biasiswa tu. Sern penerima elaun jek.
Okaylah, actuali dapat info daripada berita NTV7 mengenai keputusan kabinet tentang rayuan pelajar 9A+ untuk mendapatkan biasiswa JPA Luar Negara ni. 

Result        : Fail! Rayuan ditolak kabinet. *jgn la sedih okay.*
Cara atasi : Kerajaan telah menempatkan mereka yang cerdik               
                     pandai ni dalam IPTS terpilih yang dalam negara 
                     Malaysia sahaja. Dengan biasiswa tajaan juga.*ada 
                     juga kan*

Bagi Sern, kerajaan dah cukup baik memberikan biasiswa itu kat korang 86 tu. Yelah, berbanding mereka yang tidak mendapat langsung kan. Walaupun tak berperluang untuk melanjutkan ke Luar Negara, tak pat jumpa omputeh, at least dapat jumpa Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir kat Malaysia. Opps, lari topik. haha. Belajar mana pun dik, kalau niat nak dapat ilmu, akan dapat juga . Tak yah la nak study luar negara tu..Malaysia okay ape..aman, damai.peace no war okay! *Bukan mood jeles kat insan-insan stdy over the sea okay*..Itu adalah kenyataan. Setakat ni Malaysia aman damai. Tiada rusuhan, tiada gempa bumi. Kalau kat luar tu keselamatan pun tak terjamin lagi tau. So, terima jek la dengan hati yang terbuka. Kepada mereka yang terbaca (86 orang tu) jangan marah Sern. Pendapat Sern jek.hehe.. Korang still ada tajaan what..=) Okaylah, good luck yo! Belajar rajin-rajin! Study tu biarla relax jak, tapi result biar gempak kasi bangga mak bapak!







P/S : Kerajaan terpaksa menanggung kos RM54.6 juta kalau taja 86 orang ni.hurm..kalau dalam negara RM4.61 Juta sahaja( Kalau tak silap).. Ada pro and cons juga la kan..ngee.. Sern terima elaun dari BPG jek! haha..
Intai Apa Ada!