Wednesday, June 1, 2011

Home » , , , , , , , , , » Ko Santau aku, aku Santau ko balik!

Ko Santau aku, aku Santau ko balik!


Selamat malam semua. 
Okay, kali ini Sern nak bawa semua ke alam Santau.
Santau? Apa tu Santau? Sejenis kuih ke? Santau ni tempat pelancongan ke?
hah, untuk pengetahuan semua Santau merupakan rangkaian daripada 3 perkara iaitu ramuan, sihir dan mahluk halus. Santau sering diamalkan di Indonesia, MALAYSIA, Philipine dan sedikit tempat di Selatan China. Korang tau tak jenis Santau yang ada?
Ada 4 jenis Santau iaitu Santau Angin, Santau Tuju, Santau Makanan dan Minuman dan Santau Langkah.
Mari kita tengok satu persatu.
Santau Angin ni disebarkan melalui angin samada secara bersemuka atau melalui sebaran. Santau ini diletakkan di celah kuku sebelum dibuang di tempat orang ramai. Melalui pengetahuan Sern, 1 jari boleh beri kepada 20 mangsa. Kalau 10 jari? Astaga..sendiri fikirla eh.
Pastu Santau Tuju. Santau ini ditujukan kepada individu berkenaan. Peratusan kena ada 99.9%. Elakkan daripada menyebarkan tarikh lahir anda kerana si penyantau boleh membuat kiraan dalam tarikh lahir anda dan bila hari anda boleh dikenakan. So, hati-hati dalam berikan tarikh lahir anda. *takutnye...sern nye ..*
Then Santau Makanan dan Minuman. Ia dimasukkan dalam makanan dan minuman. Jika seseorang mengamalkan pendinding diri, dia boleh detect dengan cara seperti gelas or pinggan pecah, terdapat rambut dalam makanan. Jangan ambik ringan okay kalau ada rambut dalam makanan tu. Jangan ingat rambut tu jatuh or gugur okay. Take more serius okay.
Last sekali, Santau Langkah. Boleh dilakukan samada di rumah atau pejabat or mana-mana je. Si penyantau akan taburkan semua benda dia buat then sebut orang yang dituju tu. Apabila dia memijak atau melangkah, then sahla dia kena. Jadi, mulakan langkah dengan kaki apa? Mesti semua tau kan. Pehatikan juga sekeliling tu okay.
*SUMBER DARI NENEK GOOGLE*

Kenapa Sern tetiba bawa isu Santau ni. Ini sebab ada berlakunya perkara sebegini dalam masyarakat kita. Ini kisah benar dan bukaan rekaan Sern. Perkara ini terjadi di tempat Sern tinggal. Jiran Sern sendiri. Dia terkena santau oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Yang kenanya anak , yang nak ditujukan kepada si bapa. hurm, apala masyarakat kita ni. Mengikut sumber, hampir keseluruhan tempat sudah terkena dan kami terpingga-pingga mendengar kenyataan itu. Si penyantau nak santau orang tu sebab ada perselisihan faham. Adoii la..takkan silap sikit je nak santau? Ambil la alternatif lain berbanding dengan melakukan perlakuan syirik ni . Hurm, harap si anaknya semakin sihat. Walaupun luaran nampak takda, tapi Sern percaya masih ada lagi melekat dalam badannya. Kesian dia..dah la perempuan..hurm...Moga Si penyantau mendapat balasan daripada Tuhan. 

P/S : Kalau mimpi jatuh tempat tinggi atau mimpi dapat bayi..anda patut berhati-hati. Ada orang hasad dengki tengah menghantar sesuatu kepada anda. Takut kan . Jauhi Santau ni. Janganlah saling menyantau. Kang tak pasal-pasal tersantau diri sendiri okay!



16 comments:

  1. hadoyai..manusia la buat keja macam tadak agama tau tak..sikit sikit nak balas dendam..tak boleh bersabar langsung..tak pikir dosa lagsung..mintak mintak la kita dijauhkan dengan semua nie..amin..:)

    ReplyDelete
  2. mcm2 mnusia zmn skrg ni kn sern!
    tp dulu2 lg mcm ni..hehehe.....
    cuma xhbis2..
    moga dijauhkan..
    huhuHu..

    ReplyDelete
  3. palinng takut dengan santau...moga dijauhkan......
    ada jugak kawan Nad yang kena santau sebab tak nak bagi kawan Nad dapat jawab exam....masa exam je sakit....kesian betul......

    ReplyDelete
  4. bakal adik ipar meninggal dunia thn lepas sbb kne santau...mintak doa kt Allah jauhkan diri daripada perkara2 santau ni...

    ReplyDelete
  5. santau la yg paling takut sngat.
    aunty sy baru je mggal sbb org dngki.
    main santau2 bagailah. payah org skrg ni salah sikit smpi nak men bomoh2.

    moga dijauhkn la dri semua tu. amin.

    ReplyDelete
  6. time kasih .... info yg bagus niiii :)))))

    http://violencexx.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. @nurathirah- betul tu..sikap manusia yang tidak sabar membawa kepada perkara2 syirik ni berlaku..minta dijauhkan la...

    @adni - semua ni ilmu dari org dulu..hurm..cuma zaman skang smkin rancak diamalkan..

    @nurul nadiah- tu lagi teruk. apa la nak dengki dengan kejayaan org lain..member sern ada.tp dah sembuh..syukur..

    @cik panadol - OMG! sorry to hear that..jauhkan la daripada ini semua...

    @cikyahya - adoi la..kesian kat dia..moga tuhan bagi pembalasan....ameen..dijauhkan...

    @mambang terbang- aik..lain macam nama ni..isk3...heheh..jgn santau2 k..!hehhe..

    ReplyDelete
  8. menarik info ni....tq sharing..saya follow yer:)

    ReplyDelete
  9. Tak baik dengki2 ni semua orang pun ade kelebihan masing2..

    ReplyDelete
  10. takut la benda2 macam ni kan sern...
    dulu ada kawan pernah cerita yang adik dia mati kena santau... tapi bukan untuk ditujukan pada adik dia tu sebenarnya... untuk abang ipar dia kalau tak silap...

    harap2 dijauhkan la dari semua benda2 ni...

    ReplyDelete
  11. dasatnyerrr mnusie skrggg...penuh dgn Phd..

    ReplyDelete
  12. orng gile shje yg main santau2 nie,,dislike ah.. aish.. btw, thnkx for the info tentng santau..hehe

    ReplyDelete
  13. uish..ttbe teringat la filem "Santau" tu..seram tu..
    cara termantap naikkan traffic

    ReplyDelete
  14. Sy sendiri Sekarang masih dlm rawatan.. Sbb terkena santau . Betapa seksanya.. Hanya Allah jer yg tau.

    ReplyDelete

Doakan Sern jadi kurus!