Saturday, June 19, 2010

Home » » dady! Love you so much!

dady! Love you so much!

hye peeps..!
entry kali ni nak mengisahkan tentang seorang insan yang bergelar ayah.

SELAMAT HARI BAPA buat semua yang bergelar bapak, ayah, dady, abah, walid, dad, papa, papi dan sewaktu denganya..
Walau apapun gelaran dan panggilan terhadap golongan ini.. pastinya ada kenangan dan memori untuk dikenang dan diingat oleh mereka yang bergelar anak.
Bapa mahupun ibu masing-masing memainkan peranan terpenting dalam hidup anak-anak. Mereka lah yang menjadi penentu dan pemangkin kepada pembesaran dan kedewasaan anak-anak. Manakala sang anak pula merupakan cermin kepada kejayaan dan kecemerlangan mak bapak dalam kemahiran mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.
Bapa dan ibu adalah insan yang banyak berjasa kepada kita. Merekalah yang bersusah payah membesarkan kita menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jasa mereka tiada tolok bandingnya dan dikenang sepanjang hayat. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di Malaysia. Kepada mereka yang masih mempunyai bapa dan ibu , sayangilah dan jagalah walaupun mereka sudah tua/uzur. Selagi nyawa dikandung badan hargailah pengorbanan mereka.

kat sini nak mengucapkan selamat hari dady kat ayah saya CHANGAN ANAK BUGIEK.
sesungguhnye beliau merupakan hero bagi keluarga kami. Tanpa bapa, siapalah kami yang bergelar anak-anak ini..
Dady saya seorang yang amat garang. Kadang-kadang saya rasa takut apabila bersama dengannya. Dady saya mahukan anak-anaknye berjaya dalam semua perkara. Sekiranya satu kesalahan yang dibuat, terimalah hukuman yang bakal diterima. Namun demikian, saya tidak pernah menyalahkan sikap dady yang garang. Kerana dia inginkan anaknya menjadi seorang yang kuat dan berjaya dalam hidup. Jikalaulah dady saya seorang yang sikap acuh tak acuh, maka musnahlah masa depan anaknye ni..mungkin sekarang anaknye salah seorang mat rempit, penangih dadah, bohsia, bohjan dan sebagainya. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang berdedikasi seperti beliau. Beliau telah banyak berkorban untuk famili. Semua yang beliau lakukan untuk kebahagian famili tercinta.

Dady,
sini mason nak wat confesion sket..(harap-harap dad baca).

Jang nak minta maaf sekiranya banyak melukakan hati dady. Mason tahu, mason selalu melawan kata-kata dad. Tapi, mason kadang-kadang stress dengan sikap dad yang suka mengongkong anakmu. Walaupun mason tahu semua itu demi kebaikan kami berdua. Thanks dad. Kalau bukan sebab ketegasan sikap dad, mesti mason dan sis takkan mengecapi kejayaan seperti sekarang.thanks banyak-banyak. Walaupun agak segan untuk kiss dad pada hari bapa , tapi harap dad tahu bahawa anak-anakmu ini amat menyanyangi dad..thanks for everything dad. You are all in all. Without you, how can we survive till now. You are my hero, our hero, now and forever. love u so muchh...muahhh...


so u guys out there, show ur love to you dad. love them, hug them. show that u are care bout him..do it whenever u have time to do it. *broken english* (hehehe...)

khaS untuk dady.

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

( INTEAM – SENTUHANMU )

okey, dah panjang rasanye entry kali ne..
khas untuk dady i yang terchenta.love him with all our heart.thanks dad for everything..minta diri dulu okey..bubye..



Terima kasih atas pengorbanan, pendidikan, kasih sayang, tunjuk ajar & ketegasan yang telah memberi inspirasi buat diri ini. SELAMAT HARI BAPA BUAT DADYKU.

8 comments:

  1. bagus mason....so long n a gud cofession...

    ReplyDelete
  2. uncle>mason slalu nanges kat ganu..coz rndu sgt kat uncle n auntie....sy la tmpt dia ngadu....tp mason bek sgt...a gud boy..

    ReplyDelete
  3. hehhe.thanks tisya for the comments.thanks also 4 being there whenever i need someone to talk with..hehe..

    ReplyDelete
  4. nice bro...i kust remember 2day is father day

    ReplyDelete
  5. thanks bro for leaving here.!

    ReplyDelete
  6. hapiz :thanks 4 droping..

    lelaki ini:selamat hari bapa!!hahah.

    ReplyDelete

Doakan Sern jadi kurus!