Friday, June 11, 2010

Home » » ibu oh ibu.

ibu oh ibu.

hye pembaca dan pengunjung suma..
entry kali ini nak mengisahkan tentang pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu..
kita suma pasti mempunyai panggilan yang berbeza untuk ibu kita..
ada yang memangil "ibu, ummi, mumy, mama, ma, indai, dan banyak lagi.."
namun, apa sahaja panggilan yang kita guna, semua itu melambangkan seorang insan iaitu insan bergelar ibu..
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan...sementara masih ada kesempatan itu..buatlah apa sahaja untuk membahagiakan ibu tersayang kita..

Ingatlah Kepada Ibumu
renungan bersama..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu



Renungkan bersama:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu"


aku sayang ibu aku..
mummy, ur son love u so much...
kan baik kalau mum leh baca blog ne..mesti dia bangga kerana mempunyai anak sepertiku.ehehhe...
apa yang pasti..
kasih sayang seorang ibu adalah berkekalan hingga ke akhir hayat..
sayangilah ibu kita seperti mana ibu menyanyangi kita..
here, i want to make a confession.

"Mum, mason nak minta maaf kalau banyak membuat ibu sakit hati..mason nak minta maaf juga kalau banyak menyusahkan ibu, mason nak minta maaf juga kalau anakmu ini banyak sangat permintaan sehinggakan ibu bersusah payah menunaikan, ibu, mason nak berterima kasih diatas segala..mason sayang ibu selama-lamanya...ibulah segalanya bagi diriku ini...muah..sayang ibu sangat-sangat..Puan Crescenthia Pantau Anak Chabu..ibuku tersayang..."

rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu yang ada didunia ini.sesungguhnya andalah idola sebenar kami..muah..sayang ibu....
hari ibu adalah setiap hari.bukan hanya pada hari ibu..ingat tu kawan-kawan..syurga terletak di tapak kaki ibu kita..
okaylah..sampai sini sahaja entry kali ne..
sehingga kita jumpa lagi pada entry yang lain..tapi before tu, nak tunjuk sket kasih sayang aku kat ibu aku neh..eheh..saja nak share pic la..ehehe.



sayang ibu selamanya..muahhhh!!


okaylah,chow...~~

5 comments:

Doakan Sern jadi kurus!